Cuti Hujung Tahun

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Cuti Hujung Tahun / Allhamdulillah. Cuti tahunan yang tinggal 15 hari, saya mabil 8 hari untuk bercuti dan pulang ke kampung. Bermula 5 Dis hingga 16 Dis setelah menyerahkan draf tesis pada 5 Dis yang lalu di USM terus saya pulang ke kampung. Kini masih di kampung dan akan balik Kedah esok hari. Berbaki dua hari cuti ni, syukur dapat merehatkan diri, Terima kasih Ya Rabb memberi kesempatan cuti ini. Dek kesakitan badan yang teruk menyiapkan tesis yang ada sedikit lagi berbaki dengan cuti ini dapat meringankan sedikit sebanyak sakit tersebut. 

google image

Erm.... hari ni habaru dapat membuka latop. Seminggu lebih dah tak buka latop tak tengok tesis. Namakan cuti! terus cuti tesis.... Berbaki 7 hari lagi cuti tahunan saya pada tahun ni. Kalau tak ambil forward pada tahun depan.... Kalau dah masuk keje minggu depan dah tak ada can nak baik baki 7 hari tu.... Apa pun Allah Ya Baari' Dia Yang Maha Menyusun. 

Balik kampung best makan masakan mak.... memang betul-betul bercuti di rumah mak dan ulang alik ke rumah mertua sahaja. Jalan-jalan? hehehe... belum sampai masanya! Berehat di rumah keluarga itu yang penting. Rahatkan badan yang kesakitan, kepenatan!

Allhamdulillahhh....

Plan nak balik Kedah hari ni, namun Allah Yang Maha Menyusun, penyusunan hidup ini kepada hambaNya yang terbaik. Esok juga akan berangkat pulang Kedah. Semoga perjalanan kami dilindungiNya....

InsyaaAllah.... Allhamdulillah...





4 comments:

  1. Selamat bercuti, semoga dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  2. Betul kak...balik kampung..nikmat...nikmat luar biasa...menatap wahah insan yang melahir dan membesarkan kita..Allahu.

    ReplyDelete
  3. Nikmat balik ke kampun dan berjumpa keluarga.. Alhamdulillah.. Semoga semua urusan perjalanan sis dipermudahkan Allah..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.