Enter your keyword

Friday, February 24, 2017

Senang Bila Bersandar

By On 10:43:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

google image


SENANG BILA BERSANDAR // Allhamdulillah, kelmarin saya ambil cuti uruskan pengajian saya di USM. Subhanallah... memang saya tak tidur pagi itu. Saya biasa tidur selepas Isyak. Waktu tu, sangat sangat mengantuk. Sebelum tidur tu saya buka latop nak siapkan kerja untuk penyelia saya. Namun tertidur juga, pukul 1.30 pagi husband saya kejutkan bila tengok latop saya on. Saya terus bangun sambung kerja dan stay up... 

Saya pun tak tahu energy pagi tu memang kuat nak dibandingkan energy saya pagi tadi.... hampir pukul 4.00 pagi tadi saya terlena jua sampai subuh. Mungkin kepenatan. 

Kisah kelmarin di USM. Sampai di sana pukul 10.30 pagi. Penyelia saya nak jumpa pukul 11. saya ke IPS dahulu urus tanya hal pengajian saya dan debit card. Debit card bagi pelajar USM, belum ada info lagi kata stafnya. Allhamdulillah, allah permudahkan urusan saya di IPS daftar pengajian untuk semester ni. 

Terus saya ke pusat pengajian saya. Bila jer masuk bila penyelia saya, dia terus cakap "macam dah setahun tak jumpa saya"... hehehe.... bulan 9 tahun lepas last saya jumpa prof.... Lawak tul. Dia pun dah lupa saya buat apa pembetualan tesis saya. Saya bagi pembetulan saya. Dan discuss satu-persatu tesis saya yang banyak salah tu, bab utama kajian literatur. Saya dengar dia dengan tekun apa yang dia cakap! Saya pun tak tahu berapa lama saya kat biliknya. Dia banyak tolong saya. Saya sangat bersyukur. Habis bab tesis, masuk bab cuti bersalin. 

Cuti Bersalin Bagi Pelajar
Kata prof, saya boleh apply dari USM cuti bersalin. Saya kena ambil cuti bersalin bagi menyenangkan saya rehat dan berpantang. Dan saya tak perlu bayar yuran untuk semester ni. Saya langsung tak terfikir hal ni. Tadi saya pergi IPS tapi tak tahu ada pasal hal ni. 

Selepas jumpa sv saya, saya ke IPS semula tanya tentang cuti bersalin. Staf check matlumat saya, dan dia kata boleh. "kak ambil borang hijau tu, isi dan bagi kat ofis pengajian kak"... Staf tersebut terus tulis pada borang itu semester ni saya buat penangguhan pengajian daripada buan 2 hingga bulan 9.... Subhanallah... saya memang langsung tak tahu pasal ni! Allhamdulillah.

Kembali ke pusat pengajian saya, ambil sign dengan prof saya, dia tulis kat borang tu "sokong", dan hantar di ofis pusat pengajian saya. Allhamdulillah. Walaupun hampir semput juga jalan kaki naik dan turun bukit. Kita exercise baby! 

Allah Ya Baari
Yang Maha Mengatur, Menyusun setiap hidup kita kan.... Walaupun atas kertas saya buat penangguhan pengajian, tapi tetap progress study seperti biasa. Syukur sangat! Terima kasih sahabat semua yang mendoakan saya. Saya doakan anda semua juga dipermudahkan segala urusan hisup di dunia dan di akhirat kelak.

Dah settle semua, pergi makan kat cafe mami di desa aman damai... dalam pukul 1.00 petang kami bertolak pulang. Mengantuk hari hujan lepas makan pulak, kami berhenti di RnR Gurun solat dan sebagainya.... Husband saya tegur lamanya solat sejam setengah... Yela bertolak semula pukul 3... ye ke? tak perasan. Saya ke toilet dan solat sahaj. Al maklum la bila ke toilet tu berkali masuk toilet duk layan karenah Kak Ngah Zara ni... Itu pun saya buat-buat tinggal dia dan keluar toilet, kalau tak lama lagi duk dalam toilet tu.... Singgah di Alor Setar, beli makan dan baju baby sikit. Saya tak prepare apa lagi tuk baby... Apa yang patut je la baby mama beli tau.... 

Semalam, bila sampai rumah excited nak buat correction seterusnya yang sv saya bagi. Pagi tadi duk tengah print jurnal say terlena juga. hehehe.... kepenatan la baby yer.... 

Terima kasih, Allhamdulillah..... Ya Rabb.... Senang Bila Bersandar KepadaNya....


Wednesday, February 22, 2017

Energy Allah Ya Qawiy Ya Matin

By On 4:33:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Energy Allah Ya Qawiy Ya Matin // Esok saya bercuti. Memandangkan esok nak bercuti walaupun sehari kerja minggu ni terpaksa di siapkan juga. Allhamdulillah dengan izin Allah dapat siapkan kerja penting hari ni. Memang penat bergegas sana sini, ambil anak hantar anak, hantar surat... hhehe dah macam office boy. Tadi orang ofis tanya "hangpa nak p hantar sendiri ke?" "ye" jawab saya dengan ringkas. "dah berapa bulan ni?", "dah 8 bulan setengah". Biasanya bab hantar surat ni tugas pekerja pejabat. Saya kena hantar sendiri nak pastikan ia selamat! kerana ia penting.




Meeting Sambil Makan
Pagi tadi dalam duk breakfast dengan rakan-rakan ofis, banyak perkara yang dibincangkan. Banyak benda yang saya kena settlekan ni sebelum saya bercuti seminggu lagi. Mereka belum tahu saya nak bercuti bersalin seminggu lagi. Nak bagitahu takut kawan-kawan terkejut lak. Tak apa Sheila, jangan panik. Buat kerja satu-satu, masih ada masa seminggu dan ada lagi masa 2 tau 3 minggu sebelum bersalin.... tak pun sebulan lagi, kalau saya lewat bersalin.... lagi pun due date saya 11 April 2017. Tapi saya nak ambil cuti awal balik kampung. Kalau diikutkan hati memang tak nak balik kampung dan teruskan kerja banyak ni. Tapi husband suruh cuti awal. Ya Allah Ya Baari' Kau susunlah yang terbaik untuk saya!

Bekerja di Kampung Halaman
Kat kampung nak menunggu sehingga bersalin, saya tak boleh nak stop dari kerja dan pengajian saya! Saya kena cari tempat yang ada internet sebagai ofis saya setiap hari. Bosan giler rasanya kalau tak boleh nak buat kerja. Lagi tu kerja sangat penting tika ini dan tesis pengajian saya! Kalau dah bersalin lain cerita saya dah boleh fokus tentang berpantang dan sebagainya.

Urusan Anak-anak
Tadi ambil kakak dan adik ke sekolah, hantar pula adik ke kelas agama. Kakak pula adalah latihan golf hari ni. Saya drop jer dia kat akademi golf dan terus masuk ofis semula. Tak boleh saya nak tunggu dia kat padang golf tu. Hari ni hari pertama dia ada latihan semasa hari sekolah (ko-k). Sebelum ni memang weekend hari latihannya setiap Jumaat pagi. Saya tengok ada staf hantar ank mereka, saya dah tak risau saya boleh jer tinggalkan dia bersama rakan-rakannya yang lain.

