Enter your keyword

Thursday, March 16, 2017

Satu Hari Satu Nama : 1

By On 11:28:00 AM
Bismillahirraohmanirrahim


Salam munajat. 
Sahabatku, sesungguhnya Allah menunggumu di pagi ini, ingin mendengar pujianmu, mari kita memujiNya..

*Allahumma Ya Rahman, Ya Rahman Ya Rahman,*
*Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah,* Engkau memberiku kurniaanMu
tanpa pernah berkira, tidak berhenti2, jantungku terus Engkau degungkan walau ku balasMu dgn dosa, udara terus Engkau masukkan dlm tubuhku walau anggota tubuh ini terus terusan melakukan perkara yg sia2, penglihatanku masih Engkau kurniakan walau daku terus terusan melihat perkara yg Engkau murkai..

Engkau terus menerus memberiku pendengaran walau sentiasa daku perpaling dan tidak menyahut panggilanMu, sesungguhnya tiada lafaz syukur yg sepadan dgn sifat maha pemurahMu, dan jadikanku hamba yg bersyukur yg sentiasa menggunakan anggota tubuh, wang ringgit, hartabenda, jawatan dan segala kurniaanMu di atas jln keredhaanMu. 

Jadikanku juga hamba yg pemurah dgn org2 sekelilingku dgn sedikit sifat ar Rahman yg Engkau alirkan dlm jiwaku..


Hari Akhir Bekerja Sebelum Cuti Bersalin

By On 10:54:00 AM
Hari Akhir Bekerja Sebelum Cuti // Allhamdulillah... nampaknya hari ni hari akhir saya kerja sebelum mula bercuti bersalin minggu hadapan. Masih banyak kerja yang harus dilaksanakan dan juga pengajian saya. Saya ambil cuti 3 minggu awal. Minggu hadapan saya ambil cuti tahunan selama 7 hari dan sambung cuti bersalin awal daripada majikan saya. Terpaksa mengambil cuti awal kerana minggu hadapan saya dah memasuki 37 minggu, dan banyak perkara check up doktor yang harus dilakukan di kampung. Due date saya 11 April 2017. 

Esok mula balik kampung,,, plan nak singgah Penang USM dulu nak hantar pembetulan tesis saya pada sv saya. Lepas tu terus balik Kelantan. Tengok la keadaan Allah susun macamana esok. Hari ni kena settlekan kerja dan searah tugas apa yang patut. Yang penting kena check pembetulan saya selesaikan hari ni juga... bila duk baca dan baca rasa ini salah, ini kena tambah... mencabar! 

google image

Serah Tugas
Bila duk buat entry ni, ada ada lagi yang ketuk bilik. Saya memang dah fobia orang ketuk bilik. Kali ni ketukan tu bunyi lain! Saya yakin untuk buka, rupanya teknikal nak datang service aircond. Lepas tu ketukan kedua pula, saya dah tak kunci pintu. Rupanya rakan saya yang datang. Ya Allah, Allhamdulillah... memang saya sangat perlukan dia sekarang. Dari kelmarin lagi saya duk teringat kat dia!. Bila belek handset pagi tadi, tak ada lak no dia. Sebab handset saya hilang, semua no kawan-kawan dah hilang. Allah hantar dia sebagai alat Ya Wahhab, settlekan sign dan saksi agreement DPB dan tolong saya poskan.... Alang-alang sahabat datang tu, saya serah terus tugas yang ada kepadanya.... Subhanallah... Allah Ya Karim.... Ya Wahhab, Ya Rahman Ya Rahim... permudahkan pengajian dan kerja sahabat saya itu, Ya Allah.... Allah bagi settle satu-satu kerja hari ni! allhamdulillah...

Urusan Rumah Masih banyak urusan di rumah nak kena selesaikan hari ni, mencuci pakaian, kemas rumah, persiapan anak-anak nak cuti panjang. Nak tak nak dalam sebulan juga saya kat kampung. 

Terputus Hubungan Lepas ni saya tak boleh lagi nak update blog. Kat kampung tak ada internet dan saya juga tak guna smartphone. 

Keterbatasan Memang terbatas semua ini, nak tak nak pengajian saya yang masih on, banyak lagi pembetulan yang harus dibuat. Sangat terbatas nak buat di kampung. Walau apa pun saya serah sahaja pada Allah Yang Maha MenyusunNya. 

Mohon Maaf Sebelum saya bercuti ni, ingin saya memohon maaf kepada semua pembaca para sahabat semua. Maafkan jika penulisan di blog ini ada menyinggung hati anda tanpa saya sedari. Doakan saya dipermudahkan segalanya dalam proses bersalin dan berpantang dan juga perjalanan pengajian saya. 

Penghargaan Terima kasih buat para sahabat blogger yang sudi menjengah ke sini, dan mendoakan saya dan keluarga. InsyaaAllah doa kalian akan saya kembalikan dan malaikat sentisa mendoakan sahabat semua. 

Wednesday, March 15, 2017

Terlupa Nak Beranak

By On 3:04:00 PM
Terlupa Nak Beranak // Allhamdulillah... pagi tadi bila buka emel saya tengok emel sv saya hantar. Katanya tak boleh nak jumpa saya hari Jumaat kerana ada studend dia viva... Saya cakap ok, esok pula saya tak dapat nak jumpa kerana kena ambil cuti 3 hari sebelum.... bincang punya bincang next week nak jumpa.... Saya kata ok, tapi sv saya suruh fikir bila masa yang sesuai kerana dia pun ada hal minggu depan. Dengan confident saya fikir ok juga minggu depan dah cuti sekolah...

Dah Nak Bersalin Ke? Walhal, saya terlupa minggu hadapan hari Ahad saya dah kena ada kat kampung urus tentang check up, ambil temujanji jumpa pakar, ambil temujanji jumpa pegawai zat pemakanan dan ambil tarikh untuk buat BSP.... hadui.... bila call encik suami, baru ingat. En suami cakap "kang minggu hadapan tak dan nak balik kampung, beranak kat sini".... hahaha.... terlupa! saya dah nak bersalin ke? memang la tak tahu bila nak bersalin tapi prepare awal, minggu hadapan saya dah 37 minggu.... Doktor kat sini dah bagi saya memo segala bagai untuk saya check up di kampung. 

image google

Kiri kanan otak fikir, sebelah fikir pasal kerja, sebelah lagi pasal pengajian saya, sampai saya terlupa saya kini menunggu hari nak bersalin! jenuh lagu ni.... tadi saya sms sv saya confirm nak jumpa esok. Ingatkan tengahari saya nak lari dari ofis pergi USM kejap. Petang, ada hal pulak yang harus dilaksanakan esok... tak dapat la nak jumpa sv saya esok. Sekali lagi saya sms sv saya tak jadi jumpa esok, dan saya akan hantar correction saya kat biliknya pada Jumaat nanti....

Allah Ya Baari'.... Saya serahkan perjalanan hidup saya dan keluarga saya ni kepada Mu, susulah yang terbaik untuk kami! dan permudahkan segalanya.... sama seperti anda di luar sana, saya doakan allah permudahkan perjalanan hidup anda jua dalam apa keadaan pun.... 

Tuesday, March 14, 2017

Berita Kampus: SIRKIT GOLF REMAJA KEDAH SIRI 1/UUM BAKAL LAHIR JAGOAN GOLF NEGARA

By On 5:11:00 PM


Oleh: Unit Media UUMNGA

UUM SINTOK 14 Mac 2017:  Sirkit Golf Remaja Kedah Piala Exco Pendidikan Negeri Kedah Siri 1/UUM  diadakan pada 25 Februari 2017 yang lalu berlangsung dengan sangat meriah dan mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dari pelajar seluruh negeri Kedah.


