SEGMEN SUAI KENAL BLOGGERS SELURUH MALAYSIA

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Salam sahabat jom sama-sam kita join SEGMEN SUAI KENAL BLOGGERS SELURUH MALAYSIA

http://www.sofinahlamudin.com/p/segmen-suai-kenal-blogger.html
Segmen ini bermula pada 13 September hingga 1 Disember 2017

Tantang Saya
Saya seorang ibu yang mempunyai tiga orang puteri. Saya juga pelajar sepenuh masa sejak tahun 2012 dan belum habis-habis lagi! (doakan saya ye). Belajar di Universiti Sains Malaysia dalam bidang pengajian skrin di Pusat Pengajian Komunikasi. Minat filem walaupun sekarang memang jarang dah tengok filem atas sebab tertentu. Untuk kajian saya terpaksa juga menonton filem-filem. Kadang-kala saya hanya tengok filem jika ada tugasan atau untuk menulis kertas kerja.  Walau apa pun setiap apa yang dipelajari memang sentiasa menyayi menari di kepala. hehehe.... Saya memang minat dengan produksi penerbitan filem, sangat minat bidang teknikal fotoggrafi, lighting dan editing. Suka bekerja denga kabel. Bekerja di dalam bidang produksi filem dapat mengumpul pengalaman. Namun, kini telah meninggalkan semua itu demi ibu bapa supaya mencari pekerjaan tetap dan lebih baik. Bagaimanapun sudah sepuluh tahun meninggalkan pekerjaan tersebut berpindah mendapat pekerjaan baharu, mengasingkan diri, berkahwin, namun penerbitan filem tetap di hati saya. Ia sentiasa berbekas dan terkesan. Ilmu pertama yang saya pelajari di universiti adalah ilmu filem. Saya minat saya sayang! Saya rindu sangat! Namun, pekerjaan saya sekarang sedikit menghilangkan rasa dan jiwa saya kepada dunia filem, saya buntu! antara kesian dan minat. Kesian dengan sahabat dan senior mengharapkan saya berdiri bersama mereka, kesian sebab mereka juga baik kepada saya dan banyak menolong saya dalam pengajian saya ini. Saya sayangkan sahabat-sahabat dan senior saya. Saya juga sayangkan pekerjaan sekarang. Walaupu, hati saya masih di sana. Kini saya masih buntu, selagi belum habis belajar saya hanya mampu berdoa semoga Allah tetapkan saya apa yang terbaik disebalik sangkaanNya. Mungkin apa yang saya nak tak sama dengan apa yang Allah susunkan! Saya tak tahu! hanya mampu berserah kepadaNya. Doakan saya dipermudahkan pengajian saya yang semakin menghampiri penamatnya dan semoga saya dapat menamatkannya dengan baik pada tahun hadapan. InsyaaAllah. Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sepuluh tahun tahun meninggalkan dunia filem mencari pekerjaan baharu mengharap sinar yang cerah, namun masih samar dan pudar tanpa cahaya. Mungkin ini rahmatNya yang saya tak tahu apa susunan terbaik Allah kepada saya! Malah saya juga rasa tidak berguna kerana tidak dapat membantu mak ayah dengan hasil titik peluh ini. Sukar sangat dirasakan! Apa nak buat ini pilihan dan ini kehendak. Pilihan dan kehendak ini adalah qada dan qadar Allah! Saya redha, dan saya bahagia bila sepuluh tahun ini saya tinggalkan filem itu, saya jumpa yang terbaik. Saya jumpa siapa saya dan saya kenal siapa pencipta saya. Dia berikan saya susah namun disebalik susah itu terpancar kasih sayang Ya Rahman Ya Rahim kepada saya! Allhamdulillah. Impian saya, mahu menjadi pengarah filem memertabatkan filem Maslaysia di persada antarabangsa! hahaha..... itu impian yer, jangan ambil kisah tau..... anggap je la angan-angan mat jenin! Bersyukur kerana ada anak yang baik dan suami yang memahami malah ibu bapa juga sudah faham tentang saya dan kesusahan hidup saya ini. Itu yang penting! Allah Yang Maha Membuka pintu hati!

Saya dalam dunia blogging bermula tahun 2007, buka tutup buka tutup blog sehingalah 2011 buat lagi blog baru dan 2014 mula menggunakan domain sendiri www.sheilainspire.com. Kekangan pengajian saya membataskan saya untuk fokus dalam blogging. Saya tak mampu nak belajar tentang ilmu blogging dengan kekangan tersebut. Saya sangat daif dalam ilmu blogging ni. 

Tak ada apa yang baik tentang saya! semua yang baik adalah dariNya. Hanya diri yang lemah daif lagi jahil mencurahkan sedikit rasa. Allhamdulillah. Saya mengundur diri. Terima kasih sudi membaca tentang saya. Salam perkenalan dari saya yang fakir!

Untuk menyertai Segmen ini,

ps: tahniah kepada sahabat dan semua pemenang yang menang festival filem malaysia ke 29 tadi
puas hati dnegan semua pemenang dan filem terbaik. Mereka semua layak dengan hasil kerja mereka yang bagus!

5 comments:

  1. semoga Allah permudahkan jalan yang kak sheila pilih. Ameen.

    ReplyDelete
  2. Selamat bersegmen kak...in sha Allah..setiap apa yang sedang akak lalui kini adalah apa yang telah Allah SWT rencanakan...

    ReplyDelete
  3. Semoga tamat pengajian dengan jayanya.

    ReplyDelete
  4. chaiyok sheila :) insyaAllah kejayaan pasti milik sheila. aminn

    ReplyDelete
  5. Wah syok je baca tentang akak.
    Semoga ada rezeki kak :)

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.