Wajah Baru Memberi Inspirasi Terus Maju

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Wajah Baru Memberi Inspirasi Terus Maju / Allhamdulillah, dah masuk hari ketiga berwajah baharu. Baru hari ni sempat update. Kelmarin, banyak perkara harus dilaksanakan tak sempat nak membelek blog ni. Terima kasih Sis Awa yang mencetuskan hasil kreativitinya terhadap blog ini. Semoga terus maju jaya dalam bisnesnya. 

Nur Jannah Berwajah Baharu Dengan Gaya Bertudung

Puas hati. 
Erm... syukur, kerana Sis Awa dapat memberi sentuhan menarik. Memandangkan saya ni susah untuk merasa puas hati dengan template blog. Ada saja di mata saya yang tak kena. Kali ini saya rasa puas di mata lega di hati. Senang berurusan dan mudah menerima pandangan. Ye la saya ni kadang kala cerewet juga orangnya.

Harga Berpatutan
Harga yang dikenakan Sis Awa dalam mengedit blog ini sangat berpatutan. Saya belum pernah dikenakan dengan haraga begenini sebelum ini. Sangat teruja dan terkejut. Dengan harga yang ditawarkan insyaaAllah saya yakin akan ramai blogger yang mahu mendapatkan khidmat Sis Awa. So, bagi yang berminat mendapatkan khidmat Sis Awa boleh contactnya,

---->>>Sis Hawa Design<<<----



Inspirasi. 
Semoga wajah baru ini terus berinspirasi untuk saya maju dalam blogging. Saya tahu blog ni tak seberapa pun. Namun, saya yakin dengan wajah baru ini akan terus memberi saya semangat untuk terus maju ke hadapan sebagai blogger part time sahaja. Dek kerja lain yang hasrus diuruskan semoga kerja blogging ini juga dapat membantu saya dalam mendapatkan ilmu baharu dan rezeki sampingan yang halal. Justeru, inspirasi mereka yang berjaya di luar sana juga akan menjadi tonggak kepada saya melangkah dengan lebih maju. Yang penting inspirasi dari sumber utama iaitu al Quran dan As Sunnah serta idola kita semua baginda SAW. InsyaaAllah, itu adalah penguat serta inspirasi sebenar untuk saya maju dalam hidup ini. Tak kira apa jua yang dilaksanakan mahu terus ke persada dunia menggangkat tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepada bahu ini. Walau apa yang dilaksanakan harus fokus dalam satu matlamat dan tujuan utama.


Harapan.
Dengan penamplan wajah baharu ini semoga dapat saya terus mengekalkan momentum blogging dan meningkatkan hasil penulisan saya serta langkah ke arah yang lebih maju. Harus menetapkan matlamat dalam blogging kan. Tak semestinya mahu di takuk lama. Sekurangnya mendapat ilmu yang baharu dalam blogging ni. InsyaaAllah, saya juga berharapan semoga sahabat pembaca, dan blogger di luar sana terus maju jaya meletakkan nama negara di persada dunia.


9 comments:

  1. assalamualaikum. lama aida tak jejak sini.
    hingga dah bewajah baru. kebetulan ari ni hari aida bw.
    suka juga dgn design Awa. simple. ringan mata memandang...
    keep writing and sharing, sheila :)

    ReplyDelete
  2. Cantik..kemas..terbaik..alhamdulillah..sebenarnya template..header yang menarik motivasi kepada pemilik blog itu sendiri..kemudian barulah aura positif itu dirasai rakan blogger yang lain..moga terus success kak..

    ReplyDelete
  3. wahh, cantik dgn wajah blog baru ni :D

    ReplyDelete
  4. cantik blog kak sheila... semoga terus success kak

    ReplyDelete
  5. Glamer juga cik Awa kita nie..

    Servisnya sentiasa mendapat permintaan..

    Cantik la blog INI..

    Sesuai untuk golongan wanita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya biasa-biasa saja tuan.. takde glamour mana pun

      Delete
  6. Terima kasih untuk entry ni akak.. Awa ikut happy bila akak puashati :D

    ReplyDelete

Powered by Blogger.