Suasana meriah dan penuh semangat kesukanan dapat dirasai pada hari kejohanan apabila para peserta cilik telah berada di Kelab Golf & Rekreasi UUM seawal jam 6.30 pagi bagi melakukan persiapan untuk menghadapi kejohanan ini.

bernaju hijau semua junior daripada Akademi Golf Nasional UUM

Seramai 40 orang pelajar yang berumur sekitar 6 tahun sehingga 20 tahun menyertai kejohanan ini . Sebanyak 5 kategori dipertandingkan antaranya bawah 6 tahun, bawah 10 tahun (lelaki dan perempuan), bawah 12 tahun (lelaki dan perempuan), bawah 15 tahun (lelaki dan perempuan) dan bawah 20 (lelaki dan perempuan).
kakak kata seronok naik buggy

SGRK Piala EXCO Pendidikan Negeri Kedah ini adalah salah satu platform untuk mencungkil bakat-bakat terpendam pemain golf cilik negeri kedah.

kakak dan kawannya
“ Kejohanan SGRK Piala EXCO Pendidikan Negeri Kedah adalah medan terbaik untuk melahirkan pemain golf remaja bagi mewakili negeri kedah.” Kata En Wan Rosni Wan Chik, selaku Penyelaras SGRK.

“ Sekiranya mereka ini dilatih dan diberi bimbingan yang baik tidak mustahil mereka ini bakal menjadi jagoan golf negara.”

hebat-hebat anak-anak kecil ni

Sementara itu, Ybrs. Dr. Hendrik Lamsali, Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni dalam ucapan perasmian penutupan SGRK 2017 berkata, ‘ Tidak mustahil negara kita pada satu masa nanti akan ada Tiger Woods, Jordan Spieth mahupun Rory McIlroy versi Malaysia”.

“Melihat kesungguhan anak-anak kecil ini bersaing menunjukkan bertapa mereka mencintai sukan ini dan tidak sama sekali gentar menghadapi lawan masing-masing.”

“Diharapkan mereka ini terus diberi sokongan dan dorongan untuk meneruskan minat dalam sukan ini dan in shaa Allah satu hari nanti dapat mewakili dan mengharumkan nama negara di pentas dunia.”

Habis.

Pengalaman Pertama Kakak
Ini kali pertama, kakak join perlawanan. Pengalaman pertama yang sangat memberi motivasi kepada nya. Saya tak ikut serta, memang kepenatan tak larat masa tu. Kakak bermain di bawah 10 tahun, kena habiskan 16 lubang. Masa duk training tiap minggu tak pernah guna driver. Bila dalam perlawanan ni terpaksa guna driver untuk habiskan 16 lubang. Bagi katogari 10 tahun ke bawah, setiap jauh lubang lebih kurang 200 meter... Allhamdulillah dia boleh habiskan 16 lubang, tapi memang tempat terakhir katogari perempuan la. Tak apa la kakak. Kata husband saya, dia tak pernah pegang driver.... kali pertama terus kena lawan... driver set golf yang dibeli tu jenama watson... Jenama tu berat skit, ye la kakak tu kecil saja badannya. Batang driver tu lagi besar dan panjang daripadanya. Apa pun good try kakak....

Daripada:

AKADEMI GOLF NASIONAL
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
06010 UUM SINTOK
KEDAH
TEL:  04-9283591/3596
FAKS: 04-9283592




Sabar Belajar Memang Banyak DugaanNya

By On 4:34:00 PM
Sabar Belajar Memang Banyak DugaanNya // Hanya itu yang saya dapat ungkapkan. Saya pun bukan pelajar yang pandai. Masa sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti pun, saya bukan pelajar yang pandai dan "cerdik".... Malah saya rasa saya ni memang kurang "cerdik".... dan boleh dicakap "tak cerdik kot" hehehe.... bukan apa, saya sedar sekarang ni saya diajar siapa yang pandai? siapa yang cerdik? siapa yang pintar?..... dan jawapannya semua itu bukan milik saya! kerana ia milik Allah Ya Alim, Ya Hakim, Ya Rashid!

google image

Kita Hamba Saya dan kita semua cuma hamba/abdiNya sahaja. Dengan kasih sayangNya dia pinjamkan kita sedikit ilmu pengetahuanNya. IlmuNya yang sangat luas meliputi alam semesta ini untuk kita jadikan pedoman dan pengajaran berlandasan As Sunnah dan Al Qurran. 

Ke mana Di bawa Ilmu Itu? Persoalan yang selalu ditanya. Belajar nak jadi apa? Belajar untuk apa? Belajar kerana siapa? Jawapannya cuma "syurga".... apa pun yang kita belajar biarlah target utama untuk meraih syurga Allah...... Biarlah ilmu itu membawa kita ke syurga kan. Siapa tak nak syurga. Semua orang nak syurga. Sistem pendidikan seharusnya mensasarkan visi dan misi ke syurga Allah. Membawa murid, pelajar menggapai syurga Allah....

Susah! Memang susah belajar ni. Dugaan bermacam. Namun,, Allah akan menguji mengikut tahap kemampuan hambaNya! Saya? Saya susah, Allah uji saya dalam bentuk wang ringgit. Namun, disebalik kesempitan wang ringgit, Allah bagi saya dan keluarga saya, anak suami kesihatan yang baik! Subhanallah! Bak kata suami saya "kita memang susah dari segi wang ringgi, tapi kesihatan baik".... Namun di luar sana ada Allah uji kedua-duanya sekali.... Semua bergantung kepada pengetahuan Allah Yang Maha Luas terhadap hambaNya. Tiada duit! terhad untuk saya belajar! di rumah tiada internet, malah smartphone pun belum mampu saya guna dan beli, tapi saya syukur apa yang Allah bagi tentulah yang terbaik untuk saya. Saya ada internet di ofis dan saya masih ada smartphone suami saya! Jiran saya juga suruh sahaja guna passwordnya.... See! Allah Yang Maha Pengasihkan..... 

Gembira Saya gembira dengan pengajian saya. Walaupun tak seberapa, walaupun susah segala bagai, saya gembira! Walaupun lambat saya habiskan belajar saya, saya tahu Allah Yang Maha Menyusun. Dah dah puas bersedih zaman jahiliah dulu. hehehe.... Walau apa yang datang sekarang dah boleh terima seadanya! Saya gembira walaupun nak beli milo kat anak-anak saya pun saya tak mampu, tapi Allah memang kasih dan sayang kepada kami sekeluarga, saya gembira.... saya masih mampu bagi anak saya minum air milo di kedai.... hehehe.... Saya rasa orang lain tak berada ditempat saya! Saya bersyukur Allah uji semua ni pada saya! Kalau tak saya mesti leka dan masih lalai siapa saya. Saya bersyukur saya dapat merasa semua kesusahan ini dengan hati yang gembira.... 

Sabar Itu Separuh Iman Kita Sabarlah Sayang sahabatku semua memang susah tika belajar ini, Allah uji kita dengan bermacam keadaan. Kita kena cekal dan tabah. Penghujungnya akan sampai! tiba masa kelak yang Allah dah janjikan, kalau ada rezeki kita, kita akan habiskan pengajian kita ini. Berapa lama? tak apa lah Allah Yang Maha Mengetahui... Allah Ya Awal, Allah Ya Akhir, Allah Ya Muqaddim, Allah Ya Muakhir....

