Enter your keyword

Wednesday, January 25, 2017

Ingatkan Percuma Rupanya Berbayar

By On 4:09:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Allahuakhbar, Subhanallah....
Yang saya ingat percuma itu adalah bayaran.... ia berkisar tentang check up bulanan kehamilan saya. Memandangkan saya di uni, adakala saya pergi check up saringan (check darah, hb, urine) di pusat kesihatan universiti tempat saya bekerja....

Tadi saya disapa oleh kawan saya, "pergi check perut kat klinik kesihatan ke, 2 minggu sekali?", saya balas "tak juga dua minggu sekali, dalam sekali sebulan, tapi kalau jumpa doktor saya pergi klinik kesihatan, kalau check biasa saya pergi PKU", kawan saya balas..... "rugi la kalau pergi PKU, nanti nak check anak-anak lagi".... saya terdiam dan baru terasa nak terfikir..... kekeke.... 

Bila masuk bilik ofis saya, terus saya buka sistem perubatan saya dan keluarga.... oic...... rupanya mereka tolak daripada elaun perubatan tahunan saya. Tahun lepas saya menggunakan sebanyak RM716+++... Check lagi, rupanya untuk perubatan tahunan kerajaan provide RM750.00 dan pada tahun lepas 2016, paling banyak saya gunakan untuk check kehamilan saya.... Kalau tahun-tahun sebelum itu paling banyak pun RM4 ratus lebih sahaja, dan RM200 lebih sahaja.... Iberate yang saya katakan percuma itu berbayar la..... huh ditolak sekali dengan kos tahunan. Kelmarin saya ke Pusat Perubatan Universiti. Kedua-dua anak saya tak sihat..... Dan saya ada tanya doktor pasal selsama saya! Adakah saya boleh ambil ubat selsema atau tidak...... Doktor kata ibu hamil boleh makan ubat selsema, dan sebut nama ubat, dan ada ubat yang tak boleh dimakan..... "kalau nak register nama, saya akan bagi ubat"..... saya cakap "erm... tak apa la doktor"..... tak terkeluar lak saya nak tanya doktor pasal scan for baby..... tahun lepas bila saya sakit kat bawah perut, doktor kt PKU pernah scan baby saya, walaupun scannya black n white tapi gambar baby jelas saya boleh nampak,,, berbanding scan di klinik kerajaan hari Isni yang lalu.... 

Kalaulah tak disapa oleh rakan saya tadi memang saya tak tahu..... huh, benggap terasa... Terima kasih Ya Rabb Ya Hafiz Ya Muhaimin..... Yang Maha Menjaga dan Memelihara..... 

Tuesday, January 24, 2017

REZEKI PERCUMA

By On 12:57:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

REZEKI PERCUMA // Allhamdulillah, kelmarin bila balik dari ofis ada envelope terselit kat pagar rumah... Bila nak buka pagar saya tengok ada sampul surat dari  susu anlene.malaysia... rupanya, anlene hantar sample susu percuma....

google image

Kemudian, jiran lak datang bagi ikan talang masin.... Semasa nak balik rumah, saya dan husband pergi kedai sayur cari bunga kantan.... memendangkan check up saya kelmarin, berat badan saya tak meningkat disebabkan saya tak berapa lalu nak makan dan memilih makanan, bila balik kerja saya cakap kat husband nak makan asam pedas dan suruh dia masak..... Kami singgah kedai cari bahan-bahan, tapi bahan utama daun kesum dan bunga kantan tak ada.... Semua kedai tak ada.... bermusim ke, stok tak ada saya pun tak tahu.... terbantut la hajat nak makan asam pedas suami.... saya pun dah blur tak tahu nak makan apa, Allah Ya Baari' je la.... 

google image

Tapi bila jiran bawa ikan talang masin, saya kata ok la makan ke nasi dengan ayam goreng dan ikan talang masin..... Malam tadi saya tambah tiga kali makan nasi ayam goreng dan ikan talang masin... tak la banyak sangat makan ikan talang tu, risau lak kalau ada efek ke apa.... Allhamdulillah rezeki percuma dari Allah Ya Razzaq.... Murahkan rezeki jiran saya Ya Allah.... kurniakan mereka syurgaMu.... 

Kasih sayang Allah tak terhingga buat kitakan.... Subhanallah.... Hanya kita sahaja yang selalu leka dan lalai mentaatiNya... Semoga kita bermuhasabah diri setiap masa..... Terima kasih Ya Rabb....


Checkp up 29 Minggu Kehamilan

By On 10:57:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah, kelmarin saya p check up 29 minggu tuk 7 bulan.... Kena ambil darah, minum air gula, dan urine test... Urine saya tak berapa nak ok, doktor kata xde masalah kuman dalam urine saya tapi itu adalah kerana saya kurang minum air putih.... erm... memang kurang tersangat minum air putih. Hari Ahad saya kena puasa sejak pukul 10.00 malam.... seharian kat ofis saya tak minum sangat air putih, kerana saya memang tak larat nak jalan ke toilet..... dari bilik saya ke toilet jauh kena merentasi 13 buah bilik kawan-kawan baru sampai toilet.... Sebab tu saya limit minum seteguk-seteguk sahaja.... Dalam bilik saya lak, aircond yang sejuk lagi membuatkan saya rasa nak ulang toilet selalu.... Bangunan di ofis saya hanya ada dua toilet sahaja di hujung kanan dan kiri.... Memandangkan bilik saya di tengah selepas keluar lif, jadinya toilet nun jauh di hujung..... 