Energy Ya Rabb
Hampir 5.00 petang, saya terpaksa keluar dulu settlekan apa yang patut sebelum ke Penang esok, dan ambil anak-anak, ambil daddy ke tempat kerjaya.... Allhamdulillah untuk hari ni... Saya rasa sangat cergas. Terima kasih Ya Rabb atas daya-dayaNya yang dipinjamkan kepada saya ini. Sesungguhnya Energy Allah Ya Qawiy Ya Matin sangat kuat dan teguh.



Tuesday, February 21, 2017

Scan For Baby

By On 3:43:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah....
Semalam, saya pergi scan baby... kata doktor dah besar ni... ye la kan dah 8 bulan lebih.... doktor tak boleh nak buat 3D / 4D scan sebab baby dah besar tak nampak juga katanya. Scan biasa black n white, doktor cerita satu persatu. Allhamdulillah kedudukan baby semua ok. Jantung, air ketuban dan juga uri.... Doktor tunjuk jantina baby... "Nampak tak".... saya nampak tapi samar! "erm... baby girl lagi".... hehehe.... dah agak dah dar awal mengandung pun saya dah dapat rasa baby girl.... tak tahu kenapa? tapi memang saya rasa macam tu..... Husband saya lak kata, "tak apa la janji baby sihat".... Allhamdulillah, dia boleh terima, sebab dia memang mengharapkan baby boy untuk kali ni.... doktor kata "power puff girl".... kakak dan adik Zara syok tengok agaknya.... 

google image

Seronok... allhamdulillah.... syukur baby ok dan keadaan uri dan air ketuban pun ok.... kata doktor lagi "dah tak lama ni"... alamak, jangan la buat saya risau! sebelum ni saya bersalin 37 minggu anak kedua, doktor pun kata saya pun 37 minggu dah bersalin.... dalam hati saya, saya belum buat apa-apa persediaan ni....

Tips Scan For Baby 
Saya baca zikir Asmaul Husna 

Allahumma Ya Baari' Ya Salam Ya Mukmin Ya Zohir. sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Menyusun kedudukan anak ku di dalam rahim ini, Yang Maha Sejahtera dan Yang Maha Mengamankan anakku sihat sentiasa, serta diriku dan Yang Maha MEnampakkan, nampakkan jantina bayiku ini....Ya Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin, sesungguhnya Engkau Yang Maha MEnjaga dan Memelihara, jagalah diri ini dan anak ini sihat walafiat sepertimana Engkau menjaga rasul-rasul Mu, Nabi Isa, Maryam dan Rasulullah saw.

Check up For Baby
Tadi pergi check up buat saringan kat klinik seperti biasa.... kalau 2 minggu lepas berat saya naik 3kg. Hari ni bila timbang berat saya turun 1kg....  Panjang lebar la saya bercerita dan bersembang dengan misi.... saya mohon untuk balik kampung bersalin pada awal bulan 3 ni... hari Jumaat misi saya nak balik kampung.....

Prosedur Check up di Kampung
Prosedurnya saya mesti dapatkan contact no klinik kesihatan berhampiran dengan rumah saya, untuk misi transfer case saya ke sana.... Sebab misi dah buat appointment jumpa doktor pakar pada 21 Mac 2017 untuk check ceser scar saya di Hospital sultanah Bahiyah Alor Setar... tapi kata misi tak tahu pulak prosedur kat Kelantan macam mana? Kalau di Kedah walaupun anak kedua, ketiga, keempat bersalin normal, tetap kena jumpa pakar untuk rujuk boleh bersalin normal atau tidak sebab anak sulung atau sekali ada history secer.... Bidang kuasa lain-lain bagi setiap negeri.....

Rezeki Allah Ya Razzaq
Syukur juga Allah Ya Razzaq Ya Rahman Ya Rahim bagi iberate percuma pada saya. Kali ni memang betul-betul percuma sebab ambil di klinik kesihatan... Misi yang check up saya offer nak bagi iberate? saya pun kata nak!... sebab iberate kat pusat kesihatan universiti saya kehabisan stok.... ada rupanya kat klinik kesihatan tapi kena ada cara nak minta.... hehehe.... saya cerita kat misi pasal ketiadaan stok, saya makan B-complex dan ion.... tapi saya tak ada vitamin C.... "puan nak continue dengan iberate ke? saya nak continue dengan iberate tegas saya. Misi pun cakap "ok, kalau nak saya akan request dan puan boleh ambil kat farmasi".... Subhanallah, Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang....  

Persekolahan Anak-anak
Persekolahan anak-anak saya? saya pergi jumpa admin di pejabat tadika anak saya inform bahawa saya akan balik bersalin dan berpantang di kampung.... dia bagi dua pilihan samaada saya nak stop persekolahan adik Zara dan selepas pantang saya kena daftar semula atau saya tak hantar jer, dan bayar yuran setiap bulan seperti biasa.... erm.... balik saya kena bincang dengan husband saya dahulu....

Kakak pula, selepas ke sekolah adik, saya ke sekolah kakak pula.... admin di pejabat sekolah kakak bagitahu saya kena berhentikan kakak sekolah, buat surat inform perbehentian sekolah. Sekolah pula kena buat surat inform sekolah mana yang akan saya hantar kakak di Kelantan. Dan bila balik Kelantan saya kena apply di pejabat pendidikan Kota Bharu.... dah habis pantang pun saya kena buat prosedur yang sama..... Yang ni leceh sikit. Tanya saya "dah tak ada sekolah tumpang ke"..... prosedur sekolah tumpang tu dah dimansuhkan.... erm... tak apa la kena balik bincang dengan husband dulu.... 

Drop tempat kerja husband saya, inform dia pasal kes adik dan kakak... Kata husband saya, kakak ponteng je la sekolah sebulan.... Lagi pun saya nak balik pantang kat kampung sebulan sahaja. Adik tak apa, bayar jer yuran sekolahnya macam biasa.... Kesian lak kat kakak.... Husnband saya sama bercuti balik jaga saya di kampung! sebab tu juga saya berat hati untuk bersalin dan berpantang di kampung.... tapi apakan daya! Tak apa la.... memang kita merancang tapi Allah Yang Maha Menentukan dan sebaik Perancang iaitu Allah Ya Baari'.... 

Allhamdulillah..... 

Monday, February 20, 2017

Mood 34 Minggu Mengandung

By On 3:54:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah.... 
Dah masuk 34 minggu, saya rasa kadang-kala dan selalu kepenatan. Setiap hari saya akan bergegas ambil adik di tadika. Bawa dia pergi makan, solat dan sebagainya. Hantar dia semula masuk kelas agama. Yang menghairankan saya bila saya drop je solat berjemaah di masjid Pusat Islam, saya akan rasa segar dan bertenaga. Bekat rumah Allahkan... Subhanallah...

