Cuma RM5 Tiga Jenis Makanan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Cuma RM5 Tiga Jenis Makanan / Allhamdulillah, minggu lepas saya singgah di Cafe Pusat Islam UUM menemani kakak dan kak ngah makan tengahari sebelum masuk ke kelas petang. Kakak nak makan ikan siakap. Saya ambil dan masukkan dalam bekas makanan, takut nanti tak kehabisan. Lain macam betul selera kakak sekarang ni. Dia dah makin membesar selera makan pun dah bertambah. Dulu masa kecil gaya makannya macam kak ngah, bila disuruh baru kan... siap kena paksa makan lagi! Erm... sekarang bila umur dia dah bertambah, selalu lapar katanya....



Apa pun dia ambil nasi dengan telur mata kicap.... Kak ngah langsung tak makan apa, cuma minum ABC. 


Saya pula ambil mee goreng. Tanpa minuman saya membayar di kaunter dengan harga RM5 tiga jenis makanan ni... ermm... terkejut juga. Saya ingatkan RM5 hanya ikan siakap tu seekor sahaja rupanya untuk kesemuanya....  


Memang terlajak murahkan.... Antara menu lain selain nasi campur kat sini adalah mee udang yang lazat ni.... Kalau datang kat UUM jangan lupa singgah cafe Pusat Islam. Waktu operasinya dari pukul 9.00 pai hingga 4.00 petang. 


12 comments:

Powered by Blogger.