Masalah Semasa Mengandung
Sangat bermasalah bagi saya.... walaupun saya ni memang jenis minum air putih yang banyak disebabkan kekerapan untuk ke toilet membataskan saya.... Saya selalu juga terkuncil walaupun tiap hari saya memang pakai tuala wanita slim or maxi.... keadaan tersebut membuat saya selalu bawa pakaian spare ke ofis..... Tapi tak apa la, ini perkara biasa bagi saya..... Allah Ya Quddus Ya Jalil Yang Maha Menyucikan dan Yang Maha Jernih.... 



Scan For Baby
Berbalik pada check up untuk 7 bulan, sejak dari rumah saya zikir Allah Ya Zohir, Ya Salam, Ya Mukmin sampai la doktor scan baby.... Mana tau scan doktor boleh nampak gender baby saya.... Tapi Allah Ya Baari' Yang Maha Menyusun, saya pun tak nampak apa scan kelabu doktor.... Doktor cerita kat saya, ini kepla baby, uri pun di atas, air ketuban pun cukup.... Tapi memang mata saya tak tahu nak nilai apa.... tak nampak.... ini kan pula gender.... Kalau nak tahu juga gender harus scan kat private 4D baru jelas..... Dua-dua anak sebelum ni memang saya scan 4D, tapi kali ini juga membataskan saya untuk buat scan 4D di luar... tak apa la, serah pada Allah Yang Maha Menyusun.... baby dalam keadaan sihat pun saya syukur sangat..... Denyutan jantung bayi dalam rahim yang normal adalah 120 hingga 160 seminit, kalau kurang atau lebih daripada itu, ia adalah bermasalah kepada baby berkenaan..... Sentiasa amalkan zikir Allahumma Ya Salam, Ya Mukmin, Yang Maha Sejahtera dan Yang Maha Mengamankan.... 

Tips Untuk Ibu Hamil
Apa pun keadaan anda semasa mengandung, kalau boleh elakkan merungut dan mengeluh.... Sabar, selalu ingat Allah dalam apa juga keadaan.... Saya memang sangat berinspirasi kepada kakak mengandung yang cekal hati yang pernah saya ceritakan dulu,,,,, saya faham keadaannya dan saya juga sedikit sebanyak mengalami masalah sepertinya.... tabah dan kuat menempuh dugaan..... doa ibu mengandung Allah kakburkan tau! beruntung sangat. Oleh itu, ibu hamil jangan resah, selalu berserah diri pada Allah dan jangan biarkan emosi diganggu syaitan.... Sentiasa basahkan lidah anda dengan zikrillah.... jom amalkan Zikir Ibu Mengandung 

InsyaaAllah tenang! 


Jangan Merungut Depan Anak

By On 9:36:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

JANGAN MERUNGUT DEPAN ANAK // Perkara yang sering berlaku tanpa sedar dan kita sentiasa dikelilingi dengan anak-anak... Sebanagi contoh merungut tentang pengguna jalan raya semasa dalam kenderaan, ia secara tidak langsung dan tanpa disedari didengari oleh anak-anak kita. Sedar mahupun tidak perkara buruk ni mudah menusup masuk dalam diri anak-anak kita.


Oleh itu, jauhkan rasa merungut di hadapan anak-anak kita. Anak-anak cerminan kita. Harus berhati-hati dalam mendidik anak-anak....

Sunday, January 22, 2017

Inspirasi Anak Kecil Belajar Agama

By On 3:15:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

BILA ANAK MASUK SEKOLAH // Minggu ni masuk minggu ke 4 anak-anak ke sekolah.  Tadi saya dan en daddy seperti biasa hantar dia di Pusat Islam. Allhamdulillah, banyak juga perubahan adik Zara dalam masa tiga minggu ni. Dari minggu lepas cikgu suruh dia bawa balik buku bacaan ke rumah masa sekolah pagi.... Banyak improvement bacaan dia. Dia dah boleh membaca kalau digabungkan dengan konsonan "a".... Di sekolah agama waktu petang pula, saya sangat kagum dengan minatnya.... Kakak peneman adik hari Rabu dan Khamis pun belajar sama. Pada minggu kedua dia belajar hadis. Hadis pertama yang mereka baca ialah:

Innamal A’malu Binniyat” 
google image

"Sesungguhnya amalan itu harus disertai dengan niat" 

Hadis yang kedua yang dia pelajari :


"Kebersihan itu sebahagian daripada Iman"

Pada minggu ketiga, dia belajar hafalan ayat kursi dan surah Yasin. Terkejut saya bila dia dapat baca beberapa ayat dalam Surah Yasin.... dan mula pandai baca ayat kursi.... Anak-anak ni otak mereka bersih daripada kotaran apa yang diajar mudah diingat!

