Printcious.com Design DIY Terbaik

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Princious.com Design DIY Terbaik / Allhamdulillah. Dah lama tertangguh entry ni. Rasanya dah dua minggu cenderamata dari printcious.com tiba di pangkuan saya. Kini baru sempat saya membuat etry ini. Bagi anda yang tercari-cari barang apa yang hendak diberikan kepada sahabat teman tersayang dan sbagainya, printcious menawarkan perkhidmatan istimewa. 

Printcious.com merupakan satu syarikat yang menawarkan cetakan pelbagai cenderamata dengan lakaran anda sendiri. Ia berfungsi di talian. Anda tidak perlu ke kedai dan sebagainya. Apa yang perlu, anda cuma masuk ke laman sesawang www.printcious.com/my dan di situ anda boleh merekacipta rekabentuk anda sendiri di talian. Sangat mudah. Pelbagai rekabentuk yang boleh anda reka dengan meletakkan gambar sendiri. 


Apa itu Print ... Cious?
Printcious adalah permainan di atas perkataan "Percetakan" dan "Berharga" yang mana kata frasa "Print your Precious Gifts". Kami berharap pelanggan kami gembira tidak kira mereka memberikan hadiah tersuai kepada seseorang atau menerima hadiah tersuai daripada seseorang, kerana kami selalu percaya bahawa "Giving with Art is Giving with Heart"!

"Giving with Art is Giving with Heart"!
Dengan tema yang digunakan oleh printcious.com ini dapat meninspirasikan produk kesukaan anda menerusi jiwa dan hati anda seorang pereka. Malah selama ini tidak tersangka dek akal bahawa kita juga seorang pereka yang hebat. Platform yang disediakan oleh laman sesawang ini dapat memberi ruang kreativiti dan inovasi kepada diri kita sebagai seorang pereka yang berkaliber. 

Produk
Antara barang-barang yang disediakan dan boleh ditempah menerusi printcious.com ini adalah seperti t-shirt, mug, cushions, phone cases, ceramic tiles, puzzles, mouse pads, mini tees, baby rompers, coasters, button badges, caps, canvas, bags, key chains, aprons, lanyards, luggage tags, magnets, door hangers dan photo rocks. 

Cara Untuk Merekabentuk Sendiri (DIY)
Untuk mereka bentuk produk sendiri anda boleh mengikuti cara-cara di bawah:

1. Masuk ke laman sesawang www.printcious.com/my



2. Kemudian anda boleh memilih produk apa yang anda mahukan dengan menekan menu "create".

3. Oleh itu, anda boleh mula menaik muatkan foto pilihan anda sendiri 



4. Boleh lah menulis teks apa yang anda mahukan.
5. Bila dah berpuas hati dengan rekaan anda, boleh jula membuat tempahan.
6. Bayaran boleh dibuat menerusi VISA, MASTERCARD, Maybank2u, CIMB Click, Bank Islam, RHB Now, Ambank, Affin Band dan banyak lagi. 

Jangan Disangkal Kredibiliti Printicious.com
Dari aspek pencapaian, printcious.com telah meraih beberapa anugerah di Malaysia. Syarikat  ini juga telah mula diiktiraf oleh blogger dalam talian, MaGIC, Echelon, 1AES, Vulcan Post, e27, dan juga dianugerahkan "public favorite" oleh Anugerah Laman Web Malaysia, SITEC Malaysia Top E-Commerce Merchant Awards dan Anugerah MSC Malaysia APICTA 2016.

Perkhidmatan printcious.com
antara perkhidmatan yangdisediakan oleh printcoius.com adalah seperti menyediakan reka bentuk dalam talian untuk pelanggan untuk menyesuaikan hadiah DIY mereka seperti kaos, cawan, teka-teki, kes telefon, kusyen dan banyak lagi dengan mudah dalam talian untuk majlis-majlis seperti hari lahir, majlis perkahwinan atau acara korporat.

Selain itu juga ia boleh menghasilkan hadiah pesanan secara pukal untuk SME (perusahaan kecil dan sederhana), MNC (Perbadanan Multinasional), organisasi pendidikan, badan amal, dan perniagaan permulaan. 

Sehubungan itu juga, anda boleh menjadi sebahagian daripada pereka  dalam talian untuk printicious.com hanya sign up sebagai member dan designer seperti gambar di bawah. Cuma isi form yang disediakan. Rekabentuk anda akan dijual menerusi laman sesawang ini. Selain itu juga jika anda berminat untuk menjadi peniaga anda boleh juga sign up as ad dealer. 




Bagi tempahan yang telah saya buat adalah seperti berikut:

toge bags

drawstring bgs

cushions

Ada satu lagi barang saya saya pesan itu, supprise, nanti saya akan ceritakan pada entry yang seteresnya. Ok, selamat mereka bentuk cenderamata pilihan sendiri. 


5 comments:

  1. suka pulak tengok toge bag tu. cantik :)

    ReplyDelete
  2. PRINTCIOUS.COM merealisasikan idea yang ingin diterjemah oleh pelanggannya.

    ReplyDelete
  3. makin banyak servis mcm ni. best sebab harga berpatutan

    ReplyDelete
  4. Cenderamata yang sangat menarik kalu guna printcious ni sebab kita sendiri design dan ianya lebih bersifat personal serta pastinya sesuai dengan citarasa kita. :)

    ReplyDelete
  5. macam cantik3 je ..tak pernah order lagi dgn printcious ni.nampak ramai blogger beli ni

    ReplyDelete

Powered by Blogger.