Bila Nur Jannah Makan Sos Cili

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Bila Nur Jannah Makan Sos Cili / Malam kelmarin dia buat hal lak.... ye la baby kan, mana la dia tahu boleh ke tidak semua dia nak sumbat dalam mulut dia.... Nak dijadikan cerita kat atas tilam dia tidur ada sos cili Mc D yang dalam paket tu. Kak ngah la yang nak rasa sos cili tu, lepas tu dia tak buang. Mesti dia terletak kat atas tilam Jannah. Saya memang tak perasa ada sos cili tu kat atas tilam... 


Kalau dah perasa dah lama sos tu tak ada kat situ. Dia kusyuk duk main kat tilam tu puas bangun berdiri, duduk kat bawah... Memang saya letak dia atas tilam tepi katil, kat situ la tempat saya dan dia tidur. Sebab dah dah makin aktif, bayangkan celik je mata terus guling dan bangun berdiri kat katil.... Lepas tu pula, asyik duk berdiri tu dia mula lepas tangan dan terus jatuh... Aduiii.... jatuh kat tilam tak apa la....

Sos Cili
Malam tu, saya tak letak dia main kat luar sebab kalau dia ada kat luar terus saya masukkan dia dalam stroller. Sekarang dia dah pandai ada kala dia tak mahu duduk dalam stroller tu... Kalau dia main kat luar dia nak bangun kat kerusi lagi bahaya. Kang jatuh kat lantai pula.... bila saya tengok dia, dia dah makan sos cili tu. Muka dan semacam... kat tilam dah habis sos comot-comot bekas kesan tangan dia.... Saya terus bawa dia ke singki cuci muka dan mulut.... Lepas tu dia gelak-gelak.... Aduiii... Nur Jannah, kakak dan kak ngah keluar rumah panggil en somi. Semua bergegas tengok dia. Kat atas dukungan saya, dia boleh gelak-gelak.... Geram sangat! Nasib baik la Nur Jannah ni tak tembam sangat. Kalau tak memang selalu la kena cubit pipi kat saya.... Sedap agaknya dia rasa,.....


Bila dalam kereta dia dah boring main mainannya, wallet sata la jadi mangsa. Kalau saya tak bagi di nangis..... Nak tak nak bagi juga la dia sumbat tali wallet tu kat mulut dia baru diam! Susah nak bagi dia diam, kejap sahaja lepas tu dia pusing sini, pusing sana. Sampai berdiri kat bawah la masa dalam kereta... Memang bagus untuk exercise tangan ibu-ibu.... Badan dia kecil sahaja, ye la kan dia baru 6.46, 6 bulan setengah check up minggu lepas kat SINI, tapi tubuh dia ni keras sangat.... Masa 2 bulan badan dia dah boleh tegap, kepala pun dah boleh tegap... tapi rambut tak naik-naik...... hehehe... dia memang tak mahu pakai apa-apa kat kepala bila saya letak topi pun dia akan buang. 

Tak Boleh Panas
Yang ni satu lagi masalah budak ni, tak boleh panas. Kalau kat belakang leher dia dah berpeluh, mula dia rimas dan nangis... Memang kena letak dia dalam bilik pasang penghawa dingin la jawabnya. Nak buat camana masa sehari dilahirkan masuk sahaja dalam wad ada penghawa dingin. Balik rumah pantang pun ada penghawa dingin. Bila dapat mandi dia akan suka mengilai.... hehehe.... seronok kena air. 

Pagi-pagi bangun awal. Dalam perut masa mengandung pun macam tu. Bila subuh dia gerak. Sama juga sekarang bila saya kejut kan kakak dia yang  bangun dulu. Kadang kala saya tak terjaga, dia yang bangunkan saya. Tengok jam hampir pukul 6.... Bagus betul Nur Jannah ni. Dan yang selalu dia kejutkan saya masa tahajut! tapi mak dia ni kalau rajin jer buat... Apa pun kita sama-sama doa supaya apa perkara baik yang kita buat agar dapat istiqomah. 

Anak Menangis Malam Bagi Pahala
Ada hikmah anak-anak kita nangis tengah syok duk tidur kan.... jangan di marah mereka. Mereka nak bagi kita pahala. Kak ngah kalau tidur dia selalu bangun tengah malam nak minum air, memang sejak kecil lagi dia macam tu sampai sekarang dah 5 tahun. Kak ngah ni full bf sehingga 2 tahun sebulan.... tengah malam air putih sahaja yang dia nak! 

InsyaaAllah dengan doa boleh mengubah hidup kita. Doa supaya kita dapat istiqamah dalam melakukan perkara baik. Yang penting kita selalu istigfar cuci hati! Bagaimana nak cuci hati boleh baca SINI dan kisah energi tahajut di SINI. 


5 comments:

  1. aunty gee tak tahu lah jannah oi nak nangis ke nak gelak bila tau jannah makan sos cili..hadoii..nasib ada blog boleh bagi dia baca dah besar nanti ye sheila..haha

    ReplyDelete
  2. nasib lah tak kena mata kan,hee.comel sungguh jannah ni,

    ReplyDelete
  3. Tak pedas ke makan sos cili adik jannah..

    ReplyDelete
  4. kalau anak buah sy suka sumbat kain napkin dlm mulut. mmg xleh pisah dgn kain dia tu

    ReplyDelete
  5. seb baik. tp tak rase pedas agaknya nye. hihi. kalau mek pun mek akan cuak habis la..

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.