Banyak yang saya belajar daripada awal persekolahan anak-anak saya:
  1. Hati yang bersih: Hati yang bersih akan mudah mengingati Allah swt. Sebab itu kita diajar sentiasa mencucikan hati kita, terutama daripada berhala dunia, bisikan syaitan, hawa nafsu dan kerak-kerak dosa dengan zikrillah.... Mata telinga kita ni banyak mendengar dan melihat perkara yang kotor, malahan shopping pun adalah salah satu kotoran yang harus disucikan kerana ia banyak menipudayakan nafsu kita! 
  2. Dekat dengan Allah: Anak-anak kecil ni tiada dosa, mereka dekat dengan Allah. Apa yang mereka belajar terus sampai dalam hati mereka dan ingatan mereka. Rasulullah saw sayangkan anak-anak kecil. Jangan malu dan takut bawa anak-anak ke majlis ilmu. Walaupun mereka bising dan takut mengganggu duduk lah dalam kereta dan tempat sedikit jauh asalkan mereka biasa dengan majlis ilmu dan agama. 

Memang terasa malu lah saya dengan anak sendiri bila, mereka dah pandai dan ingat hadis-hadis yang pendek. Semoga kita sentiasa belajar mencari ilmu dan menuju jalan keredhaan.... InsyaaAllah... Aminn.... 


Bahagia Itu Tidak Boleh Dibuat-buat

By On 11:37:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah, Asslamualaikum dan salam sayang.... 

google image

BAHAGIA ITU TIDAK BOLEH DIBUAT-BUAT // Hari Minggu saya yang memenatkan Jumaat, Sabtu, terbaring sahaja.... Memang tak larat sangat dengan keadaan kesihatan yang tak berapa nak ok. Allah Ya Rahman Ya Rahim yang memberikan saih dan sayangnya kepada saya, Dia suruh saya rehat tu! Allhamdulillah.... jadi, terbaringlah saya selama dua hari dengan kasih Allah Ya Rahman Ya Rahim..... 

Hari ni, Allhamdulillah baoleh bangun seperti biasa, ke hantar anak sekolah dan ke ofis.... Lengang sahaja ofis.... Mungkin ramai yang bercuti, ada yang dah habis exam dan marking ini la masanya untuk bercuti sementara menanti semester break buka semula awal bulan Februari.... 

Tidak Sihat Kasih Allah Ya Rahman Ya Rahim
Hidung saya masih tersumbat dan selsema. Dalam ofis ditemani aircond, kalau tak buka kepanasan pula saya rasakan! Semalam, selera makan saya sangat merudum... Jarang saya tak habiskan nasi.... Pagi tadi dek keleparan awal-awal lagi saya breakfast berat, tapi tetap tak habis juga nasi tersebut..... Sayang Allah pada saya! 

Masuk ofis ditemani en daddy, meneruskan kerja tertangguh saya mengedit artikel.... Minggu ni saya nak habiskan seberapa chapter saya yang boleh.... Allah Ya Baari'... sebelum minggu depan saya bercuti seminggu balik kampung.... Kali terakhir saya balik kampung Raya Haji yang lalu..... anak-anak2 skip sekolah la jawabnya minggu hadapan,.... 

Kehamilan 7 Bulan
Semalam, saya duk kira jangka kehamilan saya dah masuk 29 minggu, saya masih belum buat apa-apa persiapan.... Satu barang belum saya beli lagi... Nampaknya bulan ni memang saya tak mampu nak beli apa-apa persiapan baby memandangkan saya nak balik kampung... Tak apa lah saya tak kisah.... Mula lah saya nak amenyelongkar pakaian anak-anak saya yang lepas.... Semalam, saya dah cakap kat baby... hehehe.... saya serah jer pada Allah Ya Baari Yang Maha Menyusun segalanya keperluan baby nanti.... Allah bagi saya rezeki baby, saya yakin Allah akan sediakannya untuk baby saya nanti.... Hati saya tenang! Allhamdulillah.... Baby saya sangat aktif, instinct saya baby girl.... tapi kalau baby boy lagi saya suka saya belum ada baby boy.... saya plan nak p scan, memandangkan tak cukup duit untuk bulan ni nak p scan private saya redha je la.... tak apa! esok saya akan jumpa doktor dan scan  7 bulan di klinik kerajaan.... saya serah jer pada Allah yang Maha Menentukannya....  walaupun scan budget RM seratus tapi ia amat berkana bagi saya untuk balik kampung!.... Saya bukan kedekut tapi itu rezeki saya yang Allah bagi yang harus saya syukuri nikmatNya.... Allah Ya Muqit, Yang Maha Mencukupkan, apa yang Allah bagi tu sudah tentu-tentu cukup, walaupun saya rasa tak cukup nak p scan baby dan nak beli barang-barang baby.... saya tak boleh boleh boros dan pentingkan diri, walaupun kasut kerja saya pun dah terbuka di hadapan, saya fikir anak saya juga perlu kasut baharu kerana shoe harian yang dipakainya sudah ketat dan tercabut tapak tapi masih boleh dipakai lagi, saya ignore je la dan anak saya pun pakai, dia tak merungut!.... dan baby juga perlu keperluan untuk kelahirannya.... 

