Doa Asmaul Husna Untu Pelajar SPM

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Doa Asmaul Husna Untu Pelajar SPM / Allhamdulillah, di sini saya kongsikan doa / bicara hati kepada semua pelajar yang menghadapi peperiksaan terutamanya kepada calon SPM. Doa ni boleh sama-sama dibacakan oleh ibu bapa sepanjang anak-anak kita sedang menghadapi peperiksaan. 



Bicarahati menghadapi peperiksaan SPM

Allahumma Ya Alim Ya Hakim ya Roshid, sesungguhnya Engkaulah yg Maha berilmu, maha Bijaksana dan maha Pintar, kurniakanlah ilmu kebijaksanaan dan kepintaran kpd mereka agar mereka dpt menjawab soalan2 peperiksaan ini dgn cemerlang. 

Allahumma Ya Baari', aturkanlah agendaMu kpd mereka ini agar mereka dpt fokus kpd pelajaran mereka. Ya Mani', cegahlah mereka dari perkara yg sia2 dan dosa kpdMu. 

Allahumma Ya Ba'its, yg maha membakar semangat dan maha memberi motivasi, bakarkan semangat mereka utk terus mengulangkaji pelajaran.

Allahumma Ya Quddus Ya Jalil, bersihkan dan jernihkan hati dan fikiran mereka dari perasaan malas dan sifat suka bertangguh agar mereka dpt gunakan masa utk pelajaran.

Allahumma Ya Aziz ya Qowiy Ya Matin, kurniakan kekuatan kpd jiwa, minda, mata dan jasad mereka dlm mengharungi ujian dan cabaran peperiksaan ini. 

Ya Zohir, nampakkan jawapan dlm fikiran mereka dgn cahaya petunjukMu ya Nuur ya Haadi ya Haqq dan mereka mengambil peperiksaan ini demi berbakti kpd ummah.

Ya Allah redhoi mereka dlm menghadapi peperiksaan ini ya Rahman ya Rahim ya Ro'uf ya Karim dan jadikan kecemerlangan peperiksaan ini membawa mereka lebih hampir kpdMu....



Jom kita tengok antara tips untuk berjaya di SINI
Doa la kepada Nya, setiap doa ibu bapa insyaAllah, Allah akan makburkan.

4 comments:

  1. Amin..moga apa pun dugaannya mereka tidak patah semangat untuk menduduki peperiksaan kan kak....kesian tengok calon-calon...meredah banjir nak ke sekolah..moga Allah lapangkan dan tenangkan hati dan minda mereka di dewan peperiksaan...

    ReplyDelete
  2. Aaamiiin untuk adik2 yang tengah exam SPM.

    ReplyDelete
  3. Tq atas perkongsian. Utk anak exam biasa pun boleh ni

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.