Hentian Royal Belum Amanjaya Menggamit Pengunjung Dengan Keindahan Ciptaan Ilahi

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Hentian Royal Belum Menggamit Pengunjung / Malalui lebuh raya timur barat Terengganu, Kelantan ke Perak, Kedah, Pulau Pinang anda akan menjumpai Hentian Roya Belum Amanjaya. Hentian ini menggntikan Jeti awam Tasik Banding yang sebelum ini dan ia telah dikomersialkan. 


Permandangan dari jalan sudah menggamit hati apa yang ada di hentian ini. Dari tahun ke tahun saya melalui jalan ini, melihat pembinaan hentian ini, baru minggu lepas sempat kami berhenti di sini. Sungguh kagum dengan ciptaanNya Ya Khaliq Ya Baari' Ya Mussowwir yang sangat indah dan tenang. 


Menyediakan tempat letak kerata yang banyak dapat memberi ruang kepada pemandu tidak perlu terasak mencari parking dan boleh berhenti rehat.


Di sini menyediakan tempat makan juga tandas. Selain itu terdapat juga bilik rehat di sediakan bagi pengunjung yang mahu merehatkan badan serta bermalam.


Keindahan tasik Banding dapat dilihat dari sudut cafe di atas. Ia sangat mengagumkan saya terana kerdilnya diri dengan kebesaranNya penuh dengan kehijauan serta kicauan burung. Feri disediakan bagi pengunjung yang mahukan bermalam di atas bot. Ia sangat sesuai kepada kaki pancing yang gemar memancing menikmati ikan yang segar seperti spesis kelah, toman baung. Rumah bot 2 tingkat ini boleh dimuatkan dalam 40 orang dalam satu masa.


Pengunjung yang berhenti rehat boleh bergambar di jeti yang disediakan. Disamping menikmati permandangan indah. 


Bot laju disediakan untuk sewaan kepada pengunjung yang ingin menyusuri tasik sambil berswafoto. 




Jika anda melalui jalan ini, jangan lupa singgah di Hentian Royal Belum Amanjaya merehatkan diri sambil menikmati keindahan kehijauan bumi Allah swt. 

Powered by Blogger.