Kesempitan Adalah Nikmat Allah
Dalam kehidupan kesempitan ini saya sangat bersyukur, kerana saya yang merasainya.... saya yakin kesempitan ini tidak seberapa, kerana ada mereka yang di luar sana lebih susah daripada saya... Allah masih sayang saya, tiap hari Dia masih bagi saya makan walaupun tak seberapa makanan itu, dan kelmarin, semalam saya tak habiskannya.... Allah tetap bagi saya dan anak-anak nikmatNya.... Oleh itu, nikmat mana lagi yang mahu didustakan.... Surah Ar Rahman 31 kali Allah menyebutNya!!! Oksigen Allah bagi tak perlu diminta, tanah, air, matahari semua tak diminta Allah tetap bagi.... banjir macam mana sekali pun, yang dianggap bala ke apa bagi mereka yang tidak menggunakan hati bersuluh nur, ia adalah nikmat Allah yang harus disyukuri..... Allah tak akan membebankan hambaNya, setiap apa yang Allah bagi Pada hambaNya itu adalah sepadan dengan hambaNya.... Saya selalu ingat itu! Ia membuatkan saya relex dan tidak mudah merasa tertekan dengan hidup yang disangkakan sempit ini! SEDEKAH DIKALA KESEMPITAN bahagia itu tidak boleh dibuat-buat, ia datang sendiri, rasa sendiri dalam hati.... 

Hidup Lawan Arah Jam
Saya selalu memotivasikan diri saya hidup berlawan arah jam.... Sempit! saya akan pusing hidup saya dengan rasa penuh gembira.... Bagi saya hidup melawan arus jam itu adalah cara hidup Islam, sebagaimana umat Islam mengelilingi kaabah, dan planet-planet di atas sana berpusing lawan arah jam itulah nikmat sebenar! Tak perlu rasa merungut! Tak perlu rasa kesempitan..... rasa susah akan membawa rasa bahagia! Hebat Allah.... Rasa bahagia itu juga nikmat Allah.... Saya bahagia dengan nikmatNya..... jauh daripada tekanan, tak perlu rasa hina bagai! saya bahagia kerana Allah bagi saya rasa kesempitan di kala saya masih muda, anak-anak masih kecil, dan saya bahagia tanpa perlu tengok kehidupan orang lain..... Saya ada Allah, dan hanya Allah yang saya tengok..... Saya akan bayangkan wajah Allah swt dan wajah Rasulullah saw berada di hadapan wajah saya, saya akan senyum selalu..... MENUKAR BALA MENJADI NIKMAT



Wednesday, January 18, 2017

Walaupun Rupa Ku Hitam Tapi Allah Bagi Hati Ku Putih

By On 4:21:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Walaupun Rupa Ku Hitam Tapi Allah Bagi Hati Ku Putih / Itulah kata-kata Loqman Nur Hakim.... Sungguhpun rupanya hitam namun, kisahnya disebutkan oleh Allah swt dalam Al Quran.... hebatkan orang hitam ni.... Sama juga seperti Bilal bin Rabah.... orang Habsyi juga golongan orang kulit hitam.... Namun mereka ini adalah ahli syurga! 

google image

Allah tidak memandang rupa... Rupa kita di akhirat kelak cuma ada dua hitam dan putih.... Seputih mana pun kita di dunia, secantik mana pun kita di dunia dengan pelbagai alat solek dan pencuci muka yang di ambil, namun hanya dua sahaja warna wajah di akhirat antara hitam dan putih.... beruntunglah sesiapa yang putih wajahnya di akhirat kelak....

Pesanan Luqman Nur Hakim Kepada Umat

google image

Semoga kita juga berada di antaranya....

Semoga Allah ampunkan dosa kita!

Aamin....


Tuesday, January 17, 2017

RM Semakin Jatuh ke?

By On 3:12:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Saya dah lama tak check currency.... Jumaat lalu, mengenangkan analisis saya terpaksa dirombak dan dibuat semuala, terpaksa juga upgrade lesen SmartPLS saya guna dah tamat tempoh.... Bila nak bayar RM ke EURO jadi RM95 lebih  dalam temph sebuan... sebelum ni paling (tahun lepas bulan 5,6,7) paling mahal pun RM90 lebih sahaja.... 




semoga mata wang kita akan naik dan ekonomi akan stabil


Saya Mula Pening Tengok Model Kajian

By On 11:57:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Model kajian saya tentang pengaruh personaliti, psikologi dan filem terhadap keseronokan, nilai agama kepada kepercayaan alam ghaib dalam filem seram....

Saya terpaksa reanalisis semula, dan buat satu-persatu..... yang bawah ni full model bila dianalisis dengan menggunakan SEM PLS


Ini model apabila saya split second order dan first order direct to mediating enjoyment (keseronokan) dan DV saya adalah kepercayaan alam ghaib.... serta moderator (yang bulat-bulat hijau tu) adalah Nilai Agama 

Bila saya tengok model split ni saya pun pening... saya tak tahu betul atau tidak, apa pun semua berpandukan kepada objektif kajian dan hpotesis yang di bina..... bagaimana saya nak mula writing semula? 


