Tips Sukses Dengan Al Quddus

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah. Hari minggu yang sendu pagi ni. Kakak dan daddy pergi trainning golf. Kat rumah je la saya dengan kak ngah dan baby Jannah. Dah siap baby Jannah makan dia tidur. Biasanya kalau hari minggu macam ni memang susah dia nak tidur sebab dia tahu kakak-kakaknya ada dan saya ada. Tak menyempat la saya nak buka latop. 

Allhamdulillah.... Terdengar dan terus tertengok kat tv "nasi lemak kopi o", bila ustazah cakap penyucian hati dengan nama Allah Asmaul Husna Al Quddus, Yang Maha Suci. Sesuai sangat Jumaat yang berkah ini zikir Allah Ya Quddus. 

Allah Ya Quddus. Biasanya kalau nak seru nama Allah disarankan guna Ya / Allahumma Ya / Allahuyarabbi, dan disambungkan apa-apa nama Allah Asmaulhusna.


Nama Allah Al Quddus ni adalah nama yang keempat selepas al Malik. Bila mentelaah maksud nama ini secara mendalam dalam buku Sulaiman AlKumayi, menunjukan Allah ini adalah penguasa (Al Malik) Yang Maha Suci. Tidak dicemari dengan sebarang kesalahan. Ia berbeza dengan pengusa di kalangan makhluk sama ada presiden, perdana menteri, kaunselor di dunia ini mereka tidak akan terlepas daripada kesalahan. Malah ada yang membuat kerosakan dengan sikap yang kejam. 


Al-Quddus Sebagai Makanan Kehidupan: Bersih Hati dan Fikiran
MAlah dam buku Sulaiman AlKumayi juga menerangkan Al-Quddus juga adalah sebagai makanan kita harian dalam membersihkan hati dan fikiran. Sebagai contoh anda juga boleh mengamalkan zikir ini untuk diet semoga anda tidak terlebih makan. 

Aku tidak tertampung di langit dan bumi, ettapi Aku tertampung di dalam hati hamba-Ku yang beriman." -Hadis Qudsi-

Antara kelebihan zikir dengan Asamul husna boleh baca di SINI. Banyak dah saya lalui, semuanya saya rasa pengalaman tersebut sangat berharga. Sangat hebat aturan Allah Ya Baari' kepada saya dan keluarga. Terkesima, terpegun tak percaya tapi ia benar-benar berlaku.

Gambaran terhadap Al-Quddus
Melalui aktiviti berfikir, setiap manusia mampu menciptakan dalam imaginasinya apa sahaja yang tidak wujud secara nyata. Namun, melalui kemahuan bersungguh-sungguh (himmah), orang yang arif sanggup menghasilkan sesuatu yang berada di luar lokus himmahnya, selama himmahnya itu dipertahankan dengan tidak putus-putus. - Ibnu Arabi

Motivasi Kejayaan Dengan Al Quddus
Dengan ini, kejaya bermula daripada fikiran dan setiap orang bebas memilih sama ada mahu berjaya ataupun tidak. Cukup mudah: pilih mahu berjaya. Pandang diri sebagai orang berjaya dan anda dapat memjadi orang berjaya. PEndapat ini adalah daripada Dr. Robert H. Schuller. 

Schuller mengingatkan lagi kejayaan dan harga diri bukan semata-mata bergantung otak yang cergas, bakat atau akademik yang cemerlang. Ia tidak semestinya bergantung kepada tempat di mana kita berada tetapi berpunca kepada cara kita berfikir. Itu sebabnya pemikir unggul dapat menjadikan orang berjaya walaupun mereka tidak ada bakat. Mereka sanggup melalui keadaan sukar dan tetap berlaya melaluinya. 

Mengapa?

Hal ini disebabkan mereka percaya kepada diri sendiri. Mereka yakin mereka mempunyai hak mendapatkan hidup bahagian dan berjaya sebagaimana orang lain.

Perhatikan!

Dengan hati dan fikiran yang diterangi oleh sifat al Quddus, yakinlah Allah bersama anda dan terus membantu anda pada setiap saat san di mana pun anda berada. Oleh sebab itu, jaga hati dan fikiran supaya sentiasa bersih daripada hal-hal yang tidak disukai Allah.



2 comments:

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.