Apa Anda Buat Bila Bayi Anda Jatuh

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Apa Anda Buat Bila Bayi Anda Jatuh / Allahu, minggu lepas dek keaktifan Nur Jannah yang dah mula pandai berdiri, ada sahaja tempat yang dia pegang dan terus bangun. Dek tak terkawalnya saya dengan keaktifannya, pipi dia terkena meja kaca bila nak bangun berdiri. Jenuh juga saya angkatnya bila dia dah mula menangis. 


Minggu ni nampak lah terserlah ayunya pipi lebam setaman... Bila berlaku kes anak-anak jatuh dan sebagainya, apa anda mula-mula buat pada mereka? kena tuamkan pipi mereka dan sebagainya. Masa kecil dulu, mak-mak selalu tuamkan mana-mana anggota badan bila jatuh. Saya lupa nak tuam.... Masa tu cepat sangat terjadi. Bila saya dah tengok dia dah mula jatuh! Saya tak pasti kat mana kena, sama ada kat pipi atau dahi.... Dah 2, 3 hari lepas tu baru nampak berbekas lebam kat pipi Jannah... Ciannya anak mama!

kat meja kaca sebelah tu la dia terhantuk pipi





Anak kecil harus diperhatikan selalu
Mereka semakin membesar dan banyak akal, tak boleh leka. Semoga Allah menjaga mereka selalu. 

Allahumma Ya Hafiz Ya Muhaimin, sesungguhnya Engkau Yang Maha Menjaga dan Memelihara. peliharalah di mana jua anak-anak kami daripada perkara yang tidak mampu kami fikirkan. Jaga dan lingdungilah keselamatan mereka, hari, jiwa roh mereka daripada dunia yang fatomorgana ini.... letaklah mereka sentiasa di bawah lindunganMu.... Aminnn.

Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin
Sesungguhnya kita ini hamba yang lemah tiada daya! Kita tidak mampu fikir perkara baik dan buruk. Sentiasa kita berserah pada Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin.... Yang Maha Menjaga dan Maha Memelihara keselamatan anak-anak kita serta keluarga kita.... Bak kata sahabat doa la selalu dan jangan leka dari doa dan zikir, insyaaAllah ia boleh mengubah segalanya.... Antara masalah kehidupan yang dihadapi dan zikir yang sesuai digunakan boleh rujuk SINI. 


5 comments:

  1. Alahai Jannah, akak yang terasa nyilunya pipi ni. Moga cepat baik lebam tu dan berhatihati ye

    ReplyDelete
  2. kesiannya dia.. tips dari ena bila budak jatuh cepat bg air masak.. kemudian gosok dgn rambut kita.. sapu dgn minyak bebe anugerah. Alhamdulillah ank kalu jatuh n lebam cepat surut.. dah xbengkak lgi.

    ReplyDelete
  3. Semoga cepat sembuh ya kak. InsyaAllah. Aamin.

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.