Bila Anak Main "Jual" Kat Ofis

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Bila Anak Main "Jual" Kat Ofis / Hasih... terkejut saya bila storyboard kat dinding jatuh.... Lalu saya bergegas kat belakang.... Uhhhhh...... bila tengok kat belakang lagi terkejut! rupanya sempat lagi kak ngah Zara Adelia main "jual".... 



Bilik ofis, saya bahagi dua partisyen. Kat bahagian depan sebelah pintu tempat saya buat kerja dan discussion. Kat tengah-tengah saya separate dengan dua almari buku. Kat belakang tempat solat, tidur, lepak anak-anak saya.... Saya banyak habiskan masa ket meja depan berbanding belakang....

Kalau nak solat baru saya ke belakang! Aduihhh.... nasib la storyboard kat dinding tu jatuh kalau tak memang saya tak tahu apa-apa yang dia duk main. Lepas balik sekolah tadika, ofis saya la jadi mangsa nak tunggu pukul 2 petang masuk kelas mengaji lak.... ada kala kepenatan sekolah pagi dia sempat tertidur tapi tadi nampak segar bugar, saya tak tengok apa yang dia main kan.... elok ja dia susun pinggang kertas dan sudu-sudu tu,,,,

Bila check handphone pula, sempat dia selfie sebelum pergi kelas mengaji....


Aduihhh,,,, anak-anak.... macam-macam peel perangai.... Sabar je la.... ni yang nombor dua, tak masuk lagi nombor tiga tu baby Jannah, haruuuu bilik ofis saya! ye la saya jaga dia sendiri dengan pertolongan suami. Saya tak hantar baby Jannah mengasuh, memang nak tak nak memang berkepit je ngan anak-anak. Kat mana saya pergi harus la bersama mereka.....

Apa pun saya sangat bersyukur, dapat sentiasa bersama mereka. Tadi saya marah kak ngah Zara Adelia ni sebab tak mahu ikut saya solat kat masjid dulu. Dia nak saya hantar dia terus masuk kelas.... So, saya hantar dia dulu, baru pergi solat. Duk solat tu, dia datang dengan kawannya.... Haishhhh.... lepas tu saya kata kat dia pergi masuk kelas.... Masjid dengan kelasnya memang la tak jauh, tapi saya risau nak cross jalan kereta lalu lalang, tiga laluan utama kena cross.... walaupun jalan tu terus je dari kelasnya ke masjid, memang buat saya risau. 

Sekelip mata saya tengok dia dah hilang. Bila saya keluar masjid saya tengok kawan dia dengan ayah dia. Kak ngah mana... Lama saya berdiri kat panas, takut dia cari saya kat dalam masjid, sebab saya lalu kot muslimah, dia masuk masjid ikut pintu utama.... Lama tunggu saya terus berjalan menuju ke kelasnya.... sambil berjalan sambil menoleh ke belakang takut dia masih di masjid. Sampai di kelasnya saya jenguk, ada kat situ rupanya... Cepat sungguh dia ke sana! MEsti duk berlari... tu yang lagi risau... 

Wahai anak... hanya zikir Ya Hafiz Ya Muhaimin yang sentiasa memelihara..... Semoga Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin menjaga, melindung dan memelihara di mana jua anak-anak kita berada....

Amiiinnn....







2 comments:

  1. Puas rasanya bila sentiasa dengan anak-anak kan kak...kawan-kawan PC ada juga yang sanggup berhenti kerja kak semata-mata nak asuh anak sendiri...ada juga bergilir dengan suami...seronok tengok...

    ReplyDelete
  2. aa. memang risau bile ingatkan ank.
    tp betul, hanya mampu doa kat allah supaya dijaga keselamatannya.
    kak sheila ok jgk ad depan mata
    mek ni mmpu talipon tny kabar je.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.