Pagi tadi saya siapkan juga minit meeting Khamis lepas untuk perhatian dan pembetulan kawan-kawan di jabatan saya dan emel kepada semua.... Allhamdulillah, mantan dekan saya dah bagi komen... Saya kena cepat uruskan hal conference ni sebelum saya bercuti panjang aka cuti bersalin... Memandangkan saya belum guna smartphone dan kat kampung tak ada internet susah saya nak berhubung dengan mereka.... Komiti di jabatan saya pula melantik saya sebagai setiausaha dan bendahari, kedua-dua tugas yang besar. Khamis lepas baru saya perasa jawatan saya dalam persidangan tersebut. Saya ingatkan saya dilantik sebagai setiausaha dan ahli jawatankuasa yang lain sahaja. Walaupun ini adalah kerja para pelajar, sebagai staf terpaksa jua saya laksanakan....

Tak apa Allah Ya Baari' Yang Maha Menyusun. 

Allah Ya Wahhab Ya Karim
Sebelum cuti balik kampung CNY saya ke politeknik Seberang Perai bertemu dan berkenalan serta meminta tolong kawan kepada sahabat saya, tolong tengok model kajian saya! Sampai ke hari ni saya belum sempat lagi untuk membaiki model tersebut. Sedangkan saya punya lesen PLS dah expired pulak.... Macam ni la cabaran.... it's Allah Maha Mengatur... saya cuma hamba.... buat apa yang termampu! Jangan stress, always back to Allah.... 

Saya ni memang imannya rapuh dan lemah... terpaksa ingat dan ingat selalu! Setiap kali terpesong dan sebagainya... tiada yang lain sebagi tempat bergantung melainkan Allah kan... sama-sama kita berada di dalam satu circle yang positif dan baik. Aura yang positif akan memberi kita tenaga iman yang kuat!


Pemandangan library yang indah memang membuat energy saya bertambah dan tenang....

Hari ni saya memang bertapa di library. Buat kerja di sini.... uruskan anak masuk semula ke library, saya memang tinggalkan barang-barang saya di sana. Bila keluar bawa saha kunci kereta dan wallet.... malas nak mengangkutnya.... Pagi tadi husband saya tanya "selesa ke duk library?".... memang selesa.... dekat dengan toilet dan senang nak g surau. Aura library yang dikelilingi dengan buku-buku memang bagi otak saya cergas.... Minit mesyuarat pun saya boleh karang dengan berapa jam sahaja dengan izin Allah.... Energy Allah Ya Alim, Ya Hakim, Ya Rashid.... sebab tu saya suka bertapa di library daripada di bilik ofis saya seorang diri....


Sunday, February 19, 2017

Ambil Cuti!

By On 5:02:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

AMBIL CUTI // Kali kedua saya ambil cuti pada tahun ni.... cuti tahun lepas ada 6 hari berbaki, memandangkan tahun lepas saya memang tak ambil cuti masa cuti sekolah bulan 12.... memandangkan saya masuk kerja bulan September 2016, saya dapat cuti tahun lepas sebanyak 9 hari. 3 hari saya ambil semasa cuti Hari Raya Aidiladha dan tinggal 6 hari forward pada tahun ni. 4 hari saya ambil cuti masa Chinese New Year.... 

google image

Pengajian Saya
Dan tadi saya ambil 1 hari cuti pada Khamis ni, nak kena pergi USM Penang uruskan pengajian saya. Khamis lepas, baru saya call penyelia saya confirm buat temujanji dengannya. Khamis ni dia free tak ada kelas.... "Macamana dah setahun tak jumpa?" katanya pada saya.... hehehe saya gelak..... saya mengandung Prof, memang down and sikit pengajian saya ni..... terus gelak.... Alamak dah setahun ker? Tak la baru satu semester tak jumpa! Last saya jumpa dia September sebelum balik kampung Hari Raya Aidiladha la....

Daftar Semester Baharu
Di kesempatan itu juga harus kena uruskan pendaftaran semester baharu saya.... Memang tarikh dah lewat sangat, kena bayar denda.... Yuran pengajian di USM bagi pelajar full time PG by research RM3050.... Mahal k.... because of Apex University.... Baru jer bulan September tahun lalu buat bayaran rasanya..... Saya buat potongan KWSP, terpaksa la, selagi tak habis mengaji ni.... haduihh... memang pening, tapi nak buat camanakan.... ini dah putaran hidup saya! Apa yang Allah tentukan itu lah yang terbaik untuk saya dan keluarga dan masyarakat jua..... Semester depan saya kena juga tukar status pengajian saya pada part time bagi mengurangkan yuran tersebut.

Persiapan Baby
Di samping itu juga, memang kepala ni nak fikir ke tak, saya pun tak tahu..... pasal persiapan baby nak lahir ni.... Tadi masa lunch hour saya keluar ambil adik Zara aka Kak Ngah di tadikanya dan terus pergi beli barang mandian baby, towel dan sabun pencuci baju baby buat kali pertama baru dapat beli.... Kata Kak Ngah, "kesian kat babykan tak ada baju baru, ada baju lama saja".... pandai dia! Hari tu dia duk kemas pakaiannya dalam almari..... banyak baju dia dan kakak semasa baby, dan dia duk bising la, "ni baju baby".... semua baju-baju kecil dia cakap baju baby.... dia duk bising suruh saya beli baju baby... Saya kata tak apa nanti kita beli kemudian... hari Khamis ni kita nak pergi Penang, nanti kita beli kat Penang....

Mula Beli Barang Baby
Sebenarnya, tadi ada duk tengok baju baby tapi memang saya blur tak tahu nak beli ke tidak.... sebabnya memang saya tak tahu gender baby saya ni apa! Minggu ni dah mengjangkau 34 minggu sama dengan 8 bulan setengah.... 

Check Up For Baby
minggu depan saya kena check up repeat scan dengan doktor, minggu sekali lagi saya kena pergi hospital Jitra untuk previous scar cesar anak sulong.... walhal masa anak kedua tak sempat nak check pun saya dah bersalin dulu dengan normal.... skang kena check semula.... dan minggu selepas tu, saya dah kena ambil cuti bersalin balik kampung..... kali ni husband suruh balik bersalin kat kampung, Hospital Kota Bharu.... anak sulong saya ceser di Hospital bersalin Anisa KB, masa tu memang dari 7 bulan lagi baby saya breech dan tak pusing sehingga sampai masanya..... saya terus suruh doktor pakar puan kat Kedah ni buat surat saya prepare nak ceser.... sebab tu pilih hospital Anisa.... Baby kedua memang tak sempat apa, 37++ baby dah nak keluar terus ke hospital Kangar bersalin kat sana. duk dalam hospital pun beberapa jam sahaja terus boleh discharge tak sampai sehari, sebab masa tu hospital full. Saya dan baby pula Allhamdulillah, tak ada apa-apa komplikasi, atau baby kuning dan sebagainya. Doktor terus bagi discharge..... Hari kedua balik pantang kat kampung.... fuhhhh.... 

Cuti Bersalin
Kira tak terkira saya cuma ada 2 minggu lagi sebelum balik kampung cuti bersalin..... Dalam hati memang nak bersalin jer kat Kedah or Perlis.... dan pantang kat sini.... apakan daya.... saya memang malas nak fikir sangat bab ni... apa yang terbaik tuk saya, Allah Yang Maha Mengetahui..... Saya serah jer la pada Allah Ya Waliy, Ya Wakil, Ya Baari'.... InsyaaAllah Dia Yang Maha Segalanya mengurus dan Mengatur hidup ini.....

