KAYLIZ GRANOLA OAT BOLEH MEMBUAT ANDA JATUH CINTA KALI PERTAMA

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ


KAYLIZ GRANOLA OAT BOLEH MEMBUAT ANDA JATUH CINTA KALI PERTAMA Pemilihan makanan pagi untuk sarapan adalah penting. Gaya hidup di Malaysia banyak mengambil makan berat seperti nasi lemak, roti canai, dan pelbagai menu nasi bagi sarapan pagi. Namun, harus diingat adakah pengambilan makanan ini sesuai dengan kondisi tubuh badan kita. Oleh itu, oat adalah bijirin sarapan terbaik yang disarankan kerana ia berfungsi memberi tenaga untuk kekal cergas sepanjang hari. Jadi tidak hairan lah ia amat sesuai bagi mereka yang mahukan kekal produktif setiap hari disamping juga mengamalkan diet seimbang. Oat sangat sesuai dijadikan amalan. 


Sejujurnya, saya dan keluarga jarang mengambil oat untuk sarapan. Kalau ada masa atau perlukan oat baharu akan mencarinya di pasaraya. Kalau tidak, kami banyak bersarapan dengan mengambil makanan yang pelbagai. Bila saya dan keluarga mencuba Kayliz Granola Oat ini, terasa hati mula bernunga-bunga, mengharum semerbak di taman... hehehe.... Bak kata orang sekali je ngap masuk dalam mulut diambil pula dengan susu segar hati mula berbunga jatuh cinta!

Kelebihan Bijirin Oat
Oat mempunyai banyak kelebihan antaranya mengurangkan risiko penyakit jantung, mengurangkan kadar kolestrol, mengurangkan tekanan darah tinggi serta diabetes, mengurangakan arteri yang boleh mngeraskan saluran darah dan banyak lagi. 


Kayliz Granola Oat merupakan produk Care Liz Resourses yang merupakan sebuah syarikat milik anak tempatan di Negeri Sembilan. Syarikat ini diasaskan pada 16 September 2015. 

Dengan hasil rumusan bahan-bahan terbaik daripada Dr. Aishah dari Solution Sdn Bhd, merupakan pemenang kepada tiga anugerah iaitu Gulfood Award 2015, Selection SIAL Innovation PARIS 2016 dan SIAL Innovation 2014 Grand Park. 


Jangan risau untuk mencuba Kayliz Granola Oat mendapat mengiktirafan daripada HALAL Jakim dan juga MeSTI iaitu produk yang selamat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Apa yang penting Kayliz Granola Oat ini adalah bebas daripada pewarna tiruan, menggunakan bahan-bahan yang seratus peratus tulen dan tanpa kolestrol.

Ia merupakan berita baik bagi wanita terutamanya yang mahu berdiet, Kayliz Granola Oat adalah pilihan yang tepat. Kenapa?

Dengan pengambilan Kayliz Granola Oat 30 minit atau 1 jam sebelum bermulakan senaman ia akan memberi kesan yang drastik dengan: 
  • membekalkan tenaga untuk tubuh badan kita melakukan kerja tanpa penat
  • sangat baik bagi mereka yang mempunyai gaya hidup yang sentiasa sibuk dan mahukan kecerdasan sepanjang hari seperti pelajar, atlit dan sebagainya. 
  • membekalkan kalori, lemak baik, protein yang berkualiti, fiber yang tinggi mineral dan juga vitamin.

Disamping kandungan gula yang rendah tanpa bahan pengawet ia sangat selamat dan sesuai diambil oleh semua golongan mahupun kanak-kanak. Sebab itu, kali pertama saya mencuba terus jatuh cinta. Kayliz Granola Oat, sangat diberi pujian oleh suami saya. Al maklum suami saya memang memilih skit bab makan, tapi untuk Kayliz Granola Oat dia cakap "MEMANG TERBAIK"... wahhh... terkesima saya dibuatnya.... 

Cuba perhati bijirinnya di bawah ni! Kalau biasa saya makan oat bijirinnya lebih halus, tapi Kayliz Granola Oat mempunyai tekstur yang lebih besar yang membuatkan anak-anak saya makan macam makan kacang gayanya.... Tak sedar dah nak habis satu paket. Fuhhh... memang kemain sedap penangan Kayliz Granola Oat ni.




Apa ada dalam kandungan Kayliz Granola Oat?

4 ramuan yang terkandung dalam Kayliz Granola Oat iaitu oat, keledek, chia seed dan juga madu.

Oat
merupakan bijirin yang paling sihat di dunia, kerana oat adalah bijirin yang bebas daripada gluten. Selain itu oat juga membekalkan vitamin, serat, mineral, dan antioksiden. Ia penting dalam nutrisi permakanan aot yang seimbang. 

Keledek 
Keledek merupakan bahan yang kaya dengan vitamin A dalam bentuk beta-karoten. Ia juga merupakan sumber terbaik kepada vitamin C, seperti mangan, tembaga, asid pantotanik serta vitamin B6. 

Chia Seed
Chis seed pula kaya dengan asid baik lemak omega-3 seperti karbohidrat, protein, serat antidioksidan dan kalsium. Kandungannya disamapadan dengan 1 ounce bersamaan 2 sudu besar yang mengandungi 139 kalori, 4 gram protein, 9 gram lemak, 12 gram karbohidrat dan 11 gram serat, ditambah pula dengan vitamin tambahan serta mineral.

Madu
Banyak kelebihan madu yang kita ketahui dan ia merupakan makanan sunnah. Oleh itu, madu berfungsi meningkatkan tahap kesihatan dalam meningkatkan antidiksidan di dalam badan. Antioksidan seterusnya dapat menghalang radikal bebas daripada penyebab kepada penyakit. Ia juga meningkatkan imun sistem badan manusia. Seterusnya akan bertindak sebagai pencegahan untuk melawan penyakit dapat boleh melemahkan badan manusia. 


Tidak syak lagi penggunaan bahan-bahan bermutu dan tulen menjadikan Kayliz Granola Oat ini sangat berkhasia tanpa was was. Dengan menggunakan tagline:

"Crunchy, Delicious & Healthy"

sangat bertepatan bagai dirasa. Tidak perlu ragu ia sangat sedap dan sangat menyihatkan. Yang penting ibu-ibu, wanita diet, turunkan berat badan tanpa berlapar sangat dialukan. Tentu nak tahu brapa harganya. Satu pakat Kayliz Granola Oat dengan harga RM17.90. Bagaimana nak dapatkan Kayliz Granola Oat ini? Boleh hubungi, wasup di talian:

011-1090 6902 
atau
019-6255 010

boleh layari

Care Liz Resourses
No. 1723, Lorong 40 Taman Villa Lavender Height,
70450, Seremban Negeri Sembilan


7 comments:

Powered by Blogger.