Berbuatlah Walaupun Sedikit

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Berbuatlah Walaupun Sedikit / Entry ni saya repost semula untuk ingatan saya sendiri. Ye la, kadang-kala terlupa, ada melupai, ada juga melupakan. Diri yang lemah ni selalu kena sentiasa ingat mengingati. Masa pkp, pkpb terbatas untuk ke usrah dan kelas agama. Mengaji Al quran hanya di rumah. Ada hikmahnya juga apa yang berlaku. Namun, adakah ia mampu membuatkan kita istiqomah? Tak apa, insyaaAllah walaupun sedikit kita harus kuat sentiasa pegang dan baca. InsyaaAllah akan berterusan dan menjadi rutin harian kita...
.
.
.
Allhamdulillah, sejak Isnin minggu lepas saya balik dari kelas tafsir Al Quran, saya sedar bahawa pentingnya mengenal isi Al Quran. Benar selama ini saya membacanya tapi ada kala saya ikut, yang tak ikut banyak berjuta lemon. Uk....ukkkk, dek menjangkau akhir zaman ini apa lagi yang harus di buat. Dah tahu tugas diri sebagai apa? 

sikit-sikit lama-lama jadi bukit (sumber google)


Namun, disangkalkan jua tanggungjawab yang mesti dipikul. Berbuat la walaupun sedikit. Dah lama tahu tapi hati yang kering sering dicuaikan. Tidak mahu mengenal walaupun sepotong ayat. Tidak mahu mengenal walaupun satu maksud. Alangkah ruginya masa berlalu, saya abaikan begitu jua. Sedangkan saya tahu walaupun sedetik sesaat mungkin nyawa diambil jua. Tidak kira masa di mana sahaja. 

Kumpul Saham
Berbalik pada buat lah sikit untuk kumpul saham. Hari ni baca sikit faham maksud, esok baca satu ayat pula faham maksud kedua.... cuba amalkan sikit-sikit lama-lama dah praktik isi Al Quran insyaaAllah akan jadi rutin. Besar sungguh nikmatNya, yang kita tidak tahu. Kata ustaz, ada orang sanggup bayar yuran beribu untuk belajar tafsir Al Quran. Dan ada orang juga sanggup berulang dari satu negeri ke satu negeri setiap minggu untuk belajar isi kandungan Al Quran... 


Ilmu percuma Jangan dilepaskan
Yang dah depan mata free ni tak mahu belajar. Itu la saya! minggu lepas, bila masuk kelas saya terpinga-pingah dahhhh... surah apa ustaz ajar tu? sebab dah dua minggu saya tak pergi. Minggu sebelum tu bila saya tak pergi ada jemaah perasan, jumpa saya kat P. Islam dia tanya kenapa saya tak datang? Saya cakap saya sibuk berulang ke usm.... aduiihhhhh.... itu la alasan saya. Minggu lepas, walau pun sibuk tesis, saya tahu Allah Maha Perancang sempat juga saya meloloskan diri. Allhamdulillah....

Susah Nak Istiqomah
Memang susah jika kita fikir susah, sebab tu jangan fikir... Action first. Kalau dah fikir, syaitan ni kacau kiri kanan depan belakang atas bawah. Mesti gugur layu kita! Contoh terjaga waktu malam, terus bangun tanpa fikir malas, ambil wudhuk solat. Bila mula fikir sikir sah akan tidur balik. Itu lah saya. Saya juga ada dengar ustaz cakap mohon doa setiap kali solat untuk istiqomah dengan ibadah.... Ye la, saya memang sangat lemah, kalau tak mohon selalu sah sah malas nak buat. 


Cantikkan Akidah Berbanding Wajah
Bagi saya nak belajar banyak caranya. Dan belajar takkan habis yang penting kemahuan dan kehendak. Kita selalu fikir kehendak duniawi semata sebagai contoh nak sihat nampak cantik dengan wajah berseri selalu.... tapi lupa nak cantikkan hati nurani dan akidah kita. Dalam Al Quran ada 7 surah dan pelbagai ayat dan menerangkan tentang akidah, "beriman kepada Allah". Bila dah beriman kepada Allah kita harus meletakkan Allah di hati dan mengikut setiap apa isi kandungan Al Quran. Saya cuma berkongsi apa yang saya belajar dalam kelas. 


Surah Al Ahkaf ayat 1-6
Huraiannya bermaksud, teguran kepada masyarakat Arab jahiliah yang mana apa yang mereka puja di dunia, kelak diakhirat tidak dapat membantu mereka. Malah patung-patung tersebut menyalahkan mereka kenapa memujanya. Sama juga di dunia mengidolakan makhluknya, adalah mereka itu akan membantu di akhirat kelak. Dulu saya pun bodoh masa remaja mengidolakan dia dan dia... sekarang baru tersedar bahawa tiada apa pun yang baik untuk saya. 

