Lagi-lagi Kek

 بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Lagi-lagi Kek / Ya Allah sejak dua minggu ni saya asyik makan kek. Saya pun tak tahu kenapa? Mungkinkah sebab tahun lepas saya langsung tak berkesempatan tuk beli dan makan kek kali ni sejak hari lahir kakak dan kak ngah saya terus nak makan kek. Terkedu juga saya bila teringat hidup kami yang sangat sederhana ini, dan kini Allah kirimkan kek yang banyak pada saya. Walaupun satu slice itu dah cukup banyak dapat saya merasa. 

Jom Intai Marble Caramel Cake Yang Sedap

Tempat saya cari kek, biasalah di UUM ni semua ada! Fasiliti tempat makan banyak pilihan namun ada kala saya jemu tak tahu nak makan apa. Pizza Hut pun ada kat UUM ni. Dek tak tahu nak makan apa, kek jua yang saya teringin. Tengahari Ahad baru ni lepas saya ambil kak ngah ke tadikan mula la mencari tempat nak makan tengahari. Saya terus ajak kak ngah pergi kedai kek di Varsity Mall. Kali ni saya masuk dan tengok, ini kek baru. Terus saya minta satu slice bluebeery cake.


Kami share sesama, saya dan kak ngah! RM7 satu slice. Boleh tahan la rasanya sebab masih baru dan teksturnya pun masih lembut. 

Cheese Cake di Manager Coffee UUM

Cerita malam hari kat rumah pula jiran datang bagi kek dan bihun, saya tanya husband apa ni? Dia kata jiran bagi. Bila saya buka 2 polisterin kek dan dua polisterin bihun.... Ya Allah, sangat pemurah lagi mengasihani Ar Rahman, Ar Rahim kita.


Husnbad saya kata mungkin hari jadi anak dia kot. Dia siap suruh bagi kat jiran sebelah rumah saya. Rumah jiran tu jauh la sikit dari rumah kami, lorong lain-lain. Allhamdulillah. Terima kasih. Ye la, kami ni perantauan, saya lak tahu pergi kerja balik kerja saja. Kalau dah masuk rumah memang tak keluar kat luar rumah sapu sampah pun tidak. hehehe....

Husband saya la yang ramai kenal orang. Semua orang dia kenal. Yang herannya dari budak-budak sekolah rendah sampai orang tua pun kenal. Kat taman tu dia ramai geng. Ada geng longkang, geng lorong, geng surau, geng pot lepak, geng fasa 1, geng badminton taman, macam-macam geng.... Memang la saya pening banyak sangat geng dia. Tapi saya tak kisah la, sebab duduk di perantauan ni, jiran la yang boleh bantu sikit sebanyak apa yang tersusah. Lampu rumah rosak ke, paip air tersumbat ke, nak pinjam apa-apa jiran juga jadi mangsa tempat meminjam... 

Doa saya semoga jiran-jiran saya kiri kanan depan belakang satu taman sentiasa dilindungi Allah dan dirahmati serta dimurahkan rezeki. 

Habis pasal kek tak pasal-pasal masuk pasal jiran! Apa pun syukur Ya Allah Ya Razzaq Yang Maha Memberi Rezeki.


5 comments:

  1. tertiba nak makan gak la.... kna g cari ni

    ReplyDelete
  2. alhmdulillah. mek ni duk teringin nk mkn brownies, dapat makn. balik rumah nk mkn lg. hahaha. nmpk gaya kena buat sendiri ni

    ReplyDelete
  3. sedapnya kek! saya pun penggemar kek. dah bertangguh nak beli kek utk anniversary ni tau. haha

    ReplyDelete
  4. Ahhh tengok gambar ni saya terus craving nak makan kek pulak. hahaha

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.