Kad Touch n Go Fotostat Memudahkan Pelanggang

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Kad Tauch n Go Fotostat Memudahkan Pelanggang / Khamis lalu saya cuti pergi ke USM atas penyeliaan tesis saya. Allhamdulillah, segalanya dipermudahkan dengan izinNya.... Namun, bila ke sana, terpaksa saya skip sekolah anak-anak untuk di bawa bersama. Sampai sana masih awal, sempat ke kedai fotostat bawah tangga library Hamzah Sendut untuk mencetak pembetulan yang akan di hantar.

Apa yang saya suka dengan penggunaan kad "touch and go" yang saya panggil ni sangat memudahkan saya. Dengan meletakkan sahaja kad di atas pengimbas, ia akan detact wang yang ada dalam kad ini dan boleh terus mencetak apa yang kita mahukan. 



Pembelian kad ini boleh dibuat di kedai fotostat berkenaan. Pembelian kad ini buat kali pertama dengan harga RM10 dan ada RM4 di dalamnya untuk digunakan mencetak  bahan. Bahan cetakak dikenakan 1 cetakan bersamaan 0.10 sen bagi black and white printing. Jika anda suda kehabisan wang di dalamnya anda boleh top up di kedai berkenaan. 

Ia sangat memudahkan saya dan sangat cepat di gunakan kerana tidak perlu saya beratur panjang menunggu giliran. Ada sahaja monitor yang free.... Jika terpaksa menunggu cuma sekejap sahaja. 


Dengan penggunaan cetakan leser yang sediakan, dua monitor kongsi satu printer ia sangat cepat dan mudahkan pengguna. 


Anak saya tolong ibunya ambilkan bahan cetakan sebab kalau menggunakan monitor di luar kedai terpaksa menaiki anak tangga besi untuk mencapai bahan cetakkan ini. Anak-anak lagi la suka main naik turun tangga.... hehehe...

Allhamdulillah, selesai kerja di USM kami terus pulang ke rumah. Jarang kali menyinggah. Selamat sampai.... 


Terima kasih Ya Rab.... 


4 comments:

  1. ALHAMDULILLAH ALLAH PERMMUDAHKAN URUSAN SHIELA

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah selesai kerja akak.. Allah permudahkan urusan akak sekeluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allhamdulillah... selesai yg minggu lepas... minggu ni lum lagi... hehe... t.kasih ikin

      Delete

Powered by Blogger.