Senyum sokmo ter..... 👨😍😃😄😊😊😊 jangan stress.... be happy

Allah Ya Fattah, Allah Ya Wahhab



Surat Untuk Sekolah Nak Balik Bersalin Di Kampung

By On 3:50:00 PM
Surat Untuk Sekolah // Pagi tadi sebelum keluar rumah sempat saya edit dan print surat untuk di hantar ke sekolah anak-anak saya. 4 surat saya sediakan. Sekolah kakak 2 surat. Pagi dan petang, sekolah adik pun sama, 2 surat sekolah pagi dan sekolah petang.

Surat Makluman Surat makluman ketidakhadiran ke sekolah selama 3 minggu saya buat. Dalam jangkaan saya selama 3 minggu balik kampung sehingga 20 April 2017. 

google image

Pengesahan Guru Besar Allhamdulillah, tadi selepas balik check up di klinik saya terus singgah sekolah kakak bagi rumat makluman tersebut kepada guru besar, dan diperakukan oleh guru besar! Guru Besar cadangkan dalam tempoh tersebut, kami kena buat surat kepada sekolah berdekatan untuk tumpangkan pengajian kakak buat sementara semasa proses bersalin dan berpantang. Husband saya bagitahu guru besar prosedur "tumpang murid" tu telah tiada. "boleh lagi ke, macam tu?".... sebelum ni saya dah tanya pihak sekolah, kerani di ofis dan guru-guru tiada lagi prosedur tumpang pelajar tu... Dengan penuh yakin guru besar cakap "kenapa pulak tak boleh, baru ni ada murid tumpang dua minggu kat sekolah lain sebab mak dia keguguran balik pantang kat kampung. Semua mengajar perkara yang sama, bukan duk London tak boleh, tapi di atas persetujuan sekolah tersebut". Buat surat kat sekolah tu cakp nampung selama sebulan! Saya dan suami lega sikit macam tu.... Kami pulang dengan senang hati sikit dah cikgu besar luluskan. Ke tadika adik pula, bagi surat makluman di sekolah adik. Settle sesi pagi sekolah kakak adik.

Ingatkan Dah Settle Petang, dalam pukul 1, cikgu di sekolah kakak call saya? Dia tanya saya apa guru besar cakap kat saya tadi tentang surat yang saya hantar. Saya cakap guru besar dah luluskan, dan suruh saya buat surat untuk tumpangkan pengajian anak saya ke sekolah berdekatan. Katanya, dia baru habis meeting jabatan tentang surat makluman yang saya bagi! Pihaknya cadangkan supaya kakak diberhentikan sekolah dan buat surat bawa ke PPD apply kat sekolah berdekatan. Dah tak ada prosedur "tumpang", sebab sekarang ni sistem kedatangan pelajar semua online. Kata saya "susah la saya, nak p naik Jab Pendidikan dan sebagainya. Lagi pun saya cuti tak lama sampai 20 April sahaja! Kalau tak memang 0 kehadiran anak saya! tak apa la macam tu cikgu. Serba salah nak tukar sekolah semua... Banyak sekolah tak bagi "tumpang" sebab sistem sekarang semua online, kata cikgu tu. "tak apa la kalau macam tu cikgu, saya bincang dulu dengan husband saya, dalam dua hari ni saya akan hubungi pihak sekolah semula".... Tadi dengan confident saja guru besar cakap macam tu... huhuhu... It's ok this is a process....  

Hubungi Sekolah Nak Tukar Fuhh... penatkan, duk fikir dan bincang dengan suami saya, kalau macam tu buat jer surat berhenti sekolah bagi kat sekolah esok. Terpaksa la kena pergi Pej Pendidikan Kota Bharu. Saya ambil smartphone suami saya cari alamat sekolah pertama kat kampung saya dan terus call sekolah tersebut. Nasib baik diangkat! Maklumat yang saya dapat daripada sekolah tersebut pun sama tak boleh lagi "tumpang" murid. Kena berhenti dan daftar semula. Sekolah kedua saya call, "saya kerani, saya tak tahu, kena tanya PK HEM, PK HEM dah balik".... Kat kampung saya ada dua sekolah rendah dan berdekatan, sebelah-menyebelah. Kalau boleh tumpang sebulan, saya tak perlu buat surat berhenti sekolah naik turun Pej Pendidikan. Dengan keadaan sarat-menyarat ni, termengah-mengah juga jadinya. Tapi Allhamdulillah, Allah bagi saya kekuatan untuk menguruskannya. Al maklum la, suami saya kurang arif bab-bab ni.... 

Surat Kat Sekolah Petang Suami saya p hantar adik di sekolah agamanya, dan bagi surat pada ustazah. Settle.... Allahamdulillah selesai bab adik sekolah pagi dan petang. Kat sekolah KAFA kakak pula petang ni kena bagi surat pada ustazahnya. Suami saya kata, surat makluman kat Akademi Goft kakak pun kena hantar juga, nanti mereka tanya kenapa kakak tak datang training golf. Jumaat dan Sabtu ni ada games Sg Petani. Kakak dah tak dapat nak join. "ye la, balik rumah nanti mama buat la"...




Monday, March 13, 2017

Gerakan Baby Dalam Kandungan

By On 5:33:00 PM
Allhamdulillah

google image

Gerakan Baby Dalam Kandungan // Allhamdulillah... kalau mengandung anak pertama dan kedua saya lambat rasa gerakan baby dalam kandungan... Kandungan kali ni lain skit, umur baby 3 bulan setengah saya dah semacam rasa baby dah gerak. Namun, saya kurang pasti. Seingat saya semasa kandungan kedua, semasa 5 bulan lebih saya belum rasa lagi. Ada kakak ketikan itu sedang mengandung juga, dia kata baby dia dah gerak. Saya confius dan diam! sedangkan saya belum rasa apa-apa.

Kali ni, memang bila dah masuk 4 bulan dan 4 bulan setengah saya confirm dan yakin memang saya dah rasa dari awal baby saya gerak.... Dah penghujung 8 bulan ni, makin aktif... Selagi saya tak tidur selagi tu dia duk bergerak-gerak. Saya seronok! Kakak dan kak ngah memang suka tengok perut saya gerak-gerak... 

Pengalaman mengandung dan juga bersalin lain-lain kan... Hebat Allah buatkan kita dan jadikan manusia ni memang kreatif Allah Ya Musowwir.... Allahuakhbar.... Semoga apa yang Dia jadikan kita ini memberi manfaat kepada semua. Tadi saya ada discuss dengan rakan-rakan saya ramai yang masih belum kawin. Sebenarnya siapa kita, dah kawin ke belum, dapat zuriat ke tidak. Itu adalah aturan Allah Ya Baari'.... semua Allah Yang Maha Kuasa jadikan kita semua di atas sebab hanya Dia sahaja yang tahu....

Jangan lupa zikir untuk baby selalu.... dan diri kita jua!

Siapa pun kita? kita tetap abdiNya dan umat Rasulullah saw....




Soalan Tag Daripada Ucing

By On 4:12:00 PM


Jawab Soalan dari Ucing dalam Bahasa Melayu pula..

1) Terangkan kepada saya siapa awak sebenarnya.?
2) Makanan kesukaan yang tidak boleh di lupakan.?
3) Musik yang selalu dimainkan ketika bersedih.?
4) Pengalaman memalukan yang terjadi di hadapan orang ramai.?
5) Apa yang anda buat pada masa lapang.?
6) Peristiwa kejutan (suprise) yang menyeronokan.?
7) Perkara yang membuat anda marah.?
8) Peristiwa yang menyeramkan.?
9) Bagaimana cara seseorang itu boleh membuatkan anda senyum.?
10) Lawak habis sampai anda sakit perut tergolek-golek.?
11) Bila waktu dan masa membalas 11 soalan saya ini.? (^_^)

Dalam duk ada masa ni saya akan jawab soalan dari Ucing yer... 

