Goodies Bag Tuk Kawan Tadika Kak Ngah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah, dapat sediakan goodies bag pada kawan-kawan tadika kak ngah. Kak ngah ni citer kat kawan dia hari Khamis lalu, "esok hari jadi dia". Pok pek pok pok kata cikgi... Esok maknanya hari Jumaat. Jumaat cuti. So, hari ni la saya sediakan goodies bag.

Kali ni saya bagi kuih muih, buah pisang, tamtam dan mineral water sahaja. Kesian anak-anak mereka tahukan hari lahir anak kita! Budak-budak ni suka bersembang, apa pun kena prepare apa-apa kat mereka.


Saya tak mampu nak prepare banyak pada mereka hanya ini yang termampu dapat saya sediakan. Harap-harap anak-anak semua suka. Tadi bila saya hantar mereka salam dan ucap terima kasih dan nyanyikan lagu hari lahir tuk kak ngah! Tak mampu saya nak sediakan kek kepada mereka sumua. Kek kali ni semua beli 1 slice sahaja! Secret Recepi dan Manager Coffee Cake.


Ini yang terbaik dan termampu. Allhamdulillah. Terima kasih Ya Rabb murahkan rezeki ini. Semua dariNya. Sedikit pun tiada dari kita kan.... Saya beli pisang RM5 bagi satu kilo. Pisang pun mahal kan. Beruntung berbudi pada tanah.

Mereka Anak Syurga, Anak Mereka Anak Kita Jua
Anak-anak tadika, seperti anak-anak ita semua. Sama juga dengan anak yatim dan sebagainya. Harus sematkan dalam hati nilai kasih sayang dan jauhkan sifat diskriminasi dalam diri kita. Mereka semua anak syurga! Seharusnya tanamkan nilai kasih sayang kepada mereka. 

Tak sama dengan anak-anak di sekolah rendah. Bila saya perhatikan, dah masuk sekolah rendah cikgu mula garang. Tak disalahkan kepada cikgu. Dari kita sekolah lagi cikgu sangat garang dan kita sangat takut dengan cikgu! Apa pun jadi orang kita ni sebab cikgu juga yang menggarangkan dengan kita.... hahaha.... apa punya ayat. 

Tiada Goodies Bag Masa Kecil
Masa kecil dulu tak ada goodies bag ni. Dan saya tak pernah sambut hari lahir. Mak ayah saya tak ingat pun hari lahir saya! Saya tak dibesarkan dengan sambutan hari lahir. Allhamdulillah.... saya sangat bertuah kerana tidak pernah menyambut hari lahir. Bila masuk universiti baharu ada senior celebrate hari lahir saya. Terharu sebab mereka ingat. Hadiah Hari Lahir Teristimewa! yang saya tak kan lupakan.

Apa pun dan siapa pun kita, anak-anak kita! kita sama sahaja. Sama sebab kita semua tanah! Rasulullah saw, contoh terbaik dalam mengasihi dan menyayangi anak-anak kecil. Semoga anak-anak semua menjadi hamba Allah yang sejati, anak soleh lagi bertawalkal serta khalifah Allah dengan menyambung perjuangan Ar Rasul SAW.....

Goodies bag atau tidak itu cuma rezeki yang dipinjamkan. Jangan biasa dengan "apa orang cakap", biasakan dengan "apa Allah cakap". Ikut kemampuan diri, jauhkan persaan ujud dan raya'... sebab semua ini datang dari Allah.....

Insyaallah....Allhamdulillah....


9 comments:

  1. Dapat yg ni best dah. Mengenyangkan pulak tu.

    Zaman dulu2 kita xde sambut dengan kawan2 sklh kan. Bila da besar msuk U baru lah. Tu pun smbut dgn roomate je.huhu

    ReplyDelete
  2. Pisang tu paling best. Sangat bagus utk kesihatan.
    Selamat hari lahir kakngah. Semoga besar nanti jadi anak yg berbakti pada mak ayah dan agama ye.

    ReplyDelete
  3. suka dengan ayat ni "Apa pun dan siapa pun kita, anak-anak kita! kita sama sahaja. Sama sebab kita semua tanah! " betul tu.

    Moga dilimpahi kasih sayang dari Allah buat kak sheila sekeluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Najah... Aaminn... Najah pun sama...

      Delete
  4. allahu, betulkan. kadang dah mcm terpesong niat kita. yela, ank org lain celebrate dengan kek bagai kat taska, so kita parents pun terikut. terikut tu bukan dengan niat nk bg ank ank makan, tp tk nak bagi parents lain ckp kita ni tkde duit. so trpksa la buat.

    lebih baik kita buat sekadar mampu. thanks sheila. bnyk entry sheila yg menyedarkan bahawa pijak di bumi yg nyata itu perlu, jangan diikutkan sangat dengan sekeliling.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.