Rezeki Allah Siapa Yang Tulis

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah. Terima kasih sahabat yang memebri saya kek marble caremel yang sangat lembut dan sedap ni. Dah la makan lagi kat bilik ofisnya, sia bagi bawa balik lagi. Kak ngah Zara bila balik tadika, suka sangat la pergi bilik sahabat saya ni. Dia tahu bilik sahabat saya tu banyak makanan. Dah tahu sangat anak saya suka makan kek, dia bagi bawa balik. Saya lak order sebiji kek marble caremel ni.


Memang mjrah sangat rezeki mereka yang memberikan,,,, Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima. Tangan saya disusunkan sebagai penerima. Allhamdulillah. InsyaaAllah, motivasi juga kepada kita bila menerima rezeki Allah Ya Razzaq bermakna kita jua disuruh memberikan kembali sebagai berkongsi rezeki. Bukan Kek Marble Caremel ni saya, dia bagi lagi muffin, katanya kirim kat kakak amani....


Sahabat saya yang baru balik dari Mekah pula bagi Air zam zam pada baby Jannah. Minggu lepas Jannah demam. Allhamdulillah, kelmarin dia dah mula ok. Makan, menyusu pun dah ok. Lagi aktif daripada biasa. Mulut pun macam-macam cakap bahasa dia saya tak faham... hehehe.... "bababa,,,mmmamama"..... Hai la Nur Jannah!



Balik dari kerja, malam tu jiran pula bagi roti. Ya Allah murahnya diriMu Ya Rahman Ya Rahim... Murahkan rezeki mereka jua Ya Allah. Kurniakan mereka syurga Mu dan lapangkan hisup mereka. Dek kesempitan ini, Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang sangat kasih dan sayang pada kita.


Namun, jagan salah sangka rezeki bukan sahaja wang ringkit, makanan dan sebagainya. Kesihatan juga rezeki paling berharga. Yang utama paling berharga, berlian, intan, emas.... ialahlah rezeki mengenal Allah... Allahu.... Subhanallah. 

Rezeki Mengenal Allah
Walau apa keadaan yang Allah takdirkan ke atas kita, rezeki ini biasanya Allah datangkan ketika kita sedih, susah ditimpa pelbagai masalah dan ujian hidup! Sangat hebatlah seseorang itu jika Allah susunkan mereka mengenalNya. Bukan kita semua tak kenal Allah, bukan itu maksud saya. Namun, mengenal Allah yang saya maksudkan di sini adalah. meletakkan Allah di dalam hati melebihi segalanya. Takkan tercabut tertanggal di terlekat di hati seeratnya. Sentiasa rindukan Allah, rasa cinta melebihi segalanya yang ada di hadapan kita walhal keluarga kita serta harta dunia dan keseronokan dunia. 

Susah tau! nak buat semua tu. Sering kali hati sentiasa terdetik nak itu dan nak ini. Nak pergi sana nak pergi sini. Namun, tak pernah hati ni terdetik nak cari cinta Allah. Nak hidup sebagaimana jalan baginda saw. Mengahmbakan diri dan menolong orang susah. Miskin dan sebagainya. Siapa nak hidup miskin macam Rasulullah?? Dah tentu-tentu zaman ini orang akan kata gila dan sebagainya. Sebab tu susah nak buang lagi dunia di dalam hati. Nafsu maih menguasai. 

Semoga kita menjaga hati dan hisup diatas jalanNya.... InsyaaAllah bahagia menanti ketenangan dijiwa yang tidak mampu di bayar dan dibeli! Jadikan inspirasi Al Quddus mengejar kejayaan dunia akhirat!


8 comments:

  1. Alhamdulillah..rezeki kan Kak,,mesti kita syukuri..hari ini kita terima..esok orang lain terima pula daripada kita in syaa Allah..semua Allah dah susun..luar jangka dan sebenarnya luar biasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allhamdulillah... a aa kan PC, allah susun yang terbaik tuk kita

      Delete
  2. sama la..saya duk kat rumah ni tiba-tiba jiran datang bawak makanan..macam tau je orang tengah lapar..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus la... Allhamdulillah. rezeki jgn ditolakkan... hehe

      Delete
  3. Alhamdulillah...murah rezeki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga allah murahkan rezeki kita semua dlm semua hal. InsyaaAllah

      Delete
  4. Alhamdulilah rezeki kak sheila... betul rezeki ni banyak..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah...
    rezeki tak pernah salah alamat :)

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.