Taman Rekreasi Tasik Melati Perlis

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Taman Rekreasi Tasik Melati Perlis / Anda mahu bersantai menikmati udara segar dan jalan-jalan di atas titi boleh berkunjung ke Taman Rekreasi Tasik Melati Perlis. Dek jarang keluar bersama keluarga sebegini rupa, alang-alang dah keluar selepas ke Gua Kelam, kami singgah di Taman Rekreasi Tasik Melati Perlis ni.... Ini pun hasil daripada pencarian waze.... hehehe.... di sebabkan tempat makan yang kami nak singgah belum buka lagi, kata orang kat situ pukul 7 baru dibuka, memandangkan jam baru pukul 5 petang, di sinilah kami beristirehat.


Allhamdulillah, surau dan toilet disediakan bagi pengunjung. Dapat tunaikan solat Magrib terus sebelum singgah makan dan pulang. Lega bila dah ditunaikan. Kalau tidak mesti kelam kabut nak balik. Permandangan yang cantik di jambatan tasik melaka ini menggambit rasa kehebatan ciptaan Ilahi Yang Maha Besar. Hebatnya penciptaanNya. Kagum dengan kreativiti Allah Ya Mussowwir. 



Taman Tasik Melati ini terletak di Jalan Santan iaitu lebih kurang 10 km daripada Bandar Kangar. Terdapat dua bahagaian tasik dan jambatan di sini. Pertama permandangan gambar di atas merupakan satu bahagian bumbung jambatan berbentuk kampung dan satu lagi bahagian bumbung jambatan yang berbentuk muncung dan tirus seperti di bawah. Keunikan binaan jambatan ini menyebabkan pengunjung mahu berjalan di atasnya. 

sumber ainordinary photo

Di samping keindahan tasik yang tenang, dikelilingi dengan jambatan simen buatan menggambit satu perasaan tenang dan bersyukur. Ada juga yang memancing bagi memenuhi aktiviti petang disamping ada pengunjung yang bermain lumba kereta kecil, jogging dan sebagainya. Pokon-pokok teratai memenuhi taman tasik ini. Namun, bila datang pada waktu petang ia dah tertutup. Pokok teratai biasanya akan berkembang pada waktu pada dan mengucup menjelang tengahari. 

Jika anda ke Perlis dan mahukan istirehat di petang hari boleh lah singgah di Taman Tasik Melati ini. 


2 comments:

  1. Cantiklah pemandangan ni kak...bersih je..

    ReplyDelete
  2. mcm china punya atap dia buat. mcm pulau dalam cite mann pun ada :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.