Selepas Lagi-lagi Kek Brownies Pula

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Selepas Lagi-lagi Kek Brownies Pula / Al kisah, selera makan kek yang bertambah, kak ngah ni dia nampak brownies. Cafe belum buka, tunggu la tercegat depan pintu. Ada beberapa staf juga sama menunggu. Kami orang pertama masuk cafe lalu memberi dan diberi salam. Perkara utama bila masuk kak ngah nak aiskrim... Lepas makan aiskrim dia nak brownies pula.... Haduh duh duh duh.... Sabar Sheila!  tak bagi kang duk merengek kat situ. Terpkasa jua bagi... Nasib baik dia makan bihun, ada juga makanan berat dia ambil.


Seronok dapat brownies, nak makan satu katanya, mama satu nak bagi kakak satu.... RM3 brownies ni... saya rasa biasa sahaja.... Dia selalu kalau nak beli apa-apa memang ingat la nak bagi kakak. Sampai masa kedekut yang amat. Tak bagi kakak pun. Kesian kakak tu. Kakak, kalau balik sekolah selalu bawa balik apa-apa kat kak ngah! Sampaikan tak makan nak bagi kak ngah dulu... Kak ngah ni kalau beli makanan dua nak bagi kakak satu, sampai masa dia makan kat dia. Puas saya pujuk suruh simpan kat kakak satu.... Dan ada kala terpaksa, saya beli dan saya sorok punya tak tak mahu bagi kak ngah tahu sebab nak simpan kat kakak. hehehe....

Saya pun heran dari mana la perangai kedekut kak ngah ni.... hehehe..... Berbagi la wahai anak! Agaknya brownies ni baru keluar peti ais dan dia keras skit, dah mungkin juga dah lama.... sebab tu tekstur dia pun agak keras kan... Apa pun Allhamdulillah, Allah bagi rasa pun ok la.... Nak sedap buat sendiri.... atau tempah sahaja daripada yang pakar! 

Membentuk Sikap Anak
Apa pun sikap anak-anak ni senang dibentuk biar masih di rebung. Biarlah kita sebagai ibu bapa mengidolakan baginda Rasul dalam mendidik anak. Semalam nak tidur, sempat bercerita tentang baginda Rasulullah dengan sikap yang pengasih dan penyayang. Saya ceritakan pada kakak dan kak ngah tentang bagaimana Rasulullah saw sayangkan anak-anak kecil dan juga binatang.... Sampai tak larat nak cerita kena sambung lagi malam ni.... 

InsyaaAllah dengan doa ibu tanpa hijab kita doakan anak-anak kita sentiasa dilindungi dan dipelihara daripada perkara buruk di mana sahaja mereka berada yang boleh memberi kesan kepada pembentukan sikap anak-anak kita. 

Brownies Itu Lazat, Anak Itu Indah
Kadangkala anak-anak kecil ni mudah sangat terpengaruh dengan apa yang dia dengar dan tengok! dan.... walaupun brownies itu hitam disebalik hitamnya sedap dan menarik perhatian ramai. Anak kia! Walaupun siapa jua anak kita, biarlah mereka berakhlak mulia seperti baginda Rasulullah saw. 

Allahu....


7 comments:

  1. nanti kak ngah da besar skit, dia dah tak kedekut dah. inshaAllah..
    tp brownies memang sedapkan. :)

    ReplyDelete
  2. thanks sharing story ni SI ...
    anak sulung saya pun kedekut kat adik dia, tapi kat saya dia tak kedekut pula...
    adik pula memang tak kedekut, kalau abang dia minta makanan, selalu dia mmg bagi...
    anak2 ni mmg mcm2 ragam kan, kena bersabar n selalu bagi nasihat ...

    ReplyDelete
  3. Sedap Sgt lah Tu sampai x nak share.. nak minta sikit boleh?

    ReplyDelete
  4. Sedapnya brownies, semanis ungkapan kata-kata indah..

    ReplyDelete
  5. lamanya dah takbuat brownies ni.. sejak mixer rosak.. hukhukhuk.. kak syila..knp berat blog? ke ina punya wifi ni..? ermmm.. harini baru berjaya buka blog kak sheila tau.

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.