Kita juga jangan menggunakan strategi atas nama Islam dalam perniagaan dan sebagainya sebab ia boleh membuatkan manusia akan jadi keliru. Jika menggunakan agama Islam, mesti check dalam Al Quran mesti ada apa yang Allah tuliskan atau pun hadis Rasulullah saw. 

Jangan puja atau seru berkat atas nama sesuatu. Ia adalah haram. Sebagai contoh, memuja seseorang dan menggantungkan gambar orang tersebut untuk melariskan perniagaan dan sebagainya... Ia akan memesongkan akidah Muslim. Hanya Allah sahaja tempat pergantungan.

Allah Ya Aziz
Dalam surah ini juga menceritakan tentang keperkasaan Allah Ya Aziz Yang Maha Perkasa. Perkasaan Allah akan menghukum hambaNya yang ingkar. 

Allah Ya Hakim
Al Hakim Yang Maha Bijaksana. Allah Al Hakim menurunkan ujian-unjian kepada hambaNya demi menguji lulus atau tidak hambaNya memasuki syurga. Ujian terbesar kepada umatNya adalah hambanya mengikut atau tidak wahyu yang diturunkan. Allahuakhabar!!! Di manakah kita? adakah saya ni ikut ajaran wahyu Al Quran, kenal Al Quran pun tidak?

Menjauhi syirik tersembunyi
Sedar mahupun tidak ada kala boleh terpesong akidah tentang satu satu pahaman. Seringkali terdengar, "saya sembuh dari sakit sebab berubat dengan seseorang", " saya sembuh dari penyakit sebab saya makan ubat itu dan ini"..... Namun, disebalik itu ada satu keyakinan bahawa berkat berubat dengan orang itulah saya sembuh. Berkat makan ubat itulah saya sembuh! Tanpa disedari itu syirik yang tersembunyi...... kerana meletakkan keyakinan kepada makhluk yang menyembuhkan penyakit. Walhal Allah Yang Maha Menyembuhkan yang memberi penyembuhan, makhluk, makanan adalah asbab penyembuhan semata! 

tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menyembah selain Allah, makhluk tidak mampu memperkenankan sebarang doa

Berat sikit belajar bab Akidah
Namun, sebagai Muslim kita mesti belajar supaya akidah tidak terpesong. Supaya mampu kita menyakinin hanya Allah sahaja Maha Tempat Bergantung. Bila dah faham, apa pun orang cakap akidah kita tak mudah tergoncang dan was-was..... 

Allah Yang Maha Memiliki Kudrat
Mintalah direct dengan Allah apa yang kita nak. Kalau sakit direct jumpa Dia, Macamana nak buat? Baginda saw tidak emnginggalkan solat sunat tahajut. Bangunlah bertahajut minta apa sahaja, InsyaaAllah itu masa yang paling sesuai bagi menyelesaikan segala masalah.... kerana hanya Allah Yang Maha Memiliki Kudrat, bukannya makhluk..... Energi pagi sangat kuat! kerana masa tu la malaikat turun ke bumi mengambil dan mengangkat doa-doa hambanya untuk Allah makburkan. InsyaaAllah bila dah biasa bangun, kita akan rasa kuat. 

Saya pun sama bukan kuat untuk bertahajut setiap hari. Ada hari yang saya miss juga. InsyaaAllah sama-sama kita doa untuk istiqomah dalam apa jua ibadah yang kita lakukan.... sikit-sikit kita belajar InsyaaAllah akan dapat hasilnya kelak, tak nampak di dunia insyaaAllah di akhirat menanti. Berbuatlah walaupun sedikit. 

Salam sayang..... Allhamdulillah.



13 comments:

  1. betul tu.. sama-sama kita saling ingat-mengingati....

    psstt muhasabah diri sektika..

    ReplyDelete
  2. Setuju kak...sikit-sikit kalau sentiasa..banyak dapat hasilnya..kemudian kita praktikkan...

    ReplyDelete
  3. betul kak..kadang kadang kita tak perasan..mudah leka..insyaallah..sama sama memperbaiki

    ReplyDelete
  4. Moga kita sentiasa berusaha ke arah kebaikan, terima kasih atas perkongsian..

    ReplyDelete
  5. terima kasih kak sheila atas ingatan ni insyaAllah

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah.
    btol. thanks atas ingatan ni kak sheila.

    ReplyDelete
  7. artikal yang menarik untuk di kongsi.

    ReplyDelete
  8. betul tuu, terima kasih perkongsian ini

    ReplyDelete
  9. betul kak, sama-sama kita saling mengingati

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah perkongsian ilmu bermanfaat

    ReplyDelete
  11. kalau bukan kita yg saling mengingati, siapa lg kan nk buat? thanks 4 sharing...

    ReplyDelete
  12. good sharing. moga kita terus istiqomah and sama2 membaiki diri masing2...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.