Signifikan Demam Nur Jannah Dengan Menderma

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah.... dah dua hari Nur Jannah demam. Kali ni kali kedua dia demam, kali pertama masa umur 3 bulan. Demam malam pulak tu. Kelmarin pagi saya bawa dia check up, doktor kata suhunya 37.6. tak la tinggi dan serius sangat. Habis check up bawa dia ke ofis saya. Bila dah masuk ofis, check up kat PKU husband saya suruh stay je la kat ofis sampai petang saya balik kerja. Tu yang tak hantar dia balik. Malangnya kat bilik ofis saya dia tak mahu tidur. Duk merengek saja..... Nasib baik la kelmarin saya perasan tak ramai kawan-kawan stay kat bilik masing-masing. Kalau tak bila duk kat luar bilik memang akan dengar tangisan dia. Takut nanti mengganggu kerja rakan-rakan. 

walaupun demam tetap aktif

Pagi ni, terpaksa bergegas ke Kangar ada urusan dengan KWSP lak nak claim yuran pengajian saya tuk semester ni. Saya suka ke Kangar daripada Alor Setar. Lebih cepat dan dekat yang penting kurang jam. Apa-apa urusan perbankan pun saya banyak ke Kangar. Allhamdulillah settle. Terima kasih Ya Allah... Ya Baarik Yang Maha Menyusun segalanya.

Tengahari ambil kak ngah balik tadika terus balik tengok Jannah macamana keadaan demamnya. Erm.... masih panas lagi tubuh dia. Bagi makan puri pisang tu. Bagi dia makan ubat, settle kan dia, lepas Zohor balik ofis. Sebelum tu singgah ambil kakak kat sekolahnya. Bawa ke Pusat Islam. 

Baru dapat masuk ofis, buka latop!

Mak-mak risau sangat bila anak-anak sakit. Macaman kerja pun mesti la duk teringat kat anak. Nak tak nak kena terkejar-kejar balik tengok anak. Mulanya hari Sabtu kakak dan kak ngah yang selsema. Then hari Ahad tu berjangkit lak kat baby Jannah sekali dengan demam. 

Bila Nur Jannah serbu ofis mama

Allah Ya Baari' Yang Maha Menyusun Mengatur
Allhamdulillah.... tadi bila di Kangar tadi, ada pemuda sedang pegang kuih siput. Tiga kali saya lalu depan dia, saya menggeleng dan senyum kat dia. Saya bukan tak mahu bagi..... tapi..... ermmmmm

Last, saya kena juga cari alasan untuk bagi juga kat dia. Bila kali ketiga saya nak lalu depan dia, saya nampak ada makcik pula yang jual kerepek duduk berhadapan dengan pemuda tersebut. Saya nampak ada pakcik bagi duit pada pemuda tersebut dan berpaling lak pada makcik yang jual kerepek tu terus bagi ringgit biru.....

Uhhhh.... saya terus lalu depan dia dan senyum masuk dalam kedai beli nasi, saya nak tukar not RM5 tak ada.... tak apa la..... saya keluarkan duit..... saya pergi juga kepada pemuda tersebut beri kepadanya apa yang ada dan ambil kuih siput. 


Lalu, berpaling pula pada makcik tersebut dan beli kerepek suci dalam debu.... Kerepek tu dah habis saya ngapppp masa drive. hehehe..... yeahhhh.... Allhamdulillah.

Orang kata kalau kita sakit perbanyakkan menderma! InsyaaAllah, Allah tolong.... 

Masalah utama saya ni yang mudah kesiankan orang! husband saya selalu marah. Jangan bagi derma kepada  orang yang tak kenal tapi kepala saya ni ada satu benda yang saya fikir tentang Allah Ya Baari'. Tesis saya juga tentang "kepercayaan alam ghaib". Alam ghaib yang saya kaji adalah akidah kita + keimanan kita yang mendasari kepada Rukun Iman yang mana Rukun Iman yang pertama iaitu Beriman kepda Allah. 

Beriman Kepada Allah
maksudnya:
1. mengimani kewujudan Allah swt
2. mengimani rububiah Allah
3. mengimani uluhiah Allah
4. mengimani dan mengenali nama-nama Allah (Asmaul Husna) serta sifat-sifatNya. 

Bila saya didatangkan oleh Allah kepada penjual kerepek dengan menghulur tanpa kata dengan mukanya yang penuh kasihan mahu kita menerimanya dan diharap agar kita dapat memberi dia sedikit rezeki, itu adalah perbuatan Allah Ya Baari' Yang Maha Menyusun kepada kita. Buang benda buruk yang bermain di minda, fikir sahaja yang baik datang dari Allah.... kalau buruk pun ia itu juga perbuatan Allah pada kita dan tidak disia-siakan, kerana setiap baik buruk kejadian yang datang pada kita didatangi dengan kerahmatan Allah swt.

dan tiga kali saya lalu di hadapannya dengan senyum tanpa menghulurkan apa-apa dengan dalam hati saya berdoa semoga langkah saya Allah susunkan untuk saya berkongsikan rezeki kepadanya. Allhamdulillah kali keempat saya dapat melaksanakannya tanda berterima kasih saya kepada Ya Rabb melancarkan segala urusan saya! dan baby Jannah yang sedang demam.

Allhamdulillah


1 comment:

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.