Doa Semoga Dipancarkan Cahaya Kebenaran

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Doa Semoga Dipancarkan Cahaya Kebenaran / Assalamualaikum sahabat2, mari kita mengenal Allah Ya Nuur.

*Allahumma ya Nuur, sesungguhnya Engkaulah yg Maha memancar cahaya*.

Engkau memancar cahaya ke alam buana melalui matahari utk kehidupan manusia, tumbuhan dan binatang.

Engkau ya Nuur juga memancar cahayaMu di dalam hati manusia, dgn cahayaMu itu manusia mengenal kebenaran dan kebathilan, dgn cahayaMu, jelas lah jalan ke syurga dan ke neraka. 

Dengan cahaya petunjukMu ya Nuur ya Haadi, hambaMu beriman dan bersyariat dan dpt rukuk dan sujud kpMu. Dgn cahayaMu di hati, nampaklah Nama dan Sifat2Mu di sebalik alam ini. 
Pokok2 yg tumbuh segar menceritakan tentangMu ya Muhyi, hujan turun menceritakan tentgMu ya Rozzaq, sakit dan rawatan menceritakan tentgMu ya Salam, Ya Fattah.

 Pertukaran malam dan siang menceritakan tentgMu ya Baari' yg mengatur siang dan malam. Kasih syg antara manusia memperkenalkanMu ya Rahman ya Rahim ya Rauf ya Halim. 

Allahumma ya Nuur, dayaMu terserlah pd pandgn matahatiku ketika hatiku dimandikan dgn pancaran cahaya hidayah dan cahaya makrifah. Namun ketika cahayaMu padam, merabalah daku mencariMu ya Allah, tersesatlah hambaMu ini sekiranya cahayaMu dihati ini Engkau padamkan. 

Oleh itu ya Allah ya Baaqi, ya Nuur, kekalkan cahayaMu dlm hatiku agar daku dapat berjalan menujuMu dlm mencari kasih dan cintaMu ya Rahman ya Rahim ya Wadud..

#1hari1nama
#99asmaulhusna



Powered by Blogger.