Kat kampung saya tak ada internet, saya belum ada smartphone mungkin dalam pantang tak boleh nak blogging.....

bersambung..... 

Friday, February 17, 2017

Seminar Teknik Memahami Intipati Ayat Al-Quran melalui Penghayatan Asmaul Husna

By On 9:31:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum, salam sayang...

Seminar teknik memahami intipati ayat Al-Quran melalui penghatan Asmaul Husna secara percuma. 
Penceramah : Prod Dr. Wan Maseri Wan Mohd
Tarikh : 6 Mac 2017
Hari : Isnin
Waktu : 8.00 pagi - 4.00 petang
Tempat : Masjid Semilang. Jalan 2 Seberang Jaya, 13700, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

Dijemput hadir kera ia ilmu oleh Allah Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid
Tiada bayaran yang dikenakan!


Berminat?
Boleh daftar nama dan no telefon di talian 013-4060148 (Hasnah) dan 013-7742455 (Siti Zubaidah)
Mohon pendaftaran awal bagi penyediaan bahan-bahan bacaan seminar.

Sepertimana yang telah dinyatakan dalam iklan tersebut memahami kandungan ayat al-Quran menerusi penghayatan Asamaul Husna ini bertujuan untuk faham tentang makna dan mesej menerusi Asamul Husna yang telah diterangkan dalam setiap ayat Al-Quran. Sebagai contohnya, dalam surah Al-Mukmin ayat 83 ini...


terjemahannya: Maka tatkala datang kepada mereka rasul-rasul yang diutuskan kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan, mereka merasa senang dengan pengetahuan yang ada pada mereka dan mereka dikepung dengan azab Allah yang selalu mereka perolok-olokkan itu.

Dalam terjemahan tersebut, jika di matchkan dengan penghayatan Asamul Husna ia memberi maksud: sifat manusia yang hina apabila Rasul memberi keterangan tentang kebenaran (Ya Nur Ya Haadi Ya Haq), mereka merasa ilmu mereka sudah cukup dan tidak memerlukan ilmu-ilmu yang lain dan mereka menolak keterangan daripada Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid yang dibawa oleh para Rasul.

Oleh itu, apabila kita sudah faham maksud dan matchkan apa yang kita baca dengan Asmaul Husna, insyaaAllah apa yang kita baca mudah diserap dan terpahat di hati sanubari kita. Sebagai contohnya juga surah Al-Fatihah yang setiap hari kita baca dalam solat jika kita faham maksudnya dan faham makna menerusi Asamul Husna kita akan kusyuk dalam setiap solat dan setiapa apa yang kita baca tidak akan melencongkan kita kepada ingatan luar... InsyaaAllah....

Thursday, February 16, 2017

KEPUTUSAN UPKK TERBAIK DAERAH KUBANG PASU: KAFA PUSAT ISLAM UUM

By On 10:59:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Tahniah kepada semua pelajar yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA yang berjaya mahupun tidak anda tetap berjaya.... nak masuk sini bukan senang kena hantar anak dari umur 5 atau 6 tahun lagi. Baru dapat tempat ke kelas KAFA masa darjah 1... kalau tak terpaksa kena masuk list menunggu itu pun kalau ada pelajar yang ibu bapa mereka pindah dan sebagainya.... 

Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)  yang diumumkan semalam telah meletakkan  Sekolah KAFA Pusat Islam sebagai Pusat KAFA terbaik Daerah Kubang Pasu dalam UPPK 2016. Pencapaian ini membuktikan bahawa  Universiti Utara Malaysia mampu untuk menyediakan pasarana pendidikan yang terbaik bukan hanya kepada mahasiswa tetapi juga kepada anak-anak staf.
Pengarah Pusat Islam, Prof. Madya Dr. Ismail Ishak ketika mengumumkan keputusan UPKK kepada para waris dan murid-murid melahirkan ucapan tahniah kepada murid-murid yang  telah berjaya, Para Ustaz dan Ustazah  serta  para ibu bapa yang memberi sokongan kepada Sekolah KAFA Pusat Islam sehingga memperolehi keputusan yang terbaik dalam UPPK tahun ini.

Beliau turut merakamkan  ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato’ Seri Naib Canselor UUM yang telah menyokong semua aktiviti Pendidikan Islam serta  meluluskan peruntukan tambahan kepada Sekolah KAFA Pusat Islam bagi membiayai elaun guru serta aktiviti yang berkaitan dengan pendidikan al-Quran untuk anak-anak staf.

Seramai 14 orang murid telah memperolehi keputusan 8A dalam mata pelajaran UPKK, manakala 11 orang telah memperolehi  keputusan 7 A, 6A empat orang, 5A lima orang daripada jumlah murid 36 orang. Senarai murid yang memperolehi keputusan 8A ialah seperti berikut :-

1.      Nurnisa Umairah Binti Yusoff 96.88%
2.      Nur Adalia Binti Azmi 96.25%
3.      Nur Liyana Musfirah Binti Zahrunnizam 95.25%
4.      Ammar Haseef Bin Mohd Hasbullah 94.25%
5.      Amirah Hafiyyah Binti Bahtiar 93.75%
6.      Amirah Hafizah Binti Bahtiar Jamili 93.13%
7.      Nur Iffah Zulaikha Binti Mohd Puad 91.88
8.      Wan Nur Alya Wahida Binti Wan Izham 90.38%
9.      Muhamad Adam Bin Shafiq Afendi 90.13%
10.  Nur Suffia Azleen Binti Azli 88.63%
11.  Nur Irdina Iman Binti Abd Aziz 88.38%
12.  Nur Nuha Binti Halim 88.13%
13.  Siti Nur Afiqah Binti Johari 87.75%
14.  Nur Dini Darwisyah Binti Samsul Anuar 87.38%  
Semoga anak-anak semua menjadi abdi dan khalifah Allah.... InsyaaAllah.... 

SUMBER:
PUSAT ISLAM UUM,
KOMPLEKS PUSAT ISLAM,
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA,
06010 UUM SINTOK, KEDAH
Tel: 04-9282556/2566
Fax : 04-9282561
Facebook : Pusat Islam UUM

Peribadi atau Ummah: Yang Mana Harus Didahulukan

By On 10:47:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Peribadi atau Ummah: Yang Mana Harus Didahulukan // Subhanallah.... Allhamdulillah.... sujud dan rukuk di pagi hari membawa ketenangan yang membahagiaan walaulun sedih merintih bila selesai tidak dapat dibayangkan ketengan itu... syukur rezeki yang tak terhingga setelah lama tidak rukuk dan sujud di kala enak dibuai mimpi....

Seperti biasa selepas menghantar anak sekolah saya masuk ofis, breakfast dengan husband then drop husband di tempat kerjanya.... menoreh di ofis.... bila buka latop nampak mesej drp Abe We, saya dah lulus adsense.... hebatnya Allah, hantar alatnya Ya Wahab Ya Karim WayneHarraz membantu saya apply adsense.... ilmu blogging yang ada pada beliau sangat membantu.... semoga Allah Ya Fattah Ya Razzaq, terus membuka rezeki pada Abe We sekeluarga.... 



Tajuk di atas!
Erm.... mendapat teguran Allah.... 

