Tips Ibu Mengandung Dengan Jayanya, InsyaaAllah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah, tiga hari bercuti di rumah yang aman.... tak kemana! melayan karenah anak-anak. Baby Nur Jannah dah boleh duduk dan bangun, bila dia terus capai sesuatu terus nak bangun. Jenuh saya ligan dia takut jatuh.... Umur belum sampai 6 bulan. 30 hb nanti baru masuk 6 bulan. Terlebih aktif yang ni sorang. 


Pagi ni bila saya nak pergi kerja dia merengek, dah pandai nak ikut saya... aduiii... budak ni tak padan kecil. Dia lahir dengan berat 3.5 kg paling besar berbanding kakaknya dua orang tu masing-masing 3.0 kg. Tapi baby Nur Jannah ni beratnya menyusut bila 3 - 5 bulan, dia hanya naik 550 gram. Setengah kilo sahaja. Mungkin dia masa tu terlalu aktif dan kini pun sangat aktif. Tak pa la Nur Jannah janji sihat. 

Masa mengandung saya selalu zikir nama Allah, Ya Aziz, Ya Qawiy, Ya Matin... dan saya selalu doakan anak dalam kandungan saya,

Ya Allah Ya Aziz, Ya Qawiy, Ya Matin, sesungguhnya Engkau Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat dan Yang Maha Teguh. Dalam apa jua keadaan pun Kau perkasakan, teguh dan kuatkan anak ku dalam kandungan ini dengan kekuatan keteguhan iman, dan aku juga tak mampu nak berikan dia makanan terbaik, vitamin atau supplement terbaik kepadanya untuk membesar dengan sihat. Hanya Engkaulah segalaNya.

Zikir sangat penting bagi ibu mengandung, saya tak ada apa nak bagi kat baby masa saya mengandung cuma minyak zaitun, kurma pun susah untuk saya dapat masa tu dengan kekangan, susu untuk baby pun hanya sekali sahaja mampu saya beli sehinggakan ada satu hari Allah datangkan abdinya yang hadiah kat saya! Subhanallah.... apa yang selalu saya amalkan adalah zikir.... Ia penting untuk kekuatan rohani dan jasmani ibu mengandung supaya hindari stress dan kalau boleh amalkan solat sunat tahajut! 


Boleh amalkan..... InsyaaAllah..... kekuatan kita adalah kekuatan anak dalam kandungan kita juga.


10 comments:

  1. Energy anak dalam kandungan bermula dari energi positif yang disalurkan oleh ibunya..sebenarnya didik anak segenap sudut itu sedari dalam kandungankan Kak Sheila..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih PC... insyaaAllah, byk energi negatif di persekitaran anak-anak skang, kena lebih banyak lagi salurkan energi positif kpd mereka kan...

      Delete
  2. betul tu.. apa yang kita amalkan semasa mengandung.Macam tu lah akhlak anak.SA Setuju betul ni.

    ReplyDelete
  3. tips yang berguna untuk ika yang baru bergelar ibu. heee

    ReplyDelete
  4. insyaAllah. kita ingat allah, allah ingat kita. dan bila kita ingat allah, semuanya akan jadi mudah.

    ReplyDelete
  5. betul tu!selain tu emosi ibu mengandung sangat mempengaruhi baby..sebab tu ibu mengandung tak boleh stress terlampau takut memberi kesan yang buruk pada ibu & bayi.

    ReplyDelete
  6. betul..banyak istigfar..kadg org mengandung ni emosi lebih

    ReplyDelete
  7. MashaAllah, tips yang berguna sekali!

    ReplyDelete
  8. saya bila dah tak larat nak zikir, bukak you tube kat phone pastu bagi dia dengar :)

    ReplyDelete
  9. zikir bagus tu kak sheila.. selalu amalkan bila rasa hati berapa sedap

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.