Bila analisis tu senang, nak writing semula dari awal ke akhir kena banyak sabar, tabah dan cekal..... kuatkan semangat saya Ya Allah.... 


Beriman Kepada Allah Ya Quddus

By On 9:56:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allah Ya Quddus

Ertinya
Ya Quddus bererti Allah suci, bersih atau sempurna dari segala kesalahan, Kecacatan atau kekurangan. Penciptaan langit dan bumi membuktikan kesempurnaan penciptaanNya dan kekuasaanNya. Allah Al-Quddus juga membawa makna Allah mempunyai Pekerti yang sangat mulia diliputi dengan kasih sayang tanpa kebencian. Kesucian Allah Ya Quddus membolehkan Allah menyucikan jiwa2 manusia. Sifat suci kurniaan Allah ya quddus terpancar pada akhlak dan cara hidup Rasulullah s.a.w. dalam menghadapi kejahatan musuh2nya.

Manusia adalah alat Allah Ya Quddus dalam berfikir positif, berhati mulia kepada manusia sekeliling.

Ganjaran Beriman Kepada Al Quddus
Ganjaran kepada amalan zikir Ya Quddus – melahirkan insan yang ikhlas dalam setiap perbuatan hanya kerana Allah. Penghayatan Al-Quddus dalam diri dengan menyucikan jiwa daripada sembahan2 Lain daripada Allah (hawa nafsu, bisikan syaitan, dunia, kata2 manusia). Menyucikan Jiwa daripada penyakit2 hati (dendam, benci, mengumpat, menghasut dll). Dan Sucikan hidup daripada dosa dan noda. Sucikan mulut, telinga, mata, anggota tubuh Dan sebagainya.

Bicara Hati Ya Quddus
Allahumma ya 'Afuww ya Ghaffar ya Tawwab ya Quddus ya Jalil maafkan kami, ampuni kami, terimalah taubat kami, bersihkan dan jernihkan hati kami drpd dosa dan noda, penyakit2 hati, akhlak buruk, tabiat yg tidak diredhaiMu, cinta dunia, syirik dan syaitan. Ya Quddus kurniakan kami hati dan fikiran yg bersih agar kami sentiasa bersangka baik denganMu. Ya Quddus bersihkan lidah kami drpd mengumpat mengata, mengadu domba, mengeluh kesah dgn taqdirMu, memfitnah, menghina. Ya Quddus bersihkan langkah kaki kami drpd melangkah ke tmpt2 lagho, dosa dn maksiat agar kami hanya melangkah ke tmpt2 yg Kau redhai. Ya Quddus bersihkan pandangan mata kami agar kami hanya melihat yg diredhaiMu dan bersihkan matahati kami agar kami dpt melihat Nama dan Sifat2Mu di sebalik makhluk dan peristiwa yg hadir dlm hidup kami. Ya Quddus bersihkan pendengaran kami agar kami hanya mendengar yg Kau redhai. Ya Quddus bersihkan tapak hati kami agar dapat menakung kasih dan cintaMu yg suci dan mulia ya Wadud ya Quddus ya Karim.

Monday, January 16, 2017

Perkembangan Bayi 28 Minggu

By On 11:46:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah.... Salam sayang....



Hari Sabtu lepas misi datang melawat saya di rumah.... Sejak mengandung ini kali pertama misi datang melawat ibu mengandung kat rumah.... Saya pun tak tahu prosedur apa? Apa yang dicakap oleh misi, kalau ikutkan prosedur 3 kali misi kena datang melawat..... 

Bila dia check urine dan tekanan darah semua ok..... dan rupanya bila kira tempoh kehamilan saya sudah menjangkau 28 minggu iaitu dah 7 bulan.... Sedar tak sedar! saya ingatkan saya mengandung baru 6 bulan setengah..... Ya Allah, cepatnya masa berlalu.... Duk sembang dengan misi, sgaknya saya ni mengandung baby apa? Tengok pada perut saya bulat katanya.... saya terus sambung saya agak baby perempuan.... erm.... "saya dua-dua mengandung perut bujur, dua-dua anak laki".... "bila mengandung kali kedua ingatkan dapat baby girl, sebab suka mke up dan pakai lawa-lawa tapi bila keluar baby laki juga" misi menyambung..... :)

Kira Gerakan Janim
Dah boleh mula kira gerakan janim kata misi. Mula 15/01/17.... daripada pukul 9.00 pagi sampai 9.00 malam.... Kalau nak kira tu, bila baby gerak banyak kali dalam satu masa dikira 1 kali gerakan..... sebenarnya saya memang dah lupa cara nak kira baby gerak.... Baby kali ni memang sangta aktif, 4 bulan lagi saya dah rasa gerakan baby.... Bila dah masuk 7 bulan ni memang degang-degang dia tendang perut saya! hehe.... 