1) Terangkan kepada saya siapa awak sebenarnya?
Hamba yang fakir, :), anak perempuan satu-satunya daripada dua beradik sahaja, ibu kepada 2 orang puteri, isteri, juga pelajar sepenuh masa, pekerja, Allahuakhbar... 

2) Makanan kesukaan yang tidak boleh di lupakan.?
Makanan apa ye? Saya pun tak pasti sekarang ni saya suka makan apa? dan apa yang saya pernah makan saya tak boleh lua! Apa ye? erm... kuih seri muka, baru sahaja saya makan akhir bulan lepas... memang sedap makcik-makcik kat kampung tu masak kuih seri muka tu....

3) Musik yang selalu dimainkan ketika bersedih.?
ho ho ho... kalau dulu music GTO ( tiap malam/pagi la cd GTO ) saya tengok bagi inspirasi untuk saya habiskan tesis master saya di kala sedih dan music punk rock (muse, the killer, ACAB, dll )... hehehe mmg giler saya dulu.... skang ni tak tak ada dalam minda saya, semua tu... semua zikir Asmaul Husna mengiringi saya.... Allhamdulillah... 

4) Pengalaman memalukan yang terjadi di hadapan orang ramai.?
hehe... yang ni mmg pengalaman memalukan saya depan orang ramai, bila duk control ayu melangkah naik tangga dewan konvo tiba-tiba high heel saya tersangkut kat tangga,,, hahaha.... malu tu, parents kiri kanan dewan duk tengok.... hinggakan kawan saya di belakang saya tolong ambilkan high heel saya... perasan la kononnn nak pakai high hell masuk dewan.... 

5) Apa yang anda buat pada masa lapang.?
Tak ada masa lapang... hah, cam mana tu... klu ada masa terluang saya kemas rumah....

6) Peristiwa kejutan (suprise) yang menyeronokan.?
Yang ni best! seumur hidup saya tak pernah sambut birthday, sehinggalah masa saya study undergrad dulu, lepas vrappp habis shooting, producer saya buat birthday party mengejut potong kek dengan semua krew dan pelakon... Itu la kek hari jadi pertama saya....  

7) Perkara yang membuat anda marah.?
Bila anak-anak buat hal... Saya jarang marah orang tapi anak-anak saya selalu membebel... heheh... kesian mereka.... lepas marah saya panggil anak saya dan explain dan saya mereka.... hehehe

8) Peristiwa yang menyeramkan.?
2003, saya join shooting filem,,, masa tengah shooting di sebuah bonglo usang, (time manghrib), lepas manghrib kita sambung shooting, ada something yang mengganggu saya, kepala saya seakan kena sentak ke belakang, saya tak fikir apa terus melangkah ke hadapan.... lama lepas tu baru saya toleh ke belakang, saya tengok tak ada apa-apa, tapi ada seorang pelakon ni kat belakang, dia tengok saya. Dia ni boleh nampak skit,,, masa duk shooting tu, dia memang selalu cerita macam-macam.... fuhh... seram.... 

9) Bagaimana cara seseorang itu boleh membuatkan anda senyum.?
Buat lawak

10) Lawak habis sampai anda sakit perut tergolek-golek.?
dulu ada macam ni time sekolah dan study undergrad, skang saya hanya senyum apa lawak pun...

11) Bila waktu dan masa membalas 11 soalan saya ini.? (^_^)
3.10 petang, Isnin, 13/3/17

Semoga Ucing berpuas hati dengan jawapan ini... 


Kecut Perut Kena Lapor Tahap Pengajian

By On 3:21:00 PM
Kecut Perut Kena Lapor Tahap Pengajian // Dapat mesej dari ketua jabatan, kang dah kecut perut bila kena report status pengajian. 2 minggu lepas, saya dah jumpa dekat report pengajian saya dan minta tandatangannya... mungkin dekan lupa dan minta ketua jabatan uruskan sekali lagi. Ia memang proses dalam seseorang staf bila melanjutkan pengajian dan masuk kembali bertugas. Esok dekan pula akan menghadiri meeting bentangkan progress pengajian staf-staf di bawahnya. Selagi tak habis mengaji ini berlarutan. Tempoh yang diberikan kepada kami (staf yang sedang melanjutkan pengajian) berdasarkan progress study yang diberikan oleh penyelia di universiti-universiti. Progress report study saya memang teruk untuk semester ni. Saya lagi risau macamana keputusan ahli senat meeting esok hari. Walaupun dalam progress report saya, sv saya suggest supaya saya diberikan cuti bersalin. Walau bagaimanapun saya sangat risau sekarang. 

Pengajian Saya Kalau diikutkan pengajian saya dah berada pada peringkat terakhir dalam membuat pembetulan tesis sebelum submit untuk viva. Memang dah nampak seketul tesis. Namun, di dalamnya masih banyak perlu diperbetulkan.... 


Risau Memang merisaukan saya, dalam masa 2 bulan setengah ni tak kira saya beranak ke apa,,, saya kena pastikan progress saya study saya ok, kerana saya kena hantar progress resport setiap 3 bulan sekali pada universiti. Ini bermakna awal bulan 6 saya kena hantar report lagi! Hanya Allah Yang Maha Mengetahui dan Yang Maha Menyusun... 

Think Positive Apa pun saya kena fikir yang terbaik semua Allah yang susun, lambat ke cepat pengajian saya, semua dah ketentuan Allah swt... InsyaaAllah... Dalam duk sarat ni, positive thinking mesti selalu... apa pun dugaan, cabaaran yang mendatang, semua ketentuan Allah.... InsyaaAllah, Allah jua tempat kita bergantung sepenuhnya. Segala ujian, untuk mematangkan kita.... 

kerana Allah itu seperti persangkaan hambaNya. InsyaaAllah.... Allah Ya Somad 

Mohon Jasa Baik Dalam duk tulis entry ni, sempat saya send emel pada sv saya di USM buat temujanji dengannya Jumaat nanti. Saya dah over due date. Sv saya bagi 2 minggu iaitu pada Khamis lepas saya kena hantar pembetulan kajian literatur saya. Memandangkan jurnal yang saya buat pembetulan itu adalah jurnal artikel meta-analisis, banyak yang perlu saya huraikan hasil dapatan kajian lepas. Mohon supaya jasa baik sv saya diberkati selalu dan terima kelewatan saya ini. 

Kerja Ofis Walaupun saya tak ada kelas, namun kerja ofis yang lain terpaksa saya tolong rakan-rakan handle persidangan antarabangsa. Allhamdulillah pagi tadi Allah permudahkan kerja saya dapat settlekan logistik penginapan para peserta conference bulan Mei nanti. Dari minggu lepas perkara ini tertangguh membuatkan pembetulan tesis saya agak perlahan. Banyak perkara yang difikirkan, sehinggakan saya tak sempat nak fikir tentang persiapan bersalin saya. 

Cuti Bersalin Minggu depan saya dah mula cuti bersalin. Memandangkan cuti bersalin hanya boleh ambil awal 2 minggu, saya terpaksa ambil cuti tahunan 7 hari untuk balik kampung. Saya dah bagitahu pengarah projek saya, minggu depan saya dah mula cuti. Katanya, "ha pergi bersalin dulu"..... hehehe.... tapi sebelum cuti bersalin saya kena settle kerja saya dalam 3 hari ni.... InsyaaAllah.... Allah Yang Maha Berkuasa. 

Allah Ya Baari' Dalam masa terdekat untuk bersalin ni, saya memang malas nak fikir rumit perkara-perkara kerja, pengajian dan persiapan baby. Apa yang ada saya blasah sahaja. Memandangkan itu yang Allah bagi kat saya. Tak sempat nak fikir nak makan apa, itu dan ini. Tak sempat nak fikir kelengkapan baby itu ini dah ada ke belum dan sebagainya. Dalam setiap doa saya serah je pada Allah Ya Baari' Yang Maha Menyusun segalaNya. 

