HASRULHASSAN.COM Segmen Bloglist Akhir Tahun 2017

 بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah... jom join bliglist akhir tahun 2017 ajuran blogger femes Hasrul Hassan dot com. Saya bukan sesiapa dalam blogging ni. Mula kenal dengan blog sejak 2007, masa tu saya mula kenal sahabat dari media sosial juga sehinggalah wujud adanya muka buka, dah sahabat virtual yang mula kenalkan saya dengan dunia blog pun sudah berlalu.... dan tahun 2008 kalau tak silap saya ada mengajar subjek media interaktif. Sebagai tugasan pelajar dikehendaki membuat blog. Tahun 2011 saya buat blog baharu dan tutup akaun lama di atas sebab lupa password dan sebaginya. Mula gula domain sendiri sejak 4 tahun yang lepas.

Saya tak bagus dalam blogging dan susah nak bagi komitmen 100 peratus, ada masa terluang saya akan guna kan platform ini sebagai pencahayaan dan pembungaan dalam hidup saya. Page view saya belum cecah 400k tau walaupun dari tahun 2011.... Walau bagaimanapun, saya bersyukur beberapa bulan ni alexa ranking saya daripada 5 juta lebih mendaki kepada 2 juta lebih dengan publish entry setiap hari.

Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM

Saya cuma mahu kongsikan tentang inspirasi saya dan kalian serta dunia kepada semua, terutama dalam cara hidup dengan menggunakan zikir dan amalan Asmaul Husna. Tak kira dalam apa jua yang kita laksanakan dan lakukan inyaaAllah ketenangan yang diberi kebahagiaan yang dicari. 

Perkongsian personal yang tak seberapa ini moga-moga ada yang sudi membacanya. Saya akan terus blogging walau apa jua keadaan dan situasi dan sesibuk mana pun saya sebagai ibu, pekerja kepada majikan, pelajar sepenuh masa yang belum menamatkan pengajian ini. Sebenarnya blogging ini adalah platform saya melepaskan tekanan daripada pengajian saya.

Dari belum bermulanya pengajian susah, pahit maung untuk saya menyambung pengajian sehinggalah kini sedang mengharunginya.... di sini lah saya melepaskan lelah pahit maung. Dengan adanya jalan ini memberi sedikit rasa lapang dan ruang dari memikirkan tekanan pengajian saya. Allhamdulillah, dengan pengajian ini juga saya menjumpai sesuatu yang berharga. Saya syukur! 

Syukur blogging daripada nothing to something yang saya tahu tentang dunia blogging, dari tak tahu tentang alexa ranking dan adsense saya mula mengenalnya sedikit demi sedikit. Terima kasih jua bloh Hasrul Hassan juga banyak menjadi rujukan saya tentang adsense dan sebagainya. Di sini saya mula mengenali blog Hasrul Hassan sebagai sifu dalam memberi tips blogging dan sebagainya. Ye la kan dari zero sikit sebanyak mahu juga untuk serius dalam blogging ni. Blog HH banyak memberi saya rujukan apa yang saya cari. Kat Malaysia ni tak ramai blogging yang femes dan mahir tentang ilmu blogging.

Semoga blogging ini dapat meraih satu pulangan yang baik dan dapat menapakkan saya di satu tahap yang cemerlang dalam penyertaan segmen HASRULHASSAN.COM Segmen Bloglist Akhir Tahun 2017. Harapan untuk menjadikan blog ini sebagai site income dalam apa jua yang saya ceburi dalam blogging ini.

InsyaaAllah... Allhamdulillah.


4 comments:

  1. Singgah dari segmen yang sama . Moga sama-sama ada luck untuk menang

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, seronok dgr apa yang sy kongsi di blog dapat dimanfaatkan orang lain. Terima kasih kerana sudi join segmen saya anjurkan.

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.