Allahumma Ya Khaliq, Ya Baari', Ya Mussowwir, seseungguhnya Engkaulah Yang Maha Pencipta, Yang Maha Menyusun dan Yang Maha Merekebentuk dan Maha Kreatif, alirkan sedikit kekreatifan dalam otak kami merekacipta sesuatu yang bermanfaat kepada agamaMu

Keperluan Bayi
Satu apa keperluan baby pun saya belum sediakan lagi.... Bila fikir risau juga! Then, saya let go sahaja daripada memikirkannya... Tak apa la Allah Ya Baari' Yang Maha Menyusun segalanya.... Gender bayi saya belum tahu lagi, tapi berat dalam hati saya pada awal kehamilan saya, saya rasa kali ini saya mengandung juga baby girl buat kali ketiga..... Tak kisah lah gender baby tu apa! yang penting baby sihat sejahtera.... 

Selepas misi balik, saya sambung buat pembetulan tesis saya... pagi Sabtu tu awal pagi lagi saya kemas dapur dan masak nasi, buat breakfast.... bila dah pukul 10 lebih saya dah mula penat. tinggal sahaja latop terbuka..... saya tidur..... husband saya masak lauk, kemas rumah cuci baju, cuci kereta hingga petang dia duk mengemas.... zohor saya bangun lepas zohor saya sambung tidur semula..... Tak tahu la memang rasa kepanatan teramat hari Sabtu tu.... 

Pembetulan Tesis
Malam, baru saya sambung buat semua tesis saya sampai pukul 12.30 malam..... bila dah buat sekali lagi analisis kajian saya saya mula stress nak menangis depan latop.... Kuatkan semangat saya! permudahkan kerja saya ni..... Bila penat saya stop! Tak apa la Sheila buat sikit-sikit! Penat bila kena checking semua analisis dan perbetul semula semua analisis saya..... Take time juga nak writing semula..... Buat la pelan-pelan Sheila..... Saya target nak submit tesis saya sebelum saya bersalin.... doakan saya yer sahabat! Tesis saya 6 bab, kena buat pembetulan semuanya.... Aamiinn.... 

Tips 
Bila dah masuk kandungan 7 bulan, jaga makan, jaga diri jangan stress, keperluan bayi dah mula kena sediakan.... (saya dah kena beli barang baby ni).... scan for baby.... 


Friday, January 13, 2017

Bicara Hati Memuji Allah Ya Khaliq

By On 10:47:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Sharing pagi Jumaat


Aamiin....

Buah Pisang Dalam Al Quran

By On 9:49:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum dan salam sayang di hari yang sangat mulia ini..... Selawat ke atas Nabi dialunkan 


اللهم صل على محمد وآل محمد

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

sumber : DI SINI


Rentetan daripada entry pagi tadi tentang khasiat >>>>> buah pisang <<<<<<< Buah ini juga antara buah yang disebutkan oleh Allah swt dalam Al Quran. Dah lama nak share pasal ni bila baca terjemahan Al- Quran jumpa pasal firman Allah swt ni dalam Al Quran... Sebagai contoh dalam surah  (al-Waaqi’ah [56]: 27-33):


A027
Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?
A028
Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
A029
Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,
A030
Dan naungan yang tetap terbentang,
A031
Dan air yang sentiasa mengalir,
A032
Serta buah-buahan yang banyak,
A033
Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,



Ayat ini Allah swt menceritakan bahawa keberuntungan penghuni syurga dengan kenikmatan yang Allah swt sediakan di dalam syurga dengan banyaknya makanan buahan yang disediakan. Antara buah yang Allah sebutkan ialah buah pisang (pokok pisang) juga terdapat di dalam syurga...

Saya selalu terfikir alangkah hebat bagaimana rupanya syurga itu kan.... Namun, diri ni selalu tak sempurna dengan amal, mampukah melangkah ke syurgaNya. Semoga kita semua berusaha mengawal nafsu dan akal dalam hidup ini.... untuk melangkah ke sana menjadi sebahagian daripada golongan kanan (muqarabin). 

Buah ini mesti istimewa kerana ia adalah antara Alah sebutkan dalam Al Quran selain kurma, tin, zaitun dan sebagainya. Kita ambil yang baik khasiat daripada buah pisang ini dan jadikan amalan kita selain kita amalkan >>>>> kurma <<<<<<< kebaikan kurma >>>>>> dan sebagainaya. 


Thursday, January 12, 2017

Khasiat Pisang Untuk Ibu Mengandung

By On 9:30:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Allhamdulillah... salam sayang....
Pagi ni bila nak masuk ofis, Allah Ya Razzaq memberikan saya pisang melalui hambaNya staf ofis saya.... erm.... menarik pisang ni! Pisang berangan! Memandangkan HB saya juga rendah ia elok diamalkan setiap hari.... 

google image
Pisang ni sebenarnya sangat baik untuk badan kita terutama ibu hamil. Saya selalu tengok pemain badminton makan pisang semasa perlawanan. Teringat masa kat sekolah dulu, saya ambil acara lumba lari... Kawan-kawan duk cakap kalau nak kuat lari makan pisang.... Pisang antara kesukaan saya dan anak-anak juga. Apa yang diperbuat daripada pisang saya suka.

Antara khasiat pisang ialah:

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan

Merujuk kepada tinjauan terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protein yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mood dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS

Lupakan pil-pil hospital makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia

Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi

Buah pisang mengandungi kadar potassium yang tinggi dan garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda

Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap.

