Sabar Itu Menguji Keimanan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Sabar Itu Menguji Keimanan / Maha Suci Allah. Mulut boleh la berkata sabar! kalau tak kena kat batang hidung. Bila dah kena batang hidup baru nampak rendah ke tinggi langit tu? Itu lah saya. Bercakap dan memetik papan kekunci ini boleh la meluahkan rasa memberi motivasi untuk bersabar! Padahal diri sendiri juga teruji keimanan apabila diuji dengan kesabaran.

Astagfirullah... Maha Suci Mu Ya Rabb, sesungguhnya hambaMu ini tersangat lemah dagi jahil. Mana mampu diuji, biar seribu kali kesabaran teruji tetap tercalit sekali tidak mampu menghalangnya. Dek kesibukan jalan dengan kereta-kereta di pagi hari, masing-masing mahukan kecepatan untuk menuju ke destinasi masing-masing, kesabaran saya teruji pagi tadi.

Mulut ni selalu duk cakap sabar Sheila, sabar! namun ku tewas juga dengan kesabaran yang satu di pagi hari tadi. Cepat-cepat saya istigfar hinggalah sampai hantar kakak ke sekolah, hantar kak ngah ke tadika dan saya masuk ofis dengan selamat. Allah cuma uji dengan perkara yang kecil sahaja saya tewas kali ni. Dek menahan sabar yang lama berlalu akhirnya kandas jua. Walaupun pagi tadi penuh dengan enagetik di pagi hari dengan sujud tahajud, kesabaran saya belum tentu sampai ke tahap terbaik. 


Itulah saya yang lemah!
Al kisah trafik yang sibuk, saya di hadapan menunggu reda di jalanan untuk melintas. Bila nampak sedikit reda saya masih di situ sebab dikejauhan saya ternampak tiga buah motor yang laju dan motor yang paling hadapan dipandu oleh warga emas dengan membawa mesin rumput untuk mencari rezeki. Saya masih juga di situ, riasau pakcik tak nampak saya walaupun saya besar daripadanya, risau pakcik tak sempat brek jika saya melintasnya. Perkara itu menyebabkan kereta belakang memberi hon yang membuatkan saya diuji kesabaran. Selepas tiga buah motor berlalu terus saya memecut laju. 

Sheila! Sheila! kang dah kena.... kenapa tak sabar sangat? biar la kereta belakang nak hon.... siapa yang tak sabar sebenarnya??? hehehe... tapi memang saya dah kalah dengan kesabaran yang saya pendam selama ini. Allah hanya uji sedikit tau! 

Astagfirullah.... kurniakan pemilik kereta itu kerahmatan Mu. 

Ingat Sheila Sabar Itu Ada Rahmatnya Seperti Yang Telah Dilalui

Keratan surat khabar
Itu berita minggu ni dalam Berita Harian. Saya lupa tarikh dan hari. Apa yang penting isi dalamnya adalah kandungan tentang kesabaran yang boleh memberi motivasi dan panduan buat kita. 

Perbaiki Diri dan Emosi
Dalam petikan akhbar tersebut menceritakan perihal kesabaran empat nabi ulul Azmi iaitu Nabi Nuh a.s, Nabi Isa a.s, Nabi Musa a.s, dan Nabi Muhammad saw. Mereka merupakan nabi yang luar biasa dengan kisah-kisah kehidupan mereka yang mencabar. Namun kesabaran yang tinggi dimiliki oleh Nabi Ulul Azmi ini dapat dicontohi oleh kita semua terutama saya yang kurang sabar ni.... Mereka mampu mengurus rintangan dan halangan dengan emosi yang stabil dalam menghadapi sesuatu situasi. Namun, saya belum tentu sebagitu rupa. Ya, semoga kisah-kisah para nabi dapat memberi panduan dalam hidup saya ini dalam menguruskan emosi semasa berlakunya situasi yang menguji kesabaran saya.Menurut Iman Al Ghazali terdapat 74 kalimah sabar di dalam Al Quran.... Allahu..... banyak tu, tetap juga tidak mampu saya turuti. 

Sabar Menuntut Ilmu

Kesabaran Bukti Kematangan Hati
Allah swt berfirman dalam Surah An Nahl ayat 126-127:
“Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu. Akan tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar. (QS. 16:126) Bersabarlah (hai Muhammad) dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka tipu dayakan. (QS. 16:127)
Dalam ayat ini menyuruh kita bersabar dalam apa jua keadaan. Orang mukmin sememangnya memunyai sifat sabar. Walaupun dalam apa jua situasi pun kesabaran hendak didahulukan. Memang sukar untuk diri saya yang lemah ini. Namun, untuk menjaga emosi dan bukti kematangan hati kita, sabar harus dilakukan dengan ikhlas. Bagi mendapat kesabaran yang tinggi, sentiasalah basahi lidah dengan berzikir. Hati yang berzikir tidak akan mudah melatah. 

Benar! situasi tersebuy yang membuatkan saya hilang sabar disebabkan saya miss zikir. Memang saya akan keluar rumah dan drive dengan zikir, tapi ketika itu hati saya mula lalai kerana mengejar masa dan banyak berfikir. Keadaan tersebut membuatkan saya miss zikir. Kelekaan seketika memberi kesan yang buruk kepada saya. Marah bila kereta belakang hon saya. Itu baru sedikit Allah uji saya, dengan sedikit lekan dan otak mungkin berserabut ketika itu, syaitan mula menguasai minda saya! Jangan jadi seperti saya. Amalkan zikir tanpa henti kalau boleh supaya otak kita tidak dikuasi syaitan. InsyaaAllah dalam apa juga keadaan pun kita akan tenang.

Allahmdulillah...

p/s : Ini adalah kejadian yang berlaku ada saya pagi kelmarin!

1 comment:

  1. allahu. mek pun slalu jgak tk sabar dlm driving. dan lately mek slalu tk sabar dengan ank. allahu, memang slalu je menyirap. mintak allah kurniakan kesabaran yg tinggi untuk mek dan kita semua

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.