Tekanan Hidup

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Tekanan Hidup / Dalam dua tiga minggu ni industri hiburan tanahair digegarkan dengan ceirta-cerita artis berkelakuan pelik. Belum reda kisah Iqram datang pula kisah Tort (Farid Kamil). Kedua-dua kawan-kawan seperjuangan. Sama-sama berjuang menghabiskan pengajian, walaupun saya dan mereka mengambil jurusan yang berbeza, saya mengambil ijazah mereka berdua mengambil diploma. Kedua-dua umur sama dan setahun lebih muda daripada saya. Tapi Iqram satu semester junior daripada saya dan Tort. 



Walaupun kami senior dan junior, diploma atau degree,bila ada event, assigment, shooting kami ada family. Team work yang diterapkan dalam diri kami tiadak ada apa yang membezakan yang penting kami hasilkan produk terbaik saling tolong menolong antara satu sama lain. Di FSP (Fakulti Seni Persembahan) Stadium Shah Alam Seksyen 13 kami dilahirkan. MASA BELAJAR PALING SERONOK.


Masa belajar tekanannya lain, bila dah bekerja tekanannya pula lain. Hidup memang tak boleh nak lari dari ujian dan tekanan. Seronok masa belajar duhulu sentiasa bermain-main di minda saya. Walaupun penat macamana pun keluar shooting, tapi ia seronok.




Tort yang saya kenal, seorang yang baik, agak lurus, sedikit moody. Masa beajar selalu dibuli. Dia lurus, semua ok apa yang kawan buat. Bila dia dah popular dah banyak pengalaman, saya tak tahu sikapnya macamana.... Ye la, kita ni mudah saja berubah, tapi dia banyak improvement dari aspek skill perfileman itu yang saya nampak. Keluarga dia pun orang baik-baik. Sekenal saya dia tak pernah ambil dadah, tapi saya agak enquiry juga bila dia bersama Sofi Jikan. Apa pun hanya Allah Yang Maha Mengetahui.


Tort dan Iqram lain perangainya, Iqram lebih out spoken dan adakalanya bersikap tegas, pandai bercakap dan show off... Ye la bila dia datang ke rumah saya di Kelantan dulu, sampaikan mak saya pun suka kat dia. Dia yang lebih-lebih tolong mak saya masak.... Saya rasa pun apa sebab semua orang dah kebulur masa tu, dia buat macam rumah sendiri.... hehehe


Berbalik bab tekanan hidup ni..... Sebenarnya tekanan hidup ni menjadikan kita lebih matang. Tepuk dada tanya iman! Kalau iman kita kuat apa pun tekanan yang datang, mesti mampu kita hadapinya. Malah mampu tersenyum lagi dengan tekanan tersebut, dan ia boleh mendatangkan cemburu kepada orang lain. Tak gitu... Ye la, siapa tak cemburu bila orang tengok kita tenang dan sentiasa senyum walaupun sekeliling terdapat tekanan, TENANG VS STRESS. Nak tahu manfaat senyum di sebalik kedukaan klik SINI, mesti anda juga akan tersenyum.... :) 

Jika benar tekanan hidup membuatkan mereka begitu, ia harus menjadi sempadan buat kita semua terus kuatkan iman. Dengan iman sahaja yang mampu mengawasi segalanya.... Saya pun sama juga! Selalu meletop dengan anak-anak.... hehehe.... setiap yang baik driNya, apa pun buruk dari kita yang lemah. Tak perlu nak menghentam, kita bukan sempurna hanya DIA Yang Maha Agong. Hidup kita ada kala di atas dan ada kala di bawah. Sungguh hebat putaran Allah. DIA Yang Maha SegalaNya. 

Dia Ya Aliy, Ya Muta'ali... 
Dia Yang Maha Ting Lagi Maha Meninggikan. Dia mampu meninggikan darjat manusia dan Dia Ya Khofidh Yang Maha Merendahkan mampu menurunkan dan merendahkan darjat manusia. Siapa pun kita, apa pun kita, ingatlah tiada apa yang milik kita, semua milik nya. Wallahu..... 

Sekadar mencermin diri saya yang fakir!

Salam Sabtu Sahabat!

5 comments:

  1. Bila baca komen dan pendapat rakan artis rata-rata memberi respon yang positif pada DFK..malahan mereka pun terkejut dengan perubahan yang berlaku.Batul kak,,kita tak boleh mudah-mudah menilai orang..kerana kita tidak berada disituasi mereka.Seandainya tidak mampun untuk menjernihkan keadaan..jangan keruhnya ditambah lagi.sebelum berkata-kata atau apa sahaja,cuba bayangkan keluarga sendiri jika disituasi sedemikian.Kawan tidak semuanya baik,musuh tidak selamanya hitam.

    ReplyDelete
  2. Susah sekarang netizen yang suka menilai melulu tanpa ketahui perkara sebenarnya yang berada dalam hati dia..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. hom, mula mek kita ada gak masa tu ngan muloh mek pa pun ada... dua2 mek ada masa puak dia g umh... kejut muloh mek pa, wak g pun pelik2 sajo... aduihhh peningggg meta masa tu...

      Delete

Powered by Blogger.