Hari Sukan Negara 2017

 بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Hari Sukan Negara 2017 / Allhamdulillah.... tiba kembali hari sukan negara 2017. Di peringkat UUM akan diadakan pada hari Ahad depan 15 Oktober 2017 yang akan berlangsung di Pusat Sukan UUM. Aktiviti utama hari sukan negara UUM sudah tentu lah senamrobik. Ini aktiviti yang biasa kita sertai. 

Bola Sepak
Selain itu terdapat juga aktiviti lain seperti pertandingan bola sepak di antara staf akademik dengan staf pentadbiran. Aktiviti sebegini dapat mengeratkan lagi jalinan silaturahim antara staf pentadbiran dan akademik yang masing-masing sentiasa kesibukan dengan tanggungjawab. Oleh itu dengan adanya aktiviti sebegini dapat meringankan beban kerja harian dan hilangkan tekanan.

Futsal dan Aktiviti Bebas
Ada juga acara futsal memenuhi aktiviti sukan negara 2017 kali ini. Futsal ni terbuka kepada para pelajar. Manakala selebihnya aktiviti bebas. Aktiviti bebas ni, pusat sukan menyediakan secara terbuka gym untuk semua pengguna. Kalau hari biasa, kegunaan gym sangat limited kepada ahli pusat sukan sahaja berbanding badminton, tenis, bola jaring dan renang. Oleh itu, pada hari berkenaan semua pengguna dapat menikmati kemudahan lain di pusat sukan secara bebas.


Aerobik
Esok juga akan diadakan acara awa aerobik pada pukul 8.30 pagi... Erm... InsyaaAllah berkesempatan saya boleh join ni... 

Minggu ni baru sekali saya jogging hari Ahad lalu. Hari ni pun tak sempat nak pergi jogging, ada kerja dan dateline. Ini salah satu kekangan staf akademik. Bukan saya sahaja malah rakan-rakan seangkatan saya juga susah untuk memberi komitmen dalam sukan. 

Hari sukan Negara 2016

Sejarah Hari Sukan Negara (HSN)
Hari sukan Negara telah diisytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober pada setiap tahun. Ia adalah merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan yang mana merupakan satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang menjenamakan sebagai "Negara Bersukan" atau Sporting Nation

Objektif Perlaksanaan HSN
  • menerapkan budaya sukan dikalangan rakyat
  • memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat
  • pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan
  • meningkatkan pengetahuan sukan dikalangan rakyat
  • mengiktiraf rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti membangunkan sukan diperingkat akar umbi.
Bagi anda di Selangor dan di negeri sekitanrnya berminat untuk menyertai Hari sukan Negara peringkat Negara pada hari Sabtu, 14 Oktober 2017 ini boleh daftar sebagai peserta secara percuma di SINI.

Bersama kita jayakan aktiviti dan hilangkan rasa tekanan harian dengan mengambil bahagian dan menyertai hari sukan negara. Bawalah keluarga dan anak-anak kerana minggu ini adalah minggu terakhir sekolah dan cuti Deepavali. 

Sekian,


5 comments:

  1. bestnya. mek lame dah tk join hari sukan cam ni. tp bile hari sukan cam ni mek join senamrobik je. yg lain tlg support kawan tepi padang :)

    ReplyDelete
  2. Nice template.. baju baru ye... moga lebih bersemangat lepas ni... bagus Hari Sukan Negara... menggalakkan rakyat lebih sihat....

    ReplyDelete
  3. suka kegemaran gee erobik tu tapi apakan daya kekangan masa..erobik kat rumah je ler jawabnya..haha

    ReplyDelete
  4. Sabtu ni Kan. Syafi pun kena g sekolah

    ReplyDelete
  5. Terima kasih Puan tolong promosikan Hari Sukan Negara Peringkat UUM 2017 untuk Ahad ini 15 Oktober 2017. Jom turun ramai-ramai. Staf-staf boleh bawak family sekali join. Open to All. Sama-sama kita bersukan. Terima kasih sekali dari saya mewakili Pusat Sukan UUM selaku penganjur utama.

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.