Marble Cake Ceramel

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Marble Cake Caramel / Allhamdulillah... Minggu lepas saya dapat kek marble ni. Kali ni bukan dapat sahabat atau jiran bagi, tapi dapat dari order. Anak-anak tak puas makan kek lagi. Saya order kat sahabat satu bekas.


Seronok tengok warna-warna macam ni. Cantik. Ceramel dia pun sedap tak bau. Kek pun gebu sahaja. Satu bekas 8 inci RM23. Baby Jananh pun makan... saya lenyek jadi hancur, dia makan. Dengan muka seronok,,, hehehe... suka la kot! masa mengandung kat dia dulu saya tak mampu nak makan apa yang diinginkan! 


Bawa balik rumah petang, esok pagi terus habis. Tak dan la nak simpan lama. Biarla mereka makan. Dah lama sangat tak merasa kek tu, anak-anak saya. Ye la rezeki Allah kan. Terharu sangat dengan kasih sayangNya. Terharu mengenangkan kitaran hidup saya ni. Ada di atas ada di bawah semua daripada susunanNya yang Maha Bijaksana. Menyusun setiap kehidupan kita kan. 

Seperti cantiknya lapisan kek ini seperti itu la cantiknya kehidupan kita. Allhamdulillah, terima kasih Ya Rabb. Mungkin ini tak seberapa bagi anda yang berkemampuan, tapi ini cukup bermakna bagi setiap apa yang Allah berikan kepada kami sekeluarga! 

Bagaimana nak buat brownies sadap boleh share!

Sekian

1 comment:

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.