Tips Persiapkan Diri Dengan Urusan Harian

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Tips Persiapkan Diri Dengan Kerja Harian // Allhamdulillah, sepagi yang indah menyelesaikan tugasan yang tertangguh dua minggu yang lepas. Allhamdulillah pagi yang indah dengan kasih sayang Ya Rahman Ya Rahim mengalirkan kasih sayangnya buat kita semua dan saya, bos saya menguruskan kerja saya dengan baik. Terima kasih Ya Rabb, semoga dimurahkan rezeki bos saya dan semua sahabat. 

Pagi ini seperti biasa 7.30 masuk ofis, breakfast dengan kak ngah dan hantar dia ke tadika. Erm... tadi bila tengok kereta bos saya ada saya terus bersemangat nak jumpanya. Walau bagaimana pun ada tips yang mahu saya kongsikan dalam persiapkan diri dengan kerja harian.

personal image

1. Solat Sunat Dhuha
Penting! Walaupun mudah sangat nak dilakukan tapi kadang kala kita ni leka dan malas nak buat. Saya sendiri pun macam tu, kalut dengan hal dunia lagi. Kalau sempat buat la di rumah kalau tak sempat boleh buat di ofis. Bila dah buat insyaaAllah segala urusan dipermudahkannya.

Personal Image

2. Sedekah di awal pagi
Yang ni sedekah wang memang susah skit nak buat di awal pagi melainkan masuk je pintu pagar ofis terus ke Pusat Islam kalau saya la... tapi sedekah yang paling senang nak buat ialah senyuman. Mulakan dengan senyuman kepada siapa sahaja kita jumpa selepas keluar ruma. Best kan.... Orang tua kata selalu senyum awek muda tau, dari masam saja. Saya la tu masam jer.... selalu kena tegur kat en somi. kekeke..... 

Google Image

3. Cuci Hati Bila Keluar Rumah
Yang ni penting cara camana ye nak cuci hati? Sentiasa istigfar itu paling mudah.... dan.... Think positif. Ingat "Allah itu persangkaan hambaNya".. ambil energi positif sahaja di awal pagi! elekkan merungut masa drive dan sebagainya, sebab itu semua syaitan yang bisik tu... kalau hati kita sentiasa disulami dengan istigfar dan zikir insyaaAllah apa pun yang berlaku masa drive nak pergi kerja dapat mengelakkan kita menarik energi negatif.... malah kita juga akan tenang. 

Personal Image

4. Sarapan
Penting juga ni sebab otak memerlukan sel-sel yang sihat untuk menggerakkan tubuh badan kita berfikir dan sebaginya. Sarapan ada dua rohani dan jasmani. Sarapan rohani harus sentiasa zikir selepas bangun tidur hingga lah keluar rumah. Sarapan jasmani kena ambil makan sikit la. Jangan berlebihan kang tak boleh nak buat kerja sebab penyakit M++++ datang. Secara rohaniahnya kenapa sarapan atau makan berlebihan mengundangkan mengantuk dan M++++ sebab syaitan banyak masuk dalam tubunh badan kita dan mengalir dalam setiap saluran darah, saraf dan sel-sel badan kita. 

Fuhhh,,,,, bahaya bila tubuh kita dihinggapi dengan syaitan ni, mula la kat kelopak-kelopak mata dia bagi layu nak pejam saja..... mula nak cari bantal......

Oleh itu, jangan ambil ambil makanan berlebihan. Pegang kata-kata baginda SAW "makan sebelum lapar, berhenti sebelum keyang".... sebab tu la..... 

3i image

6. Rancang Kerja Apa Nak Buat
Saya guna zikir Ya Baari' Yang Maha Menysun... InsyaaAllah Dia susunlah yang terbaik bagi kita.

Google image

7. Tawalkan
Saya guna zikir Ya Waali, Ya Wakil, Ya Baari' (Yang Maha Mengatur, Yang Maha Mentakbir, Yang Maha Menyusun) kita dah usaha kita serahkan padaNya dipermudahkan segalanya....

InsyaaAllah setiap apa yang diusahakan ada hasilnya kelak, kerja harian kita pun tak ada masalah. Apa yang susah, senang, atau tertangguh kita dah buat terbaik, kita redha la dengan segala aturanNya....



11 comments:

  1. Perkongsian yang indah dan bermanfaat 👍👍

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. tips berguna dalam kehidupan harian. Zikir zikir nama allah memang bagus untuk menolak energi negatif.

    ReplyDelete
  3. sedekah di awal pagi.. tak pernah terfikir pun. tq

    ReplyDelete
  4. terima kasih kak gee untuk perkongsian ni. moga aira ni tak malas-malas nak dhuha. huhu

    ReplyDelete
  5. Terima kasih gee pengkongsian ni..

    ReplyDelete
  6. Solat Sunat Dhuha..besar impak bagi pengamalnya...terima kasih kak perkongsian ini..

    ReplyDelete
  7. Alhmdulillah. Tips yg berguna sheila 👍 Tp jujur mek akui, dhuha memang susah nk buat. Tp pam susu ank boleh je excuse. InsyaAllah akn dprbaiki lg.

    Senyuman memang sedekah. Sbbtu pg pg mintak dgn allah jgn la kluar dr mlut benda yg tk elok pg pg. Memang spoil mood satu hari 😩

    Yg susun jadual tu pun mek stuju. Klau tk, kt akn jd rushing and tk tahu yg mane satu nk siapkan dlu.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah perkongsian yg sgt bermanfaat..tq sis💕

    ReplyDelete
  9. Tips yang amat berguna. Always positive di pagi hari. Saya selalu negatif di pagi hari sebab jalan jem nak ke kerja. Huhu

    ReplyDelete
  10. aida sedang beristiqomah solat dhuha.
    skang tak keje.
    maka ada ruang & peluang la in shaa Allah.
    kalau time keje, kekadang tak sempat.
    takkan nak tinggalkan keje. tu pun x brape nak elok kan.

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

INSTAGRAM FEED