Ajinomoto Scholarship 2019

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Ajinomoto Scholarship 2019 / Ayuh! jika tercari-cari di mana tempat untuk melanjutkan pengajian dan tidak cukup kewangan, ini lah masanya. Peluang terbuka luas buat anda.  Walau bagaimanapun, tajaan pengajian ini bagi mereka yang ingin menyambung pengajian ke peringkat post graduate master dan PhD. Ajinomoto Berhad menawarkan penajaan pengajian bagi tahun 2019. Pengajian hanya boleh dipohon di universiti yang terpilih di Jepun sahaja. 

Mungkin anda terpinga-pinga Ajinomoto ni syarikat apa boleh tengok SINI


Antara universiti yang disarankan ialah University of Tokyo, Kyoto University, Nagoya University, Ochanomizu University, Waseda University atau Nutrition University. 

Syarat Permohonan 
  1. Pemohon hendaklah mempunyai izajah dan lulus cemerlang.
  2. Pemohon yang berumur 35 tahun bermula 1 April 2019 tidak layak memohon.
  3. Pemohon mesti boleh berbahasa Jepun dengan betul (jika tidak mahir dalam bahasa Jepun mesti mengambil 2 tahun kursus bahasa Jepun)
  4. Mempunyai kesihatan yang baik dari sudut fizikal dan juga mental serta mempunyai motivasi yang tinggi


(Pemohon akan ditemudu dan dipilih oleh pihak Ajinomoto Group)



Elaun yang ditawarkan
150,000 yen sebulan
(khusus untuk penyelidikan di graduate school dengan maksimum 1 tahun)
180,000 yen 
(khusus untuk menguasai pelajar kursus di graduate school dengan maksimum 2 tahun)

Jenis Penajaan yang Ditawarkan
Program Penyelidikan + Program Master coursework (3 tahun)
Kursus Program Master (2 tahun)

Bagaimana untuk pembuat permohonan. Anda boleh lah klik di SINI untuk memuatnaik borang-borang permohonan. Setelah mengisi borang tersebut dengan jayanya, anda boleh menghantar permohonan kepada:

Ajinomoto (Malaysia) Berhad
Lot 5710, Jalan Kuchai Lama Petaling
58200 Kuala Lumpur

Attn: Ms Ann Foo
Emel : amb_scholorship@ajukil.com.my
Call no : 03-7980 6956 (ext 288) Ms Ann Foo

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan anda boleh berhubung terus dengan pegawai yang bertugas seperti dinyatakan di atas. Apa tunggu lagi jika anda memenuhi kelayakan cepat memohon.

Terima kasih




9 comments:

  1. Bulat mata baca jumlah elaun sebulan yang ditawarkan tu

    ReplyDelete
  2. bestnya kalau ada peluang smbung belajar lagi.

    ReplyDelete
  3. bagusnya Ajinomoto bagi Scholarship.
    Boleh membantu sesiapa yang ingin melanjutkan pelajaran.

    ReplyDelete
  4. You are so cool on helping to spread this scholarship opportunity to your readers. Are you going to apply? Hope you get it!

    ReplyDelete
  5. Untung ni untuk adik2 yang belajar ni

    ReplyDelete

Powered by Blogger.