Tenang Ketenangan hanya Allah yang bagi. Ia satu rahmat yang tak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Walaupun duk kecut perut ia cuma sementara. Saya yakin Allah akan bantu saya! Bila dah hantar progress report pengajian pada ketua saya, saya akan rasa tenang. InsyaaAllah,,,,, 

Allhamdulillah


Contohi Sifat Tawadhu’ Nabi SAW

By On 10:48:00 AM
Daripada ‘Iyad bin Himar RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadhu’ sehingga tidak seorang pun merasa dirinya megah (lebih) daripada orang lain dan tidak seorang pun menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain.”  (Riwayat  Muslim)


google image


 Huraian Hadith:

1.  Tawadhu ialah bersikap tenang, sederhana dan menjauhi perbuatan takabbur (sombong), ataupun sum’ah (ingin diketahui orang lain amal kebaikan kita).
resam padi

2.  Tanda orang yang tawadhu’ adalah disaat seseorang semakin bertambah ilmunya maka semakin bertambah pula sikap rasa  hina dirinya di sisi Allah SWT. Semakin bertambah amalnya maka semakin meningkat pula rasa takutnya kepada Allah SWT. Setiap kali bertambah usianya maka semakin berkuranglah ketamakan nafsunya. Setiap kali bertambah hartanya maka bertambahlah kedermawanannya. Setiap kali bertambah tinggi kedudukan dan pangkatnya maka semakin dekat pula dia dengan manusia dan berusaha untuk menunaikan segala tanggungjawab yang diamanahkan keatasnya. Hal Ini karena orang yang bertawadhu’ menyedari akan  segala nikmat yang ada padanya adalah dari Allah SWT, untuk mengujikannya samaada beliau tergolong dari golongan yang bersyukur atau kufur.

3.    Perbuatan sombong adalah perbuatan yang mengundang kemurkaan Allah SWT, seperti yang berlaku terhadap Iblis yg terkutuk, Fir’aun dan tentara-tentaranya, Qarun dengan semua anak buah dan hartanya dan kepada seluruh penentang para Rasul Allah SWT.  Mereka semua dibinasakan oleh Allah SWT kerana memiliki sifat sombong yang berlawanan dengan sifat tawadhu’.

4.    Manusia yang bersifat Tawadhu’ akan di puji dan diangkat kedudukannya di sisi Allah SWT. Manakala manusia yang bersifat sombong pula akan akan dihina oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Tiada berkurang harta karena sedekah, dan Allah tiada menambah pada seseorang yang memaafkan melainkan kemuliaan. Dan tiada seseorang yang bertawadhu’ kepada Allah, melainkan dimuliakan (mendapat ‘izzah) oleh Allah. (HR. Muslim).

Wallahua’lam

Sebarang pertanyaan sila hubungi Ustazah Madihah bt Mohamed Ibrahim/ Ustaz Syahril Fazli bin Mat Hussain, Unit Penyelidikan, Penerbitan dan Perundingan Pusat Islam UUM di talian 04-9282558/2567.

Penghawa Dingin Penyebab Barah

By On 10:28:00 AM
“Masuk kereta terus buka penghawa dingin yang akan bertindak balas dengan barang-barang yang terdapat di dalam kereta seperti plastik, beg, kasut dan computer riba, seterusnya mengundang 36 penyakit seperti resdung, kanser hidung dan kanser otak.

google image

“Jadi, buka cermin kereta terlebih dahulu, hirup udara luar lebih kurang 15 minit sebelum membuka penghawa dingin begitu juga menyedut asap ketika pam minyak dan makanan antara punca penyebab kanser,” ujar Pakar Holistik Makanan dan Perubatan Orthomolekul, Prof Dato’ Seri Dr Syed Putra Meir yang berpengalaman mengubati penyakit kanser ketika menyampaikan ceramah bertajuk Preventing and Curing The 21 Century Diseases anjuran Kesatuan Kakitangan UUM (KESKA) di Pusat Konvensyen, baru-baru ini.

Beliau berkata, punca kanser hanya 10 peratus disebabkan faktor keturunan, manakala 90 peratus lagi berpunca daripada makanan kerana setiap makanan yang masuk ke dalam tubuh menghasilkan hormon, seterusnya akan mengaktifkan sel kanser dalam badan.

Katanya, bagi wanita yang mengalami gangguan kitaran haid, darah haid yang tidak dikeluarkan akan bertukar menjadi fibroid. 

Menurutnya, kanser merupakan penyakit yang paling ditakuti, apatah lagi penyakit tersebut dikatakan tiada ubat tetapi setiap penyakit ada ubat kecuali mati dan Allah turunkan penyakit bersamanya ubat. 

“Kebanyakan yang datang, pesakit kanser tahap 4, yang sudah kena radiasi, gugur rambut dan kronik. Ramai pesakit menjalani kemoterapi tetapi tidak kesemuanya bebas dari penyakit kanser itu, sebaliknya kenapa tidak menggunakan kaedah alternatif yang ada?

“Sebanyak 214 jenis kanser boleh diubati, malah datuk nenek kita dulu mengamalkan buah pinang yang mempunyai vitamin B17 tanpa perlu menjalani pembedahan dan kemoterapi,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, untuk merawat penyakit kanser dan penyakit lain, kaedah yang digunakan adalah dengan mengambil ujian darah (blood test) untuk mengesan setiap penyakit melalui bacaan daripada laporan makmal, selain menggunakan tumbuh-tumbuhan seperti aprikot, durian belanda dan belalai gajah.

Menurutnya, pantang larang pesakit kanse adalah tidak boleh mengambil makanan atau minuman yang mengandungi gula, susu, protein binatang, ayam, ikan, makanan laut, kacang soya, tempe, produk tenusu, makanan dalam tin dan marjerin kerana semua makanan tersebut ibarat vitamin yang menyuburkan sel kanser.

“Pesakit kanser juga perlu elak mengambil makanan sejuk seperti dan perlu mengawal pemakanan,” katanya yang juga ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). 

Sumber: Unit Korporat UUM

Thursday, March 9, 2017

11 AKIBAT MAKSIAT

By On 2:53:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

11 AKIBAT MAKSIAT

google image


1) Maksiat Menghalangi Ilmu Pengetahuan
Ilmu adalah cahaya yang dipancarkan ke dalam hati. Namun, kemaksiatan dalam hati dapat menghalangi dan memadamkan cahaya tersebut. Ketika Imam Malik melihat kecerdasan dan daya hafal Imam Syafi'e yang luarbiasa, beliau (Imam Malik) berkata, "Aku melihat Allah telah menyiratkan cahaya di dalam hatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan maksiat".

2) Maksiat mengahalangi Rezeki
Jika ketakwaan adalah penyebab datangnya rezeki, maka meninggalkannya bererti menimbulkan kefakiran. "Seorang hamba dicegah dari rezeki akibat dosa yang diperbuatnya". (HR Ahmad)

3) Maksiat Menimbulkan Jarak dengan Allah
Diriwayatkan ada seorang lelaki yang mengeluh kepada seorang arif tentang kesunyian jiwanya. Sang arif berpesan, "Jika kegersangan hatimu akibat dosa-dosa, maka tinggalkanlah (perbuatan dosa itu). Dalam hati kita, tak ada perkara yang lebih pahit daripada kegersangan dosa di atas dosa".