Peringatan kasih Allah pagi ni. Agenda ummah lebih utama drpd agenda peribadi. Kuliah2 agama termasuk dlm agenda peribadi sekiranya pd ketika itu ada tuntutan Allah ya Baari' utk ummah.

Bagaimana membezakan agenda peribadi dan agenda ummah?
Dan itu jawabnya!

Kadang-kala banyak agenda peribadi yang disangkakan agenda Allah, seperti tuntutan ummah (menolong orang susah dan sebagainya) di kala itu mereka sangat memerlukan kita.... Saya terkesima! Pengalaman saya, pernah ada hamba Allah memberitahu saya, PhD ni pun kena buat dan Allah bagi rezeki untuk buat PhD, bukan sahaja nak bantu ummah....

Dengan kata-kata tersebut, saya istigfar! kenapa berpandangan sebegitu rupa? bagi saya, Allah memang beri rezeki untuk buat PhD, dalam masa yang sama kena faham PhD itu untuk siapa? untuk apa? sama ada untuk diri sendiri? naik pangkat? gaji besar? keluarga? atau pun ummah?

Yang mana lebih penting!

Sejujurnya, saya faham tugas saya sebagai hamba Allah, walaupun saya kini tidak aktif untuk ummah.... namun saya sentiasa serahkan diri pada Ya Baari' yang Maha Mengatur Menyusun agenda hidup saya bukan untuk peribadi, atau keluarga saya sahaja.... saya yakin pada Allah Ya Baari'.... 

Ada ustaz pernah beritahu, makcik mengaji Al Quran di kampung, tak keluar dari kampung pun untuk berdakwah... tapi bila orang gaji kuburnya, mayatnya masih elok berkain kafan! bukti kekuasaan Allah swt.... orang yang menggalas tanggungjawab sebagai abdi dan khalifah Allah..... yang penting apa yang dibuat hanya kerana Allah.... bukan untuk menunjuk dan dipuji dipuja..... 

Konsepnya sama, seperti yang Abe We tolong saya dalam kes ini, beliau langsung tak kenal saya! namun  niatnya untuk menolong yang saya tahu kerana Allah..... dia laksanakan..... tanpa keluar ke tempat yang jauh.....

So, agenda peribadi.... tinggalkan.... hehehe..... tuk saya juga la ni, kerana pagi tadi agenda peribadi saya bersarapan pagi! namun saya ambil sarapan dua kali! Ya Allah, teruknya saya..... sudah cukup kalau sekali sahaja, tak kira la mengandung ke apa! semoga dilindungi dengan agenda peribadi dan nafsu! Subhanallah...... Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin.... 


Wednesday, February 15, 2017

Ambil Dadah Untuk Kuat Kerja

By On 12:40:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

AMBIL DADAH UNTUK KUAT KERJA // Dulu persekitaran kerja saya memang macam ni.... Nak nak lagi duk dalam production, shooting filem sebualan, ramai juga la krew yang ambil dadah ni... hadui.... memang tengok diorang duk lalok la sambil kerja.... ye la, ada yang 3, 4 hari tak tidur... Shooting memang penat, tak kira masa.... nak keja scene sahaja.... kalau tak running budget bust.... satu hari sewa kamera dah berapakan... ramai director yang kejar masa....


Saya terbaca artikel sempena HARI DADAH SEDUNIA di SINI.... ada juga benda ni dah jadi habit tuk kerja.... tak kira la apa bidang.... di kalangan rakan-rakan saya pun sama! ada juga yang ambil mereka ni professional, bukan sebarang kerja...... haish.... Allhamdulillah, iman masih kuat saya tak penah ambil semua tu....

Semalam, tengok berita tentang kanak-kanak 12 tahun dah positif, itu mungkin percisan sahaja.... ada lagi tu kalau diselidik..... nak salah siapa? Ibu bapa? masyarakat? mereka dan keluarga mereka?

Bila dunia telah menguasi jiwa raga manusia, tiada lagi erti akhirat. Takkan takut pada akhirat.... malah tak nampak pun akhirat sebagai kampung halaman kita yang hakiki..... sedih dengan apa yang berlaku! semoga iman kita kuat! walau apa pun terjadi, jauhkan diri daripada perkara yang buruk... peringat untuk saya dan keluarga juga! Semoga kita dilindungiNya....



Hilang

By On 11:56:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum... salam sayang....

HILANG // Dah seminggu duk cari kunci-kunci almari dalam bilik ofis saya.... tak tahu la, mana adik Zara letak... duk cari tak jumpa-jumpa... bila tanya dia memang dah lupa letak kat mana..... memang bersepah bilik bila diserang adik, diserang kakak okey lagi... kakak dah besar dia dah pandai kemas...


Letih maknya... Hari ni kena serang lagi, saya tak hantar dia ke tadika pagi ni, terpaksa kunjung pusat kesihatan lagi. Kelmarin saya yang ke sana, hari ni adik dan daddy pula, kesihatan tak berapa nak okey, Allah sayangkan... 

Bila di pusat kesihatan jumpa rakan-rakan ofis. Masing-masing bawa anak yang juga tak sihat! Ingatkan saya sahaja. Kata rakan aka senior saya, anaknya muntah-muntah dari kelmarin,,,, erm... samalah dengan suami saya, pagi tadi muntah-muntah, sampai sini pun masih muntah kat luar tadi.... masa nak keluar rumah pagi tadi jiran ada tegur suami saya kenapa sebab dia lalu depan rumah suami saya tengah muntah kat tepi longkang..... katanya, anak dia pun tak pergi sekolah juga ni, sama muntah-muntah....

Haish.... kami makan makanan yang sama semalam, tapi suami saya yang kena.... kata senior saya pun sama.... makan makanan yang sama, tapi anaknya yang muntah-muntah.... flu la tu kak! 

Simboliknya: kerana Allah sayang! flu itu cuma asbab, Allah akan panggil hambaNya dekat dengannya dengan mendatangkan pelbagai ujian.... terima dengan redha insyaaAllah akan tenang..... kata cikgu saya:

Salam, kuman itu makhluq Allah yg dicipta oleh ya kholiq, dihidup oleh ya muhyi. Hanya boleh dimatikan olh ya mumit, antibiotik atau ubat tidak boleh mematikan.. seru byk2 nama ya mumit insyaAllah Allah matikan kuman.. zikir 1000x insyaAllah, Allah suka hambaNya byk menyebut2 namaNya. 
Sekiranya kita yakin ubat dan antibiotik mampu mematikan kuman bermakna kita telah menafikan keesaan Allah dlm mematikan makhluqNya dan ini akan mendpt murkaNya. Doalah 'Laailahaillallah, Ya Allah ya Muhyi ya Mumit, daku menafikan ada makhluq yg mampu mematikan kuman melainkanMu ya Mumit, cukuplah hanya kepadaMu saja kami letakkan pergantungan ya Somad'.

Saya ada juga macam ni disebabkan batuk yang tak mahu nak berhenti, kelmarin saya pergi ambil ubat batuk. tapi baru sebiji makan.... doktor ada tanya "nak antibiotik tak" saya cakap "tak payah la doktor"... dia bagi ubat biji sebab saya kata nak ubat biji.... bila tengok pada belakang ubat tu 10mg.... erm... boleh untuk ibu mengandung!.... malangnya, semalam dan hari ni memang tak lalu dah nak makan ubat batuk tu.... membazir saya rasa.... 

