Bubur Asyura

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Bubur Asyura / Allhamdulillah. Hari ni kat taman perumahan saya ada gotong-royong menyediakan bubur asyura. Pagi-pagi lagi kakak dan kak ngah bangun nak ikut daddy ke surau. Tinggal lah saya dengan baby Jannah di rumah. Dalam setengah jam mereka balik. Saya tanya kenapa balik?


Kakak kata "daddy tak bagi pergi, semua orang laki"... hehehe.... tak apa duk rumah je la kakak, kak ngah. Tengahari daddy balik hantar tiga bekas bubur asyura. Lepas Zohor daddy balik hantar empat bekas lagi.... Banyaknya! Saya dan anak-anak makan sampai tiga bekas. Tak perasan habis... Aduyaiiii... 

Sejarah Bubur Asyura
Bila saya cari kat laman sesawang, bubur asyura ni sejarahnya semasa zaman Nabi Nuh lagi. Ye la masa zaman Nabi Nuh kan berlakunya banjir besar. Kaum Nabi Nuh yang terselamat apabila mengikut Nabi Nuh naik ke atas kapal. Selepas banjir berlalu keadaan masyarakat masa tu tiada makanan lalu mengumpulkan lebihan makanan lalu disatukan dan dimasak menjadi bubur asyura. 

Selain itu juga sejarah memasak bubur asyura ni adalah memperingati 10 Muharam. Bulan Muharam merupakan bulan pertama dalam tahun Islam dan disunatkan juga mengerjakan puasa pada hari ke9 dan ke10. Oleh itu, hari Asyura juga tanda memperingati hari kesepuluh pada bulan pertama kepada umat Muslim. Ini yang saya dapat melalui pencari di laman sesawang. Mungkin juga anda tahu sejarahnya selain daripada kisah ini boleh dikongsikan bersama. 


Kalau dulu, saya tak serasi dengan bubur asyura tepung ni, dah lama duk Kedah tiap tahun dihidangkan dengan bubur asyura, Allhamdulillah tekak saya dah semakin serasi. 

----->>> Resepi Bubur Asyura Utara dan Pantai Timur <<<-----

Walau apa pun budaya kita adalah untuk mengeratkan silaturahim dan mengamalkan sunnah puasa sunat di bulan Muharam. Selain mengeratkan lagi persaudaraan Muslim di kalangan kita, semoga kita semua dapat menghayati perjuangan Nabi dan Rasul dalam memperjuangkan Islam sehinggalah sampai Nur Islam kepada kita hari ini. Sebagai mana hijrah baginda saw dari Mekah ke Madinah dengan membawa perpaduan dan menyambung silaturahim di kalangan kaum Ansar dan Muhajirin sama lah pada hari ini. di mana jua kita berada, harus lah sentiasa mengeratkan silaturahim sesama ummah kerana Islam itu adalah persaudaraan. InsyaaAllah dengan adanya aktiviti taman seperti ini dapat mengukuhkan ukhwah dan seterusnya mendapat pahala dengan memberi makan kepada mereka yang memerlukan selain dapat pahala sunat.

Allhamdulillah.....



3 comments:

  1. sedapnya terliur dh..tpi kan awa x leh makan la yg versi pantai timur ni sebab ada nasi dll.. tetap tekak kena yg utara juga dgn jadung dll.. versi pantai timur rempahm versi utara manis...

    ReplyDelete
  2. SEDAP BUBUR ASYURAH KEDAH WALAU AGAK MANIS N LEMAK

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.