4) Maksiat Menjauhkan Pelakunya Dari Orang Lain
Terutama dari golongan yang baik. Semakin berat tekanannya, maka semakin jauh pula jaraknya hingga berbagai manfaat dari orang yang baik terhalangi. Kesunyian dan kegersangan ini semakin menguat hingga berpengaruh pada hubungan dengan keluarga, anak-anak dan hati nuraninya sendiri. Seorang salaf berkata, "Sesungguhnya aku bermaksiat kepada Allah, maka aku lihat pengaruhnya pada perilaku binatang(kenderaan) dan isteriku".

5) Maksiat Menyulitkan Urusan
Jika ketakwaan dapat memudahkan segala urusan, maka pelaku maksiat akan menghadapi kesulitan dalam menghadapi segala urusannya.

6) Maksiat menggelapkan hati
Ketaatan adalah cahaya, sedangkan maksiat adalah gelap-gulita. Ibnu Abbas RA berkata, "Sesungguhnya perbuatan baik itu mendatangkan kecerahan pada wajah dan cahaya pada hati, kekuatan badan dan kecintaan. Sebaliknya, perbuatan buruk itu mengundang ketidakceriaan pada raut muka, kegelapan di dalam kubur dan di hati, kelemahan bada n, susutnya rezeki dan kebencian makhluk".

7) Maksiat Melemahkan Hati dan Badan
Kekuatan seorang mukmin terpancar dari kekuatan hatinya. Jika hatinya kuat maka kuatlah badannya. Tapi bagi pelaku maksiat, meskipun badannya kuat, sesungguhnya dia sangat lemah jika kekuatan itu sedang dia perlukan, hingga kekuatan pada dirinya sering menipu dirinya sendiri. Lihatlah bagaimana kekuatan fizik dan hati kaum muslimin yang telah mengalahkan kekuatan fizik bangsa Persia dan Romawi.

8) Maksiat Menghalangi Ketaatan
Orang yang melakukan dosa dan maksiat akan cenderung untuk memutuskan ketaatan. Seperti selayaknya orang yang satu kali makan tetapi mangalami sakit yg berpanjangan dan menghalanginya dari memakan makanan lain yang lebih baik.

9) Maksiat Memendekkan Umur dan Menghapus Keberkahan
Pada dasarnya umur manusia dihitung dari masa hidupnya. Sementara itu tak ada yang namanya hidup kecuali jika kehidupan itu dihabiskan dengan ketaatan, ibadah, cinta dan zikir kepada Allah serta mementingkan keredhaanNya.

10) Maksiat Menumbuhkan Maksiat Lain
Seorang ulama salaf berkata bahawa jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal tersebut akan mendorong dia untuk melakukan kebaikan yang lain dan seterusnya. Dan jika seorang hamba melakukan keburukan, maka dia pun akan cenderung untuk melakukan keburukan yang lain sehingga keburukan itu menjadi kebiasaan bagi si pelaku.

11) Maksiat Mematikan Bisikan Hati Nurani
Maksiat dapat melemahkan hati dari kebaikan dan sebaliknya akan menguatkan kehendak untuk berbuat maksiat yang lain. Maksiat juga dapat memutuskan keinginan seseorang untuk bertaubat.

" Wahai hamba-hambakKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah Mahamengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah yang Maha Pemgampun, Maha Penyayang." 
[39 : 53]

Wallahu a'lam

Oleh:Ustaz JafriMahmoodi
Dar AlFaizin

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

Tuesday, March 7, 2017

Setengah Hari Check Up di KK

By On 5:05:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Setengah Hari Check Up di KK Allhamdulillah, semua selesai tuk hari ni check up for baby. Banyak perkara yang nak kena settle di KK tadi. Disebabkan saya ada kencing manis entry ini, terpaksa ambil darah esok empat kali... yuhuuu... banyaknya. Kenapa empat kali misi? Memang kena ambil empat kali, tak tahu ke? Tak tahu la saya, sebelum ni tak pernah ada kencing manis. Memang tak tahu, rupanya kena puasa segala bagai,,, 

google image

Misi Baharu Dapat misi baru yang check up saya, lama saya duk tunggu dia kira tempoh kehamilan saya di jadual bulat tu.... Hinggakkan dah nak siap segala bagai check perut, dia sekali lagi check jadual bulat tu. Rupanya salah tulis tempoh kehamilan saya. Sedikit sebanyak saya tak confident. Nak buat camana, tapi tak apa la tu proses bagaimana dia nak handle patient. Masih banyak perkara yang dia belum tahu tentang selok belok prosedur di KK tu.... 

Jumpa Pakar Doktor suggest suruh booking tarikh lain sebelum saya pulang balik ke kampung. So, minggu hadapan sahaja yang saya ada masa tuk jumpa pakar di Kedah. Misi baharu kata kalau tak ada tarikh tuk jumpa pakar bawa sahaja memo yang doktor bagi ke KK kat kampung saya. Saya complain juga la pada misi kenapa tarikh jumpa pakar tu 37 minggu kehamilan saya baru nak jumpa pakar! Dari awal semasa 5 bulan lagi, saya dah request pada doktor saya nak temujanji dengan pakar pada 36 minggu kehamilan. Masa anak kedua saya tak sempat pun nak jumpa pakar rujuk sama ada saya boleh bersalin normal atau tidak. 37 minggu saya dah nak bersalin, kat labour room saya pula kena marah kat doktor. Allah Ya Baari' bagi juga saya bersalin normal tanpa ada apa-apa masalah. Saya bersyukur sangat. Tapi tak best la kita duk tengah sakit tu, doktor datang sembur memacam... bukan keje kita semua tu. Allah yang tentukan... 

Result Saringan Result saringan hari ni, semua ok, tekanan darah, urine, berat badan dan HB, Allhamdulillah... Hb pun dah 12.... Husband saya kata mungkin semalam saya makan kerang. Saya terpaksa makan walaupun tak lalu kerang masak sambal tu. hehehe... Allah Ya Raafi' Yang Maha Menaikkan.... Lepas jumpa misi tadi saya kena jumpa pegawai mata, check mata. Allhamdulillah semua ok. Mata saya pun tak ada effect dengan kencing manis tu. Setengah hari jadinya saya kat KK buat check up.... Masa nak buat saringan tu saya zikir Ya Salam Ya Mukmin.... Sesungguhnya Allah Yang Maha Mensejahterakan dan Yang Maha Mengamankan kesihatan kita dengan baik..... 

Tangguh Kerja Meeting kat ofis pukul 11, tak sempat saya nak attend. Nasib baik pengarah projek rakan saya dah tahu hari ni saya kena pergi check up. Katanya kelmarin, "tak pa p cehck perut dulu"... hehehe.... Memang kalau orang kerja dah setengah hari la ponteng kan,,,, kerja saya fleksibel walaupun kena punch in dan out, tak sangat membebankan.... balik rumah pun kerja lagi.... 

Motivasi Solat Berjemaah Balik dari KK saya ambil adik, bawa dia pergi beli makanan alas perut dia dan solat Zohor di pusat Islam.... walaupun perut lapar, dan mula rasa penat sangat, adik kata nak solat dulu.... Allah Ya Baari' susunkan kami solat berjemaah,,,, kalau tak ada apa yang menghalang saya akan luangkan masa berjemaah di sana. Buat saya tenang dan hilangkan rasa penat.... Penting juga untuk ibu mengandung dengan solat ini kita dapat mingkatkan motivasi diri dan dekatkan diri lebih dengan Allah swt.... dan kuatkan kandungan kita! Dengan berjemaah kita rasa kandungan kita bersama dengan ramai orang solat bersama. Dalam mengandung juga cuba amalkan supaya anda menjadi iman.... secara tak langsung anak dalam kandungan juga akan merasa dia adalah khalifah.... Masa awal mengandung ada kawan suruh saya jadi iman, dengan sendiri kita rasa satu didikan buat anak dalam kandungan. Dan ada situasi juga saya tawarkan diri untuk menjadi iman.... Ia sebagai satu motovasi kepada diri saya dan juga anak dalam kandungan saya. Saya tahu iman saya juga ada naik dan turunnya. Saya juga hamba yang lemah! Kekadang lalai dan leka, namun kita cuba yang terbaik untuk anak dalam kandungan kita. 