Nak tak nak harus bergantung pada Allah Ya Somad.... sebab hanya itu sahaja jalannya! Dia yang memberi sakit dan dia juga Ya Salam Yang Maha Menyembuhkan.... 

Bab kunci almari bilik saya, masih dalam pencarian.... Nasib baik tak ada perkara penting dalam almari-almari tu..... Kena zikir Allah Ya Alim, Ya Muid, Ya Mujib banyak-banyak ni.... 

Biar hilang kunci, tapi jangan hilangkan Allah di dalam hati.... 

Monday, February 13, 2017

HEBAHAN PENYERAHAN DOKUMEN PERJANJIAN PTPTN KELOMPOK PERTAMA SEMESTER II SESI 2016/2017

By On 3:57:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

HEBAHAN PENYERAHAN DOKUMEN PERJANJIAN PTPTN KELOMPOK PERTAMA SEMESTER II SESI 2016/2017 - KELULUSAN 08/02/2017



Hebahan ini adalah bagi pelajar yang baru mendaftar di UUM sahaja. Namun cara-cara pengisian borang adalah sama bagi semua permohonan baharu seluruh IPTA/S

Dokumen yang diperlukan:
1. Dokumen perjanjian PTPTN (m/s 1-14 - 2 set)
2. akaun Terimaan Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian (Lampiran A)
3. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke UUM (palang 2 garis "KEGUNAAN PTPTN SAHAJA" seperti contoh 1.

Tindakan Yang Perlu diambil oleh Peminjam/Pelajar:
1. Setem Hasil RM10 2 keping : hanya perlu tampal dan tidak perlu dimatikan.
2. Muka surat 6 : Tampal Setem Hasil pada kedua-dua borang set perjanjian PTPTN
3. Muka surat 7 : Tandatangan saksi penerima biaya - boleh dapatkan tandatangan biaya bagi kumpulan A (gRed 41 ke atas) atau mana-mana pensyarah di Jabatan Akademik. 
4. Muka surat 8 :perlu dikosongkan (hanya untuk kegunaan pihak PTPTN).
5. Muka surat 9-14 : tandatangan ringkas pelajar

Peringatan:
1. Tidak boleh menggunakan liquid paper dalam dokumen PTPTN
2. Tulisan bertindih tidak dibenarkan.
3. Tulisan/cetak perlu jelas pada setiap muka surat.
4. Tarikh yang ditulis hendaklah sama pada setiap ruangan yang diperlukan.
5. Borang yang TIDAK LENGKAP tidak akan diterima.



Sunday, February 12, 2017

Virus Selsema dan Batuk Bila Mengandung

By On 3:06:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah.... dah salam sayang buat semua pembaca....
Allah Ya Fattah Ya Salam.... Yang Maha Membuka dan Yang Maha Mensejahterakan.... tiga hari bercuti tanpa keluar rumah walaupun luar pintu rumah.... disebabkan batuk dan selsema, virus yang dijangkiti mendapt kasih sayang Allah, hanya berkurung tanpa kata..... Allhamdulillah.... walaupun teruk rasanya tapi ia rahmat allah untuk saya.... Mengandung kali ni, sejak dari awal saya mengalami batuk dan selsema..... itu hanya sedikit berbanding dosa saya yang banyak..... penyucian hati harus diamalkan, jangan ditinggalkan... walau apa pun sakit, ingat sakit itu adalah rahmatNya dan penghapus dosa..... tiada ubat yang saya amalkan, hany merenung ke dalam hati, zikir di mulut sahaja.... 

sumber google

Saya terima seadanya, kelmarin juga hanya sekali sahaja saya menjamah makanan..... petang dan malam tidak merasa untuk makan..... saya minta maaf dengan baby dalam kandungan saya.... saya tak ada daya dan tak mampu... Allah Yang Maha Mengatur segalaNya..... Saya bersyukur kerana anak-anak saya tidak merungut kelaparan..... Saya bersyukur kerana rasa makan saya juga dibataskan..... dengan kerja yang banyak semalam, saya hanya minum coffee yang dah saya tak amalkan.... hanya secawan untuk saya legakan tekak yang kehausan dan kepenatan dengan batuk tak terhenti..... 

Allhamdulillah, nikmat Allah sangat banyak. Bila redha tiada lagi rungutan di mulut, di hati mula tenang, dan bibir membabitkan senyum selebarnya. Walaupun apa yang dialami Allah Ya Rahman Ya Ya Rahim Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang tahu segalaNya..... Subhanallah.... Terima kasih Ya Rabb..... HebatNya Allah memberi ketenangan pada diri.... ampunkan segala dosa kami yang hina ini.... amiiinnnn..... 

Batuk Semasa Hamil
Sebenarnya batuk ni tidak boleh pandang remeh oleh ibu hamil. Ia adalah batuk boleh membahayakan kehamilan dan juga janin yang ada di dalam rahim ibu. Ini juga adalah kerana sistem pertahan ibu hamil adalah rendah. 

Tips Tanpa Ubat
1. Solat taubat, doa dan zikir
2. Amalkan madu + teh
3. Madu dan habatus sauda
4. Madu + lemon

InsyaaAllah... Allah Ya Salam Ya Fatah....



Wednesday, February 8, 2017

Mengatasi Masalah Pelajar Dengan Zikir

By On 11:45:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Masalah pelajar dan cara mengatasinya:


1. Masalah sebagai seorg ketua nak menangani kerenah ahli2 dlm sesesuah organisasi atau pertubuhan.
Jawapan: 
Zikir ya Rahman ya Rahim ya Jami', 'ya Allah, satukan hati2 kami dgn kasih sayangMu.
Ya Qohhar ya Latif ya Malik, 'ya Allah, tundukkan hati kawan2 kami kpMu.'

2. Masalah nak kusyuk solat dan istiqamah dlm ibadah.
Jawapan: 
Zikir ya mumit, 'ya Allah, putuskan tali ingatan kp dunia sepanjg solatku'

Ya Rahman ya Rahim ya Jami' ya Baaqi, 'ya Allah, kekalkan hatiku mengingatku sepanjg solat

zikir ya Baaqi, 'ya Allah kekalkanku dlm ibadah kpMu.'

3. Masalah mengantuk dlm kelas.
Jawapan: ya Aziz, ya Qowiy, ya Matin, Ya Allah, kuatkan mataku utk daku belajar


4. Masalah kurang fokus dlm kelas.
Jawapan:  Baari', aturkan jadualku utk fokus dlm kelas.
Ya Hafiz ya Muhaimin, lindungi hati dan fikiranku dari gangguan syaitan.

5. Masalah susah menghafal.
Jawapan: zikir ya Baari', ya Baaqi, ya Alim, ya Hakim, ya Rashid, 'ya Allah, aturkan ilmu dalam otakku dan kekalkan ilmu dlm otakku.

