Bila Latop Masuk Wad Itu Hikmah Allah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Bila Latop Masuk Wad Itu Hikmah Allah / Paling tak suka bila latop kena masuk wad ni. Hari Jumaat Sabtu latop saya dah mula meragam. Nak tak nak Ahad terpaksa juga hantar latop ke kedai. Tak boleh nak detect apa masalah. Masalah hard dic ke apa? Kata juru pembaik puluh latop malam nanti dia call.... tapi bergandung cepat atau lama kena back up data. 


Dari petang ke malam saya tunggu tak juga dapat panggilan telefon. Satu hari la saya tak boleh buat kerja. Nak tak nak Isnin, saya kena pergi suka keat kedai latop ni! Masuk ofis seperti biasa. Tengok emel ada kuliah talaqqi Al Quran.... Al Quran terjemahan dah ada depan dashboard kereta saya. Baju lak tak kena. Hari ni pakai kasual! Terus masuk ofis salin pakai jubah! dan bergegas ke Pusat Islam... Allhamdulillah ada pasangan staf baharu sampai. Saya tanya kat mana? sebab dalam emel kat bilik komputer tapi bilik komputer berkunci. Ermmm.... kat dewan! sekarang ustaz dah buat kat dewan tapi pukul 11.50. Sekarang baharu pukul 11.10 minit..... boleh makan dulu....

Makan Dulu
Saya pun ke cafe makan. Pasangan staf tadi di meja sebelah. Menikmati makan sambil tengok siaran ulangan dendam aurora.... Dah hampir sampai masa, kakak pasangat tu tegur ajak saya masuk dewan.... Dengan cepat saya habiskan minuman....

Mulakan doa dengan Asmaul Husna
Masuk dewan dah ramai juga yang menanti. Ustaz datang. Allahmdulillah. Saya ambil tempat duduk dan baca zikir Asmaul husna dan doa! Ustaz pula baca doa! dan... dia pun sebut Asmaul husna... Ya Allah indahnya nama Mu....

Ini kali pertama saya bertalaqqi..... sebelum ni memang duk tengok emel tak pergi pun. Sibuk! Dari minggu lepas saya letak Al Quran terjemahan di depan dashboard kereta. Rupanya hari ni (Isnin, 16 Oktober 2017) Allah susunkan saya belajar Al Quran.... Allahmdulillah....

Kisah Akidah Umat Islam
Ustaz ajar Surah Al Zukhruf ayat 15 hingga 25. Kisah tentang masyarakat Arab dahulu yang percaya bahawa Allah ada anak perempuan iaitu malaikat. Mereka tak suka anak perempuan lalu dibunuh, tapi mereka ni kata anak perempuan Allah itu malaikat. Kisah ni tentang akidah. Banyak pengajaran yang Allah nak bagitahu tentang akidah umat Islam. Supaya kita umat ISlam perlu menyakini bahawa Allah tidak ada dua, bukan dperanakkan di mempunyai anak! 

Susunan Allah Terbaik
Bila latop segar buagar agaknya saya tak berkesempatan untuk belajar Al Quran. Dah sampai masa dia nak rosak Allah susunkan yang terbaik untuk saya. Habis kelas. Terus solat Zohor di masjid dan lepas tu saya uruskan hal latop. Latop saya kena tukar hard disc, campur format RM335.... ermmm banyak juga ni! 

Setiap apa yang Allah buat ada hikmatNya.... Benar! dan yakin sertai imanilah Allah.... kerana itu adalah tauhid kita.

Allhamdulillah.... Bila Latop Masuk Wad Itu Hikmah Allah. 

Masalah cookies yang sering dilanda bila guna internet!

4 comments:

  1. MashaAllah, hikmah disebalik tu. dapat ilmu yang bermanfaat

    ReplyDelete
  2. ekin rosak sama macam tu dengan mother board dalam rm600 tak terbaiki la.. huhuhu.. last beli yg lain tu ambil ansuran

    ReplyDelete
  3. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. InsyaAllah akak dah dapat pahala banyak itu dengan izin daripada yang Maha Esa kerana menghadiri majlis agama itu. Terbaik kak. :D

    ReplyDelete
  4. setiap perkara ada hikmahnya kan, cantik susunan perancangan Allah :)

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.