Kurang Makan Nasi Cepat Menurunkan Berat Badan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Kurang Makan Nasi Cepat Menurunkan Berat Badan / Sememangnya sangat sangat pasti dengan kenyataan ini "kurang makan nasi cepat menurunkan berat badan". Minggu lepas saya, sukar nak makan nasi pada tengahari. Balik kerja sampai rumah petang hari, baru tergedik-gedil lapar. Ahad lalu saya terpaksa paksa diri sendiri makan nasi. Bila balik rumah saya dah tak makan. Ini tak bermakna berat saya cepat turun dek saya setiap hari minum air manis. 


Diet
Ini pengalaman saya turun 10 kg dalam masa 27 hari di SINI. Saya lakukan sebelum saya mengandung tahun lepas. Bulan September tahun lepas saya disahkan mengandung anak ketiga kepada Nur Jannah. Tapi betul bagai dikata memang kurangkan karbohidrat, bukan nasi sahaja ye! dan langsung tak ambil minuman manis akan cepat menurunkan berat badan kita! Bila mengandung berat saya daripada 51kg menaik sehingga 65kg.---->>>Diet Dapat Mengurangkan Migrain<<<-----

Kenapa Dapat Mengurangkan Migrain?
Secara rohaniahnya, bila makan berlebihan tubuh kita akan rasa malas dan lemah. Mulalah mata menjadi kuyu kalau disarungkan bantal mahu sahaja bak lena diulit intan. ini adalah kerana syaitan telah masuk ke liang-liang urat saraf kita, dan mula menguasai organ, sel DNA kita. Bila syaitan dah menguasi sel DNA, urat saraf kita, kita akan mula merasa lemah dan sebagainya. Sebab itu juga baginda Rasulullah SAW mendidik kita supaya "makan sebelem lapar, berhenti sebelum kenyang". Pepatah ini memang duk ada dalam benak fikir kita, tapi tak juga kita praktikkan. Ye la kan nafsu membara bila tengok makanan sedap lagi lazat ni. Nak-nak saya ni lately memang suka makan kek. 

Boleh juga cuba tips di bawah ini


Berpantang
Allhamdulillah, saya berpantang dengan jayanya. Walaupun saya tak betul-betul pantang ye, maksudnya dua minggu saya dah makan kuah berlemak, ayam dan sebaginya. Tapi makanan sejuk terus saya pantang. Dan kini saya masih pantang ais dan laksa. Hari 47 saya berpantang, berat saya turun kepada 54kg. Apa dan bagaimana saya buat boleh tengok SINI. Kali terakhir berat saya selepas pantang mencecah kepada 50kg dengan turun sebanyak 15kg.

Mesti Seimbang Karbo dan Manis
Allhamdulillah, kini berat saya meningkat selepas raya puasa dan raya haji sebanyak 4kg dengan 54kg. Selepas hari raya puasa, semua staf di universiti ini diwajibkan memeriksa tahap BMI. Syukur  masa tu berat saya 53kg dan BMI pun normal dan kini terlebih sekilo dek manis yang selalu saya ambil, walaupun nasi saya kurang.

Matlamat
Tetapkan matlamat anda untuk kurus serta sihat. Bukan kurus untuk cantik tapi kurus untuk sihat. Niat adalah penting tau. Ada juga yang simpan matlamat nak kurus untuk nampak lebih ramping boleh bakai kebaya... hehehe.... apa pun matlamat bergantung kepada niat! Yang penting niat itu harus bersandarkan kepada Iman. InsyaaAllah anda akan dapat mencapai matlamat tersebut.  
 



5 comments:

  1. Turunkan berat badan untuk sihat..untuk berasa lebih selesa ketika beribadah..

    ReplyDelete
  2. tq kak sheila kongsi tip dalam proses nak turun kan berat badan ni

    ReplyDelete
  3. MKN UTK KESIHATANXYAH TERLALU FIKIR NK KURUS JE

    ReplyDelete
  4. gee boleh tinggal nasi tapi air manis tak mampuuu!!huwaaa

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.