6. Masalah Susah faham pelajaran.
Jawapan: zikir ya Alim, ya Hakim, ya Rashid, 'ya Allah, kurniakanku faham tentg pelajaran ini'

7. Masalah keluarga.
Jawapan: zikir ya Rahman ya Rahim ya Wahab ya Karim, 'ya Allah, bantulah kami utk menyelesaikan masalah keluarga'

8. Masalah suka marah
Jawapan: ya Sobur, kurniakanku kesabaran.
Ya Qohhar, tundukkan kemarahanku.

9. Masalah Susah bergaul.
Jawapan: ya Rahman ya Rahim ya Jami', alirkan kasih sayangMu dlm hati2 kami agar kami dpt bergaul dgn.baik.

10. Masalah suka berfikir negatif
Jawapan: ya Quddus, ya Jalil, suci dan jernihkan hati dan fikiranku dari memikir yg negatif.
Ya Haadi, bimbing otakku utk berfikir positif.

11. Masalah malas dan kerja bertangguh.
Jawapan: ya Quddus ya Jalil, sucikan hatiku dari bisikan syaitan, penyakit malas dan bertangguh.

12. Masalah suka bergaduh dgn ibubapa
Jawapan: ya Allah ya Rahman ya Rahim ya Jami', satukan hatiku dan pemikiranku dgn ibubapaku.

13. Masalah lambat belajar.
Jawapan: ya Allah ya Alim ya Hakim ya Rashid, kurniakanku kecepatan belajar

14. Masalah markah rendah.
Jawapan: ya Allah ya Roofi', tinggikan markahku.

15. Masalah selalu cuai.
Jawapan: ya Allah ya Rahman ya Rahim ya Wahab ya Karim, tolonglah kami agar kami tidak cuai.

16. Susah mengurus masa.
Jawapan: ya Allah ya Baari', tlglah aturkan jadualku agar tersusun

17. Masalah suka bersangka tidak baik.
Jawapan: ya Allah ya Quddus ya Jalil, sucikan hatiku dari berburuk sangka.

Pengalaman saya dalam menerapkan zikir Asmaul Husna pada anak-anak:
  • semalam, kakak ada 11 muka surat kerja sekolah matematik, kakak memang sederhana dalam matepelajaran matematik. Sejak darjah 1 dia hanya dapat B, markah 60++ sahaja.... bila buat kerja sekolah semalam, dia belum kuasai tentang "bundar" nombor ribu ratus dan sa..... saya nasihat kat dia dan suruh dia faham macamana nak bundarkan.... bila dia kusyuk nak siapkan kerja sekolah yang banyak, saya suruh dia berhenti solah maghrib..... dah solat maghrib dia sambung buat.... katanya kakak dah faham macamana nak buat. Tadi lepas solat kakak doa supaya mama siap tesis cepat, daddy tak hisap rokok, baby sihat dan kakak cakap "Ya Allah Ya Alim, Ya Hakim, Ya Rashid, semoga Allah bagi kakak faham buat matematik"......

Ya Allah, saya sangat tersentuh, sebab tu la mama suruh kakak solat dulu.... apa yang kita buat pun mesti kita kena ingat Allah dan mendahulukan Allah.... nanti Allah tolong la kita selesaikan masalah.....

Allhamdulillah, dia dapat siapkan semua kerja sekolahnya semalam dengan pertolongan Ya Wahhab Ya Karim Ya Rahman Ya Rahim.....




Tuesday, February 7, 2017

Check Up 31 Minggu

By On 5:07:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah. Seminggu bercuti balik kampung. Makan pun lalu. al maklum la kenduri kan. Saya baru balik check up tadi.... memang berat naik 3kg dalam 2 minggu.... kalau sebelum ni, bulan lepas tak naik-naik... misi tanya lalu makan ke? saya jawab le "balik kampung kenduri, lalu makan".... hehehe.... kena datang lagi 2 minggu.... bagus la tu. Dah masuk 31 minggu, HB saya tetap duk border 11.1 sahaja. Pregnant kali ni saya tak banyak makan sayur, buah, jus buah pun tak minum... tak apa la nak buat camana, apa Allah bagi saya terima seadanya.... yang lain semua ok tak ada masalah kesihatan, baby pun gerak ok.... aktif dan aktif tendang menendang.... 

peace yo! 
Ibu-ibu di luar sana sentiasa amalkan makanan seimbang tau.... saya ni, apa yang termampu sahaja.... itu pun cukup la untuk saya, apa Allah bagi adalah yang terbaik untuk saya. Tak ada apa yang saya boleh demand, tapi kalau anda mampu pilihlah permakanan yang terbaik untuk kandungan anda....

Hari ahad masuk keja hingga hari ni membizi jadinya. Siapkan kerja tertangguh banyak lak tu.... Allah Ya Baari,,,, serah serah serah.... jangan stress, jangan banyak pk.... Allhamdulillah, dari kelmari kesihatan saya ok, bersemangat! Balik rumah petang kelmarin saya masak. Dah lama tak masak, asyik husband sahaja yang masak. Seronok la dapat masuk dapur. Kalau tak malas saja dan kepenatan nak masuk dapur.....

Terima kasih Ya Rabb segalanya..... Ampunkan diri ini yang selalu melakukan dosa.....


Monday, February 6, 2017

Berpantang Kat Mana?

By On 4:41:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Dah hampir masuk 31 minggu kehamilan saya.... memang sejak awal lagi husband saya suruh balik bersalin dan pantang kat kampung.


Pengalaman Bersalin Anak Pertama
Kalau anak sulong saya, saya balik kampung semasa 37 minggu, buat appointment di hospital bersalin Anisa Kota Bharu, 38 minggu saya bersalin secara cesarean kerana baby saya dari awal 7 bulan lagi baby dalam keadaan breech... Dari situ every month check up memang baby tak nak pusing bawah.... saya dh nekat nak ceaser.... Bidan ada pusing baby masa tujuh bulan tapi 4 hari sahaja, saya rasa baby kembali ke kedudukan atas.... Allhamdulillah, saya ok dan tiada apa-apa komplikasi cuma anak sulong saya kuning teruk juga la..... selepas balik rumah, terpaksa mak ayah saya bawa dia admit kat Anisa pula sebab kuning..... 

Pengalaman Bersalin Anak Kedua
Baby kedua, saya bersalin secara normal... masa tu 37 minggu, tak sempat nak balik kampung kerana saya duk tunggu tarikh temujanji dengan doktor pakar 4 hari lagi.... tapi baby nak juga keluar awal, terus tak sempat nak jumpa doktor pakar.... Tambahan pula, kali pertama saya bersalin normal. saya tak tahu kena bawa buku merah baby pertama.... misi pun tak de inform saya sebelum tu, masuk dalam labor room (hospital kangar) doktor duk bising kat saya tak bawa buku merah anak pertama.... mana la saya tahu! buku merah anak pertama pun saya dh lupa letak kat mana,,,, kalau husband saya balik ambil pun takkan jumpa husband saya cari.... Allhamdulillah, saya bersalin dengan mudah dan tiada apa-apa komplikasi pada saya dan baby..... pukul 2.30 pagi saya bersalin, 4.30 pagi saya keluar labor room.... pukul 12.30 tengahari terus discharge.... hari kedua saya balik kampung (Kota Bharu)... mak ayah saya sampai pukul 5.00 pagi dari KB di hospital Kangar..... Hari kedua saya dh mandikan baby sendiri tau,,,, anak pertama pun saya dan husband mandikan baby masa dalam pantang.... lepas dua minggu saya dah mandikan baby sendiri walaupun saya cesarean... 


