Doa Untuk Guru: Selamat Kembali ke Sekolah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Doa Untuk Guru: Selamat Kembali ke Sekolah/ Assalamualaikum.... Salam tahun baru.... Semoga tahun ini menjadi lebih baik daripada tahun lepas. Hari ni hari pertama persekolahan bagi Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor dan esok kepada negeri selainnya. Pernah saya masuk ke kelas pelajar sekolah menengah DI SINI... Sempena buka sekolah, azam baru tuk cikgu-cikgu serta para pelajar saya kongsi doa atau bicarahati Asmaul Husna buat guru-guru kita dan juga anak-anak kita:


Allahumma Ya Rahman Ya Rahim, rahmatilah, restuilah, berkatilah guru2 di sekolah ini di dunia hingga ke akhirat. Allahumma Ya Rahman Ya Rahim Ya Wahab Ya Karim, permudahkan segala urusan guru2 di sini dan di seluruh dunia dalam memberi pendidikan kepada pelajar2. Allahumma Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid, alirkan curahan ilmu makrifatMu, ilmu Al Quran dan Hadis, ilmu2 subjek2 yang mereka mengajar, kebijaksanaan dan kepintaran kepada guru2 ini agar mereka dapat menjadi guru yang mampu mendidik pelajar2 menjadi abdiMu dan khalifahMu.

Allahumma Ya Affuw Ya Ghaffar Ya Tawwab Ya Quddus Ya Jalil, maafilah, ampunilah dan terimalah taubat seluruh guru2 semua, dan sucikanlah hati2 mereka dari segala penyakit2 hati, karat2 dosa, berhala dunia dan makhluq, kotoran syirik dan syaitan. Allahumma Ya Fattah ya Razzaq Ya Karim, bukalah pintu2 syurga kepada guru2 ini semua atas segala pengorbanan mereka selama ini. Sesungguhnya Engkau Ya Rahman Ya Rahim Ya Syakur Ya Karim maha Pengasih, Penyayang dan menghargai setiap perbuatan baik hambaMu. Ya Allah, terimalah segala kerja2 guru2 ini sebagai amal soleh yang yang redhai.

Allahumma Ya Aliy Ya Muta’ali, Ya Roofi’, naikkan martabat sekolah ini setinggi2 martabat disisiMu agar seluruh warga sekolah ini mendapat kejayaan cemerlang di dunia dan akhirat. Ya Rahman Ya Rahim Ya Jami’, satukanlah hati2 seluruh warga sekolah ini beserta ibubapa dan komuniti setempat dengan kasih sayangMu agar mereka dapat tolong menolong, bimbing membimbing atas jalan keimanan dan ketaqwaan.

Allahumma Ya Baaqi Ya Mukmin, kekalkan kami semua dalam iman sehingga akhir hayat kami agar kami terselamat di alam barzah dan akhirat nanti.



Powered by Blogger.