Doa Untuk Ibubapa Sempena Buka Sekolah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Doa Untuk Ibubapa Sempena Buka Sekolah / Assalamualaikum. Jom sama-sama kita hayati dan amalkan doa dan bicarahati ibubapa sempena buka sekolah:

google image

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim, rahmatilah, restuilah, berkatilah anak2 kami di dunia hingga ke akhirat. Allahumma Ya Rahman Ya Rahim Ya Wahab Ya Karim, permudahkan segala urusan pembelajaran anak2 kami dan semua pelajar di seluruh dunia dalam mencapai kejayaan dunia dn akhirat. Allahumma Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid, alirkan curahan ilmu makrifatMu, ilmu Al Quran dan Hadis, ilmu2 subjek2 yang mereka pelajari, kebijaksanaan dan kepintaran kepada anak2 kami agar mereka dapat menjadi abdiMu dan khalifahMu.

Allahumma Ya Affuw Ya Ghaffar Ya Tawwab Ya Quddus Ya Jalil, maafilah, ampunilah dan terimalah taubat kami semua, dan sucikanlah hati2 kami dari segala penyakit2 hati, karat2 dosa, berhala dunia dan makhluq, kotoran syirik dan syaitan. Allahumma Ya Ba'its bangkitkan semangat anak2 kami utk sentiasa menimba ilmu. Allahumma Ya Rahman Ya Rahim Ya Jaami' satukan hati seluruh warga sekolah ini agar mereka saling hormat menghormati, sayang menyayangi, bimbing membimbing dgn penuh kasih sayang. Allahumma Ya Hafiz Ya Muhaimin kami tinggalkan anak2 kami dlm perlindunganMu, lindungi mereka drpd tipudaya syaitan dn drpd kemudharatan.


Powered by Blogger.