Penghadaman

Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan

Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung

Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi

Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk

Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf

Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja

Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser

Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu

Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar.

Seasonal Affective Disorder (SAD)

Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita..

Ketagihan Rokok Dan Tembakau

Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stress

Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok

Mengikut kajian dalam buku The New England Journal of Medicine, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Penyakit Kulit

Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati…

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!

PS : Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

Sumber Asal : Berita Harian

Jom tengok >>>>>> Menu ketika berpantang >>>>>>>>>>>


Wednesday, January 11, 2017

Nasi Kerabu, B-Complex Shaklee dan Iberet Ibu Hamil

By On 1:08:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Dah berapa bulan saya tak makan nasi kerabu... tiba-tiba teringin lak. Kawan ada tanya saya.... saya ada mengidam nak makan apa ke? Masa awal mengandung, 5, 6 minggu dia orang yang pertama tahu pengkhabaran saya mengandung.... Pagi-pagi nak datang uni dia mesti call saya tanya nak makan apa? Saya lak tak tahu nak makan apa!

Gejala Mengidam Ibu Mengandung
Tapi ciri-ciri saya syak saya mengandung, bila period saya lewat 4 hari, saya mula nak makan nasi kerabu..... Akhirnya dapat juga saya makan nasi kerabu di Cameron Highland bulan lapan tahun lalu. Teringat masa mengandung anak sulong saya Kakak Amani, sebelum tahu saya mengandung, saya teringin nak makan goreng pisang.... Jenuh la hati tak keruan, masa dalam perjalanan balik daripada Kota Bharu ke Kedah... Akhirnya dapat juga pisang goreng kat Jeniang masa tu.... Mengandung anak kedua tak rasa sangat nak makan apa-apa.... 

Bila dah masuk 5, 6 bulan ni saya tak ada nak mengidam sangat... Cuma teringin dan terasa nak makan.... lepas tu terus lupa dan tak terasa lagi..... Betul juga kata kawan saya sebenarnya gejala mengidam ni cuma nafsu.... erm.... Allhamdulillah, mengandung kali ni saya tak terikut sangat nafsu makan... Apa yang ada saya makan, cuma susah sikit nak makan tuk kali ni... Kena tengok makanan dahulu... Kalau nak masak pun kena ada rasa teringin dulu... Last tak tahu nak makan apa, saya makan jer nasi dengan ikan masin... Itu sahaja yang terlintas kat fikiran saya masa tu dan yang saya teringin dan lalu nak makan....

Rasa macam memilih juga kali.... 

Nasi Kerabu
Bab nasi kerabu, susah nak cari yang simple dan sedap kat tempat saya.... kalau dulu ada kat pasar malam, ada nasi kerabu yang simple dan sedap.... 

Berat Semasa Mengandung
Tak apa la.... lagi pun mengandung tak boleh naik berat badan melampau... berat badan saya baru sekali dua kali naik mendadak sebanyak 21/1 kg sebulan... Doktor kata itu normal, bila misi lak yang check kata itu terlebih berat... Ada masa dalam 3 minggu berat saya tak naik. Dan kali terakhir saya timbang, kelmarin... dalam masa 2 minggu berat saya naik 0.5 kg.... 

HB Ibu Mengandung
Cuma bila check HB saya turun buat kali kedua iaitu 10.2.... dan lepas tu saya kena ambil darah sekali lagi, misi nak confirmkan hb saya turun disebabkan permakanan saya atau ada penyakit.... Bila ambil darah kali kedua, masuk mesin test blood, HB saya 11.... cukup! memang faktor permakanan.... sebab saya hanya makan Shaklee B-complex yang saya menang GA sis Raihanah, saya stop makan iberet.... Rupanya Shaklee B-compleks tu tak ada ion dalam tu.... Kena ambil satu lagi supplement iaitu Vita Lea dan Vitamin C.... Misi kata continue je makan iberet, kalau shaklee nak produk dia satu-satu.... kalau iberet dah sebiji dan merangkumi semuanya.... erm.... iberet saya dapat percuma daripada Allah Ya Razzaq bagi,,,,, erm.... saya akan continue iberet.... lagi pun saya tak mampu nak beli set shaklee vita lea dan juga vitamin c.....  

Allhamdulillah.... darah semua ok, kesihatan saya ok dan juga baby,,, semoga saya kuat menghadapi hari-hari ini dan akan datang..... untuk semua blogger yang sedang hamil juga boleh amalkan zikir-zikir Asmaul Husna..... 



