Umat Ini Tidak Akan Pernah Berjaya Dan Beruntung....

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Umat Ini Tidak Akan Pernah Berjaya Dan Beruntung/ Allhamdulillah perkongsian Rabu yang diharapkan sedikit sebanyak dapat kita merenung siapa kita. Menyambung ayat di atas sebagaimana....

"Umat Ini Tidak Akan Pernah Berjaya Dan Beruntung Kecuali Dengan Membaca, Merenung Dan Mengamalkan Isi Al Quran"

google image

Tatkala kamu melihat umat ini mulai berpaling daripada Al Quran dan mengambil pengganti selainnya, maka Allah akan menjerumuskan mereka menuju jurang perselisihan dan perpecahan yang berpanjangan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : 

Tidak suatu kaum itu sesat (berpaling) setelah mereka mendapat hidayah (Al Quran) yang diberikan kepada mereka, melainkan mereka akan dijerumuskan menuju jurang perselisihan dan perpecahan [HR Imam at-Tirmidzi]

Umat ini akan hidup dalam kemerosotan nilai dan kehancuran prinsip dan pendidikan, tatkala mereka berpaling daripada Al Quran dan As Sunnah, sehingga majlis dan proses pembelajaran mereka menjadi mandul, tidak ada manfaat dan faedahnya apatah lagi tiada keuntungan di dunia ini dan di akhirat kelak.

Tiada prinsip serta tujuan yang jelas bagi umat ini apabila mereka membelakangi isi kandungan Al Quran dan As Sunnah.

Hati mereka akan menjadi mati, malah juga kehilangan kilauan cahaya yang menerangi hati mereka, serta yang lebih membimbangkan lagi adalah hilangnya kepatuhan dan pengabdian diri kepada Allah SWT. 

Umat ini perlu sedar akan keparahan penyakit umat yang melanda ini. Ia sangat memerlukan kepada panduan kehidupan yang sempurna demi untuk menyelamatkan hidup mereka didunia dan diakhirat. 

Tidak ada yang lain lagi, melainkan hanya kembali kepada ajaran yang terkandung di dalam Al Quran dan As Sunnah, umat ini mampu disihatkan semula. Wallahu'alam.

Perkongsian:
Lajnah Dakwah Dan Tarbiyah
Kompleks Darul Umara'
Kampung Kelip Kelip Kuala Selangor



3 comments:

  1. Betapa Al Quran dan As Sunnah itu tulang belakang dan asas utama kehidupan kita di dunia..

    ReplyDelete
  2. allah, minta jangan tergolong. biar ingat janji dengan allah sebelum turun ke dunia.

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.