InsyaaAllah, Allah terima semua amalan ibu mengandung.... 


Monday, March 6, 2017

Check Up Doctor 8 Bulan Setengah

By On 4:16:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Check Up Doctor 8 Bulan Setengah Kisah ni minggu lepas saya ke KK check up dengan doktor. Peringkat ni doktor scan untuk tengok kedudukan bayi dalam kandungan. Mulanya saya buat saringan biasa. Result semua ok. Dan tunggu giliran dipanggil jumpa doktor. Kali ni saya dapat check up dengan doktor lelaki yang belum pernah check saya sebelum ni. Tak apa la lelaki pun Allah dah susun, saya mula zikir yang terbaik. Ye la kan nak scan tu.... Bila dah masuk jumpa doktor, saya cerita pasal saya nak balik kampung bersalin. Doktor faham. Dan saya juga tanya doktor pasal result minum air gula yang kedua. Ye la result tu lambat keluar, dah berapa kali jumpa misi, result saya tak tahu kat mana. 

Check Result Kencing Manis Doktor terus check dalam sistem di desktopnya. Dia cakap "result akak ada kencing manis. Betulkan nama akak"... saya tengok kat desktop "aa'aa betul nama saya".... "8 result akak, tinggi ni".... "tapi nie kencing manis semasa mengandung"... saya belum pernah ada detect kencing manis sebelum ni, maklum la mengandung kali ni memang saya kurang air putih dan setiap hari minum air manis, umur pun dah lanjut usia.... hhahahaha..... "abis tu nak buat macamana doktor"... "tak pa nanti tanya misi apa kena buat"....

Ya Allah Ya Salam, kesejahteraan jiwa, emosi dan jasadku adalah atas kurnianMu seluruhnya, daku bersyukur atas kesejahteraan ini.

Scan For Baby Doktor pun terus ambil borang untuk jumpa zat pemakanan, dan tulis surat request yang saya nak bersalin kat kampung... "ok, nanti jumpa saya kat bilik scan bila saya panggil, skang ni ada orang duk scan lagi".... saya keluar tunggu kat luar. Bila dipanggil masuk bilik scan saya terus pergi.... Dia suruh saya naik kat katil tuk scan, dan suruh saya tunggu kejap, tunggu misi datang ye.... Allhamdulillah, doktor tu panggil misi teman.... tak la saya segan,,, dengan beretika harus macam tu bila doktor lelaki handle patient perempuan.....

Booking Untuk Jumpa Pegawai Zat Pemakanan Allhamdulillah, baby semua ok, habis scan siap semua saya p jumpa misi.... apa kena buat. Saya tunjuk borang hijau kat misi untuk jumpa pakar zat pemakanan. Misi call booking time tuk saya, bulan Mac full... bermakna saya kena buat kat Kota Bharu.... tak apa la..... 

Kencing Manis Ketika Mengandung Bila balik dari KK, saya cerita kat kawan saya, saya ada kencing manis mengandung kali ni! Kawan saya tanya kena ambil darah kan 3 kali sehari... "ye ke, misi tak ada cakap lak suruh ambil darah".... hehe.... harus misi tu miss.... ok la kalau misi tak cakap. Saya rasa misi tu lupa, dia duk ingat nak buat temujanji kat saya dengan pegawai zat pemakanan sahaja. Mungkin juga dia tak perasan apa yang doktor tulis kat buku merah saya, tapi seingat saya dia baca satu persatu apa doktor tulis. Nasib saya la.... Esok apa citer dengan kencing manis saya ni?

Minggu Saringan Dengan Misi Esok, 7 Mac 2017 saya ada temujanji dengan misi untuk buat saringan seperti biasa, dan minta mereka transfer case saya ke KK kampung saya.... tapi tak tahu la macam mana prosedur kat sana lak. Sebab 2 minggu lagi saya kena jumpa dan rujuk pakar untuk previous scar saya di Hospital Alor Star. Misi kata tak tahu kat Kelantan macamana prosedurnya.... kena transfer kes saya ke sana.... tak apa la misi saya ni serah je la pada Allah Ya Baari' susun yang terbaik untuk saya.... Kalau sampai masa saya bersalin tak sempat nak jumpa pakar, bersalin juga saya! Saya berharap semoga semua baik-baik.

Mohon Cuti Awal Minggu lepas juga saya, dah ambil cuti bersalin awal dua minggu dari ofis saya. Hanya dua minggu sahaja yang universiti bagi. Kalau nak lebih saya terpaksa ambil cuti tahunan, tapi kalau saya bersalin awal, tarikh bersalin akan direkod pada tarikh saya bersalin juga. Tak apa la macam tu tak rugi juga.... Dekan saya dah sign. Allhamdulillah.... tunggu anak saya habis ujian sumatif dan ujian kafa di sekolah. Saya plan nak balik kampung cuti sekolah ni....

Persiapan Baby Semalam saya dah kemas pakaian baby dalam bakul, dah cuci semua pakaian dan barang baby... Husband saya duk tengok lalu dia menyampuk... "mama duk kemas semua baju baby girl, kalau keluar baby boy macamana".... kakak lak reply "ni ada juga baju baby boy, ada seluar pendek".... saya lak reply "tak pa la keluar baby boy apakai je la apa yang ada".... "tak kan nak pakai pink, nanti orang tanya, baby boy ke girl".... saya dia dan senyum... "kena beli baju lain lak kalau baby boy" tambah husband saya....

Petua Orang Tua-tua Bila Tengok Bentuk Perut Kelmarin, ada staf senior tegur saya... "nampak macam baby boy, sebab muncung ke depan"... "ye ke kak, saya scan baby girl".... "dua orang anak saya pun girl"... "nampak macam boy tu" dia duk tilik perut saya.... hehe... tak kisah la apa jantina, janji baby sihat. Husband saya kata "tengok macam anak jiran saya pergi scan doktor sama dengan saya scan, doktor kata baby boy, tapi bila keluar baby girl".... saya ni tak apa tak kisah.... Allah dah buat yang terbaik!.... girl ke boy Allah dah tentukan semuanya! baby sihat-sihat pun saya dah ok.... 


Minyak Zaitun Untuk Ibu Mengandung

By On 10:17:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Minyak Zaitun Untuk Ibu Mengandung // Minyak zaitun untuk ibu mengandung sangat banyak khasiatnya. Saya baharu sahaja dapat membelinya kelmarin. Allhamdulillah... Selain daripada makanan sunnah yang mana baginda Rasulullah saw amat menyukai minyak zaitun, ia juga diantara buah yang disebut dalam kamullah. 