Tujuh Golongan Yang Dikasihi Allah

By On 9:14:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: Aku takut kepada Allah!, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.( Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Huraian Hadith:

Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu :

a) Pemerintah yang adil: Ini kerana tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan itu adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menantinya di akhirat kelak.

b) Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya : Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika di alam remaja kerana di usia ini  seseorang itu mempunyai peluang yang banyak untuk melakarkan peta kehidupan dimasa hadapannya dengan berlumba mencari ilmu agama dan memperbanyakkan ketaatan kepada Allah. Tambahan pula pada waktu ini ia memiliki badan yang sentiasa sihat, tenaganya kuat, pendengaran dan penglihatannya tajam dan sempurna. Waktu muda juga adalah waktu berbagai-bagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan-rintangan ini dengan mengejar ilmu agama dan beramal ibadat.

c) Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjidSesungguhnya terdapat hadis yang menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah dan diketegorikan sebagai suatu sedekah. Maka apatah lagi bagi orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid dan sentiasa mengunjunginya untuk beribadah, ganjarannya tentulah lebih besar lagi.

d) Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah: Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas-batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan tersebut mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.

e) Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu (berzina) dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!” Ini menunjukkan tentang keimanan dan ketaqwaan yang sebenar telah berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut tentang dosanya.

f) Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya: Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang yang dapat menyembunyikan kebaikan yang dilakukannya melainkan akan terdapat jua perasaan riya' dan ingin menunjuk-nunjuk supaya mendapatkan pujian atau sanjungan dari orang ramai atau sekurang-kurangnya ada orang yang mengetahui kebaikan yang dilakuknnya itu.

g) Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah: Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati tentang kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara-perkara yang melalaikan.

Wallahua’lam




Tuesday, January 10, 2017

BIASISWA FAIR & LOVELY 2017 RM200,000

By On 11:34:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

FAIR & LOVELY – SINARI ASPIRASI 2017


Fair & Lovely menawarkan biasiswa kepada kaum wanita di Malaysia untuk melanjutkan pengajian tinggi dan mencapai impian mereka. Biasiswa yang ditaja oleh Fair & Lovely dan Unilever Malaysia berjumlah RM 200,000.

Setiap wanita mempunyai impian… Fair & Lovely memahami hasrat mereka dan perlunya perancangan yang kukuh untuk menjamin masa hadapan. Intipati jenama Fair & Lovely iaitu ‘Mencipta semula hala tuju kehidupan’ memainkan peranan penting dalam membantu wanita untuk mengenal pasti dan mengembangkan potensi yang dimiliki.

Fair & Lovely memberi inspirasi bagi wanita supaya menjadi lebih berdikari dan kini menawarkan biasiswa di peringkat pengajian tinggi. Biasiswa berjumlah RM200,000* ditawarkan oleh Fair & Lovely bertujuan membantu mahasiswi melanjutkan pengajian dan inilah langkah pertama bagi kaum wanita untuk mencapai impian mereka.

Kepada para mahasiswi di Malaysia, cabar dirimu! Ambil langkah pertama mencapai impianmu sekarang dengan memohon biasiswa di sini.

Para penerima biasiswa akan dihubungi tak lama lagi. Pastikan telefon anda sentiasa tersedia dan selalu menyemak emel anda.

*Jumlah keseluruhan biasiswa yang akan dibahagikan kepada 40 penerima biasiswa.Tertakluk kepada terma dan syarat.
Layari laman web untuk maklumat lanjut https://www.fairandlovely.com.my/fal_biasiswa/
Ikuti Fair & Lovely di Facebook, FB fairandlovelymalaysia untuk mendapatkan maklumat apabila Biasiswa Fair & Lovely dibuka untuk permohonan.

Muat turun aplikasi MYC ! http://bit.ly/a-myc  untuk Android dan http:///bit.ly/i-myc untuk IOS bagi mendapatkan informasi berkenaan biasiswa, peluang pekerjaan dan pertandingan!



Monday, January 9, 2017

Semangat Yang Hilang

By On 10:47:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Allhamdulillah... terima kasih Ya Rabb di atas segalanya rezeki yang melimpah pada hari ini.... Namun, dek masuk tahun baru ni, menguruskan anak-anak sekolah, mood study dah berkurangan.... terasa sangat down dan kepenatan... mungkin juga disebabkan kandungan dah masuk 6 bulan setengah.... >>>> kandungan 5 bulan setengah <<<<< bila tengok kawan seorang demi seorang dah grade rasa nak juga mencapai tahap tersebut dengan cepat.... Namun, saya redha ketentuan Allah dan apa yang saya alami ketika ini.... Saya yakin Allah Ya Baari' yang Maha Mengurus dan Mengatur segalannya perjalanan hidup ini.... 

Yakin pada diri Sheila, you can do it... sikit sahaja lagi nak sampai penamatnya! InsyaaAllah... cuma nak perbetul apa yang salah dan penambahbaik sahaja..... Mohon kekuatan dariMu Ya Rabb.... tiada daya bagi ku melaksanakannya tanpa Mu...

Allhauakhbar....

Ya Allah Ya Fattah, Ya BAsith, Ya Waasi' bukakan mindaku hati ku, seluaskan Mu selapang langit dan lautan Mu, alirkan ilmuMu Ya Alim, Ya Hakim Ya Rashid sederas tsunami dalam otak ini untuk aku menyiapkan kerja-kerja ini sebagai ibadahku! Aku mohon kekuatan daripada Mu Ya Allah Ya Aziz, Ya Qawiy, Ya Matin, keteguhan serta keperkasaan Mu untuk aku menyiapkan tesis ini....  

InsyaaAllah.... all the best Sheila....  



Popular

Follow by Email