Horror Film ed. by Harry M. Benshoff

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Horror Film ed. by Harry M. Benshoff / Allhamdulillah, minggu ni saya memang kalut skit. Kalut siapkan correction bab tesis saya. Dah ambil cuti hari Isnin lalu tapi dek banjir di Penang tak jadi saya ke sana. Hari Rabu baru sempat ke USM. Boleh sahaja saya nak cancelkan cuti hari Isnin tu tapi bila fikir saya biar kan cuti saja. Lepas hantar anak-anak ke sekolah, saya masuk library. Dah lama tak masuk sana. Alang-alang cuti saya nak privacy di library malas nak masuk ofis saya! Bila masuk library saya tengok sunyi sahaja tak ada pelajar ke? Hanya ada staf yang sedang mengemas buku di rak dan sedang vacume karpet. Saya tegur staf yang sedang menyusun buku, library tutup ke macam sunyi sahaja? "awal lagi ni pelajar belum datang".... Saya memandang jam di handphone! ermmmm belum pukul 9.00 patut la! saya meluru ke rak filem..., sampai sahaja di rak saya terus nampak buku ni.... tahun 2017! terbaharu...


Allhamdulillah.... saya ada request banyak buku dengan penerbit pada library, dan dapat juga akhirnya buku filem seram di library UUM. Seronok rasanya. Syukur sangat! Excited kelmarin balik dari USM, masuk ofis terus baca dan buat note... Nak masukkan dalam tesis ni..... Allhamdulillah.... 


Kandungan buku ni sangat baik. Menepati kajian saya. Banyak yang saya boleh quote daripada buku ini. tentang apa? tentang negative emotion, history, psychology, violent, personality, horror movie in the world and so on.... Bila saya seach kat google pun ada pdf buku horror film ni. Ya Allah, murahnya Ya Rahman Ya Rahim, bagi secara percuma lagi! semoga kita jua memiliki sifat Ar Rahman Ar Rahim ini.... berkongsi apa yang ada secara percuma! 

Minggu lepas kakak Amani dah habis exam. Masa nak exam saya memang duk cari soalan tahun lepas tuk latihan. Dengan kasih sayang Ya Rahman Ya Rahim Ya Karim Ya Razzaq, sahabat saya bagi link soalan. Katanya dia beli password dengan cikgu. Bila balik rumah saya nak print soalan BM tak ada dalam koleksi. Terpaksa saya google dan kebayakan soalan dalam scrib kena beli.... Haish,,, kalau la sikap orang kita seperti orang Barat, bagi free sahaja pdf buku kan seronok.... Banyak dapat pahala. Ilmu pun semua dari Allah, Tiada satu pun milik kita kan.... 

Tak apa la itu bahagian kita semua Allah dah tetapkan, apa yang Allah bagi dan tak kita mesti menadah kesyukuran selalu. InsyaaAllah tenang!

Allhamdulillah.



10 comments:

  1. Replies
    1. mmg menarik tuk research akak buku ni.... buku mengaji je la dpt baca n jurnal yg banyak... tak dan dah nak baca buku2 lain rabia...

      Delete
  2. Usaha kak Sheila untuk menyiapkan dipermudahkan oleh Allah SWT. Syukur alhamdullilah. GV kagum dengan akak-akak atau abang abang yang dah kahwin tetapi mempunyai semangat juang yang sangat tinggi untuk belajar ke tahap tertinggi. Lepas ni bolehlah panggil Dr Sheila. Hihi. Chaiyokkk kak Sheila. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih GV, mula2 mmg terpaksa syarat nak keje kena sambung ngaji... dah terpaksa lama-lama kena puput minat dan suka lalu cinta dgn mengaji ni...

      Delete
  3. kalau cukup duit n masa nak gak buat ijazah sarjana. lagi molek jika ada insentif drp Kem Pendidikan. Skrg gak abe kie gi daftar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaaAllah abam kie,, cikgu senang nak sambung kan...

      Delete
  4. kak sheila peminat cita seram ya.. heeeh.Selamat membaca

    ReplyDelete
  5. Semoga akak sentiasa sukses dalam pembelajaran.. Kak Sheila peminat genre seram yea, samalah dengan saya.. =)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.