Program Pengenalan Penghayatan Asmaulhusna untuk Pelajar

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Program Pengenalan Penghayatan Asmaulhusna untuk Pelajar / Allhamdulillah, kelmarin sempat menghadiri program Program Pengenalan Penghayatan Asmaulhusna untuk Pelajar kepada pelajar yang baru habis PT3. Program ini adalah untuk berkongsi tujuan utama mengapa belajar. Untuk apa anak-anak kita belajar? Dengan pengenalan utama iaitu:

1. Siapa kita
2. Untuk apa kita dilahirkan
3. Apa tugas kita di muka bumi


Sebahagian besar anak-anak hanya tahu belajar untuk mencapai kejayaan cemerlang. Ke mana arah tuju yang sebenarnya akan dibawa selepas habis belajar? yang masih ketinggalan daripada pemikiran dangkal kita sebagai ibu bapa, belajar untu kecemerlangan di dunia! Namun masih ketinggalan tujuan utama sistem pendidikan untuk mencapai syurga. 


Adakah kecermerlangan akademik mampu membawa ke syurga jika anak-anak kita masih tidak kenal siapa Al Khaliq? Allah Al Khaliq Yang Maha Pencipta! Pencipta alam buana, malaikat, jin, syaitan, manusia dan juga haiwan. Saya selalu dihumbani dengan masalah ibu bapa yang risau akan anak-nak tidak tahu membaca dan tidak pandai berbahasa Inggeris. Kadang-kala ibu bapa lebih risaukan akademik anak-anak, risau gagal dalam peperiksaan, gagal masuk universiti, nanti nak jadi apa daripada mengenal Allah swt. Adakah itu yang kita nak sebagai ibu bapa. Dengan kecangihan teknologi kemajuan sana sini seakan tidak seimbang perkembangan tersebut dengan perkembangan rohani. 

Dengan namaNya Asamul Husna sebagai mana cantiknya Rukun Iman yang pertama yang mesti diimani oleh kita sebagai Muslim iaitu "beriman kepada Allah", tidak dirisaukan. Bagaimana nak beriman dengan Allah sedangan kita belum mengenali siapa itu Al Khaliq berbanding artis korea yang dibanggakan. Malah kita sendiri pun tidak mengingati apa itu Asmaul Husna Allah inikan lagi mahu mengimaniNya.... Allahu, namun Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang pintu taubat sentiasa terbuka selagi belum sampai hari kiamat!

InsyaaAllah,,,, sedikit demi sedikit mampu kita mengatasinya dan belajar serta mendidik anak-anak kita ke jalan yang diredhaiNya.... Allhamdulillah... 


5 comments:

  1. Saya lebih suka Anak mwngenal akhlak dan menghayati agama secara tuntas..

    Kejayaan Dunia boleh tercapai sekiranya takwa dan iman terpelihara.

    ReplyDelete
  2. Menyemai benih cinta PENCIPTA sedari rebung...

    ReplyDelete
  3. memang bagus program macam ni. daripada dieorang main2 lepas PT3, ada prgm ni dapat jugak ilmu

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...
    bagus program² sebegini..

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.