Buku Merah
Dah masuk anak ketiga ni, saya memang ingat tentang buku merah anak pertama kerana ada history ceaser.... saya minta dengan doktor awalkan temujanji saya dengan doktor pakar! Doktor kata dia boleh bagi 36 minggu kehamilan..... tak boleh awalkan lagi..... ok lepas jumpa doktor pakar saya akan pulang ke kampung!


Berpantang Kat Mana?
Tapi sebenarnya di sudut hati saya nak berpantang saja kat Kedah.... sebelum ini pun kedua-dua anak saya, saya jaga sendiri dan mandikan sendiri masa dalam pantang.... apa pun saya bersyukur kerana Allah Ya Wahhab menolong dan mengajar saya buat semua hal sendiri, masak pun masak sendiri.... sebab tu saya minta dengan husband saya nak pantang kat rumah sendiri di Kedah.... Dan kedua-duanya, saya balik berurut di Kedah juga..... husband saya tak bagi takut nanti ada komplikasi pada baby dia tak biasa bawa baby sendirian ke klinik.... kalau kat kampung apa-apa hal mak ayah saya ada tolong tengokkan dan boleh bawa baby ke klinik... 


Pengalaman Berpantang 
Saya dah cakap kat mak saya, saya mungkin berpantang di kampung dalam sebulan sahaja..... Apa pun Allah sahaja yang menentukan.... Adik-adik ipar saya suruh saya berpantang di rumah mertua saya! Saya memang nak sangat berpantang di rumah mertua saya,,,, tapi takut mak ayah saya tak bagi dan husband saya tak bagi kerana takut saya tak selesa di sana.... saya bukan nak cari keselesaan tempat tinggal semasa berpantang tapi saya nak rasa ada orang jaga saya sepenuhnya semasa berpantang, jaga baby, mandikan baby, masak kat saya, ada orang datang mengurut saya, tanpa perlu saya buat semuanya.... Saya nak rasa macam jadi tuan puteri masa berpantang,,,, hehehe..... (jangan nak berangan) tak perlu buat apa-apa, jaga diri dan betul-betul rasa keenakan berpantang.... Saya tak pernah rasa sebelum ni! Saya tahu ada ibu-ibu yang baby ada komplikasi pun terpaksa bersusah payah juga dalam pantang berulang alik ke hospital dalam pantang.... Apa pun saya bersyukur apa yang Allah tentukan pada saya. Ia adalah terbaik!

Stress Masa Berpantang
Masa berpantang anak kedua tanpa suami di sisi saya memang stress tau.... husband saya dapat cuti dua minggu lepas tu dia balik Kedah..... kat rumah mak ayah saya tiada siapa, cuma saya, baby kecil dan anak sulong saya masa tu,,,, 

Kali ni saya serah jer pada Allah yang susunkan yang terbaik pada saya! Saya mohon kasih sayang Allah jaga saya dan anak, juga baby saya! Sekarang mak ayah saya dah pencen kerja, tapi mereka masih bekerja sendiri..... adakala mereka tiada di rumah..... rumah saya memang sunyi! Makcik2 memang dekat rumah sebelah-sebelah tapi mereka semua dengan hal masing2 keja dan cucu.... 


Allah Sangat Dekat
Daripada pengalaman lepas, saya memang rasa sangat Allah dekat dengan saya! Allah is everything.... Allah menolong saya semuanya. di kala saya sepi, sedih, stress masa pantang.... Allah ada di mana sahaja mendengar rintihan saya! cuma masa tu saya tak boleh nak baca Al Quran.... dan saya belum kenal Asmaul Husna.... saya cuma zikir yang mana saya tahu...... Allhamdulillah, kali ni saya rasa Allah lagi dekat dengan saya! Terima kasih Ya Rabb.... Saya bersyukur kerana anak kedua saya tiada kuning dan senang dijaga masa pantang, cuma saya sahaja yang kurang sihat kerana banyak bergerak..... sebab tu saya nak berpantang di rumah sendiri, kerana saya dah biasa buat semuanya sendiri.... sama sahaja balik pantang rumah mak ayah saya atau pun rumah sendiri..... 

Doa Untuk Ibu Bapa
Saya berdoa semoga Allah berikan kesihatan yang baik kepada kedua ibu bapa saya.... Siapa pun mereka, merekalah orang yang melahirkan saya! Tiap pagi saya akan doakan mereka dikurniakan syurga tanpa hisab, dan diberi petunjuk dan hidayah ke jalan keredhaan.... dipelihara hati dan jiwa daripada kotoran dunia!

Doa Anak
Bila kita sentiasa doakan ibu bapa kita, InsyaaAllah anak-anak kita juga akan sentiasa doakan kita! Kakak kata, kakak doakan mama siapkan tesis bulan 3.... InsyaaAllah.... Allah Ya Baari'.... saya tak tanya dia kenapa bulan 3... mungkin dia rasa bulan 4 saya akan bersalin dan dia doakan saya siap tesis bulan 3...... Subhanallah...... 

Kakak menangis! 
Saya sembang dengan kakak, saya dan husband plan nak tumpangkan kakak sekolah kat kampung saya dalam sebulan berpantang.... tapi memandangkan bulan Julai nanti kakak ada perlawan golf wakil Kedah, dia terpaksa duk Kedah dengan husband saya kerana setiap minggu ada latihan.... Dia menangis sedih kerana terpaksa tinggal dia dengan daddy.... Adik Zara (aka kak ngah) ikut saya balik kampung..... katanya "kakak boring, kakak nak main dengan siapa".... tak apa la kakak, mama balik kampung kejap jer,,,, mama pun banyak kerja kena siapkan tesis mama.... mama kena balik Kedah cepat juga walaupun mama dalam pantang.... 

Kita hanya merancang, Allah sahaja yang menentukan,,,,,, Sesungguhnya Allah itu Ya Baari, Ya Wakil, Ya Waliy....


Ajinomoto Scholarship 2018

By On 10:31:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyambung pengajian dan mendapatkan tajaan...

Matlumat seperti di dalam poster di bawah:


Tarikh tutup permohonan pada

5 Mac 2017


Dosa Paling Besar: Mencabar Kesempurnaan Allah SWT

By On 10:17:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Don't ask WHY?
Kenapa tak kawin lagi?
Kenapa tak boleh anak lagi?
Kenapa banjir?
Kenapa gaji sikit?
Kenapa itu?
Kenapa ini?








Semua yang berlaku tidak akan berlaku jika tidak dengan izin Allah... Yakinlah Allah Yang Maha Berkuasa bukan manusia! Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahNya, walaupun bukan di dunia, Allah simpan di syurga kelak....

Bersihkan hati, sucikan hati, semoga Allah buka pintu hati dan hijab dunia, kerak-kerak dosa yang menebal dalam hati....

Agar dapat memandang Allah tanpa hijab.....

Sunday, February 5, 2017

Dapatkan Brangan RM5 di Lazada

By On 4:41:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Promosi RM5


Bagi anda yang berminat klik banner di atas

Jangan ketinggalan

Termaktub dengan syarat







Popular

Follow by Email