Pandang-pandang Intai-intai

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Subhanallah
Allhamdulillah
Lailahaillah
Allahuakhbar

Sungguh indah bila dilafazkan, meriah pahala membasahi buku catatan amal kanan kita. Namun, sukar dimegertikan,,,, sukar dimengertikan bila kita sentiasa mengungkit dalam membuat kebaikan. Sebagai contoh, "bila lagi nak dapat rezeki ni, sedangkan aku dah solat wajib, solat sunat, puasa, zikir dan sebagainya?" Itu yang sering hati rungutkan, "bila rezeki nak sampai, bila rezeki nak datang ni?". 


Melihat Orang Lain
Yang sering dilihat, sedar atau tidak sering diletakkan sebagai pertama-tama sekali dalam hidup ini. Dengan alasan "aku mesti berjaya, aku mesti ada kaya, kalau orang lain mampu aku pun boleh". Berpagi-pagi sudah mengeguk facebook idola itu dan ini orang yang menjadi kebanggakan dunia dan harapan untuk menjadi sebagaimana mereka itu!

Tidakkah kita sedar bahawa, perkara pertama sekali bila celik je mata ini, harus melihat kalamNya yang Agung, tapi alangkah daifnya kita kerana tak mampu berbuat sedemikian malah lagi mampu membelek IG, wasup dan FB. Harus refleksi diri!

Jangan melihat orang sebelah menyebelah menyebabkan nafsu akan tertewas. Orang ada ini, kita nak ini, orang ada itu kita nak kita. Biar sedar dalam diri biar bendingkan diri dengan penghulu kita. Ikut apa yang penghulu ajar! Tidak akan puas diri jika sentiasa melihat apa yang orang ada. Nak kejer kepuasan hati tidak akan terkejar dan tidak akan dapat memuaskan nafsu. Nafsu akan berkata mahu yang lebih. Lebih daripada semua oarang. Adakah itu yang kita impikan? Adakah itu akan memberi ketenangan dalam hidup ni?

Natijahnya itulah yang sentiasa ada dalam benak fikir manusia yang dhaif dan lemah. Lemah dengan nafsu. Sentiasa melihat orang lain. Tak salah melihat orang lain untuk berjaya dan untuk memotivasikan diri ke jalan Allah. Namun harus beringat melihat orang lain untuk dunia, kelak tak terpuas rasa, susah mencari ketenangan. 

Hiduplah seadanya dengan wasatiah mengikut as sunnah. Bahagia sebenar bukannya harta bahagian sebenar adalah ketenangan. Namun ketenangan nafsu sukar dicapai. Hendaklah dekat dengan Ilahi. Hendaklah berpaksikan Ya Nur Ya Haadi Ya Haq. InsyaaAllah akan tercapai ketenangan itu. Jangan mudah melihat lebih nya orang daripada kita!

Melihat Allah dan Rasul
Namun, persolannya mampukan kita melihat Allah yang ghaib dan Rasulullah yang hanya dengan cerita sahaja berbanding dengan idola manusia yang terpapar di hadapan kita? Tepuk dada tanya iman mana yang penting idola manusia atau Allah dan Rasul.

Bukan bermakna tidak membenarkan mengidolakan mereka, namun khilafnya di sini kadang-kala tertaksub dan terikut. 


Allahu... sekadar ingatan buat diri sendiri yang lemak. 


5 comments:

  1. Terima kasih pengkongsian ni kak sheila

    ReplyDelete
  2. Terima kasih di atas perkongsian ini...

    ReplyDelete
  3. MashaAllah, nasihat yang baik. Terima kasih kerana sentiasa memberi tazkirah. Manusia itu mudah lupa

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.