Minyak Zaitun Minyak zaitun adalah salah satu minyak  tumbuhan yang diperas dari buah zaitun. Tanaman zaitun ini pada mulanya dikembangbiakkan di cekungan laut tengah. Ribuan tahun silam, masyarakat di sekitar Laut Tengah dan Timur Tengah telah mengetahui rahasia disebalik buah zaitun kepada minyak zaitun. Dalam bentuk buah, zaitun muda yang berwarna hijau kekuningan seringkali digunakan sebagai makanan. Ia penting untuk penambah rasa. Sedangkan zaitun matang yang mempunyai warna kehitam-hitaman diperas untuk diambil minyaknya.
Kandungan Buah Zaitun Buah zaitun yang matang mengandung 80 peratus air, 15 peratus minyak, 1 peratus protein,  1 peratus karbohidrat, dan 1 peratus serat. Bagi menghasilkan buah yang matang, pohon zaitun harus berumur 15-20 tahun. Pohon zaitun yang berumur ribuan tahun di antaranya pernah ditemukan di Palestina yang bertahan hidup hingga 2000 tahun.
Negara Penghasil Minyak Zaitun Manfaat yang terkandung dalam minyak zaitun itu terus diyakini oleh banyak masyarakat di seluruh dunia. Oleh sebab itu, tidak hairanlah apabila minyak zaitun itu terus diproses di pelbagai negara di dunia ini. Antara negara yang giat menghasilkan minyak zaitun seperti Itali dan Spanyol yang merupakan negara terbesar menghasilkan minyak zaitun, disusul oleh Yunani, Tunisia, Maroko, dan Amerika Serikat. Kawasan  Mediterranean selama ini memang dikenal sebagai gudang buah dan minyak zaitun.


Buah Zaitun Dalam Al Quran Bila saya search dalam Al Quran digital saya dapati banyak ayat yang Allah swt turunkan menyatakan tentang buah zaitun:


Rajah di atas menunjukkan Surah At Tin ayat 1, Allah swt berfirman:

"Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun" 
Yang dimaksud dengan Tin oleh sebagian ahli Tafsir ialah tempat tinggal Nabi Nuh, yaitu Damaskus yang banyak pohon Tin; dan Zaitun ialah Baitul Maqdis yang banyak tumbuh Zaitun
Ayat-ayat tersebut adalah:

  1. Surah At Tin ayat 1
  2. Surah An Nuur ayat 35
  3. Surah Al An'aam ayat 99 dan 141
  4. Surah An Nahl ayat 11
  5. Surah Al Mu'minuum ayat 20 
  6. Surah 'Abaasa ayat 29

Dalam surah An-Nuur ayat 34-42, Ayat 34 Allah swt berfirman: 

Dan sungguh, Kami telah menurunkan kepada kamu ayat-ayat yang memberi penjelasan, dan contoh-contoh dari orang-orang yang terdahulu sebelum kamu dan sebagai pelajaran bagi orang-orang yang bertaqwa
Ayat 35 : Allah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahayaNya, seperti sebuah lubang yang tidak tembus yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam tabung kaca, (dan) tabung kaca itu bagaikan bintang yang berkilauan, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang diberkahi, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di timur dan tidak pula di barat, yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak di sentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah memberi petunjuk kepada cahayaNya bagi orang yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu
Cahaya biasanya identik dengan panas, tapi di ayat ini Allah menjelaskan bahwa buah zaitun boleh memberikan cahaya yang luar biasa tanpa menggunakan panas. Sedangkan kita tahu, kita semua mempelajari ketika di bangku sekolah bahawa proses fotosintesis dibantu oleh cahaya matahari yang berasal dari energi panas, sedangkan buah zaitun dapat menghasilkan cahaya tanpa panas. ALLAHUAKBAR!!!

Surah Al Mu'minuum ayat 20, Allah swt berfirman:


"dan pohon kayu dari Thursina (pohon zaitun), yang menghasilkan minyak, dan pemakan makanan bagi orang-orang yang makan.

Baginda Rasulullah saw juga bersabda:

“Makanlah kalian buah zaitun, minyak zaitun, dan gunakan menggosok (mengoles) dengan minyak zaitun, sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkahi.” (HR.Tirmidzi dan Ibnu Majah)

“Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya karana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkahi.” (HR. Baihaqi dan Ibnu Majah)
Khasiat Untuk Ibu Mengandung Oleh itu, antara khasiat minyak zaitun kepada ibu mengandung ialah:


1. Melawan infeksi

Kandungan Vitamin A pada minyak zaitun melindungi sistem kekebalan tubuh anda sehingga membuat anda selesa dari infeksi. Vitamin A juga penting untuk kesihatan mata anda dan bayi anda.


2. Meningkatkan kemampuan gerak refleks bayi

Menurut sebuah penelitian, bayi yang lahir dari ibu yang rajin mengambil minyak zaitun semasa hamil memiliki banyak kelebihan dibandingkan dengan bayi yang lahir dari ibu yang tidak mengambil minyak zaitun. Kelebihan yang paling ketara adalah kemampuan psiko-motorik refleks bayi.


3. Pertumbuhan janin yang sihat

Minyak zaitun mengandung banyak asam lemak omega-3 yang sangat baik untuk jantung. Apabila seorang ibu hamil banyak mengambil asam lemak omega-3, maka akan memberi kesan positif bagi pertumbuhan janin.

Beberapa penelitian telah menunjukkan bahwa ibu yang mengambil minyak zaitun pada saat hamil akan membantu meningkatkan fungsi otak serta keterampilan belajar anaknya.

Pengambilan minyak zaitun ketika hamil juga memberi positif terhadap berat badan, tinggi badan dan perkembangan kognitif anak.


4. Vitamin E

Walaupun tidak banyak, kandungan vitamin E dalam minyak zaitun cukup untuk ibu hamil dan sangat membantu dalam melawan pengoksidaan.
  • Vitamin E berperanan penting dalam pertumbuhan bayi.
  • Vitamin E diasup oleh bayi anda melalui ASI dan itu sangat baik bagi pertumbuhan bayi yang lahir prematur untuk membantu ginjal dan pankreasnya berfungsi dengan normal.

5. Mengurangi stretch mark (selulit)

Minyak zaitun sangat membantu untuk mengurangi selulit. Ibu hamil seringkali mengalami selulit akibat kulitnya yang menegang karana pembesaran pertumbuhan bayi.

Dengan penggunaan minyak zaitun di kulit perut dan bahagian badan yang lain dapat membantu mengurangkan bahkan menghilangkan stretch mark tersebut.

Apa yang perlu diingatkan bahawa minyak zaitun bukan ubat ajaib yang boleh menghilangkan selulit dalam semalaman. Anda harus menggunakannya sebagai rutin harian semasa mengandung. Penggunaan minyak zaitun untuk kulit anda boleh terus menerus digunakan sehinggalah anda melahirkan bayi anda.

Selain itu juga, antara kelebiha minyak zaitun adalah:

  • Membantu memberi kesuburan kulit wajah.
  • Membantu mencegah keracunan.
  • Membantu sistem penghadaman.
  • Membantu menyingkir parasit pada usus.
  • Membantu menyihatkan rambut dan menghilangkan kelemumur.
  • Dengan campuran sedikit garam, boleh menjadi ubat mujarab bagi penyakit gigi dan gusi.
  • Mengandungi bahan anti penuaan.
  • Membantu menguatkan tenaga batin.
  • Membantu mengatasi kesan melecur dan parut.
  • Sebagai bahan urutan yang membantu menguatkan organ, sendi dan otot serta melegakan sakit.
  • Membantu melegakan athritis dan sciatica.
  • Membantu menjauhkan kanser usus dan pelbagai kanser lain.
  • Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian.
  • Membantu menghindari penyakit kardiovaskular dan
  • arteriosclerosis.
  • Membantu mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone).
  • Membantu sistem penghadaman dan mengurangkan ulser perut.
  • Sebagai Antioksidan dan antikanser semulajadi.
  • Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak).
  • Membekalkan kanvitamin E.
  • Membantu mengekalkan kecantikan (kulit dan rambut).
  • Membantu menstabilan asid lemak.
  • Membekalkan pelbagai vitamin untuk antipenuaan.
  • Sebagai kegunaan masaj terapi.
  • Membekalkan omega 9
Sumber: Ash Shiffa


Popular

Follow by Email