Salam Maal Hijrah 2017: Kemana Hijrah Kita

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Ketika kasihnya kepada hambaNya, Dia akan memperjalankan hambaNya di atas jalan seorang hamba dan hidupnya pun menghambakan diri kepada Allah, jiwa raga sentiasa hidup meyebarkan rahmatan lil alamin...

Rahmat kasih sayang Allah, sepertimana dicurahkan kepada baginda Rasulullah saw tidak pernah ada kebencian dengan jiwa baginda walaupun dibenci dihina, dan tugas kita apabila dilahirkan di dunia ini adalah dua sahaja:
1. abdi / hamba
2. khalifah

Bila saya belek entry lama saya, sejak tahun 2011 lagi saya dah ada tulis pasal dua perkara ni tentang kenapa kita diciptakan di atas muka bumi ini. Saya terkejut dengan entry tu, sedangkan masa saya pun tak faham apa maksudnya abdi dan khalifah ni....  saya pun tak tahu macamana saya boleh tulis tentang ni! saya baharu kenal dan faham semua ni pada tahun 2014. Tahun 2013 saya mula diperkenalkan dengan tugas sebagai khalifah, dan masa tu bila balik kat rumah saya terfikir dan tertanya "adakah ini yang mesti aku buat"??? masa ni saya masih samar-samar.... berbolak balik pun ada! 

Allhamdulillah.... pada akhir tahun 2103 saya join satu seminar tentang "belajar ni untuk apa?" (saya lupa tajuk, tapi seminar tu tentang tujuan belajar) hehehe.... dan Allah memperjalankan memberi saya kefahaman tentang maksud yang dua ini. Dalam dewan tu saya menangis!!! baru kenal diri.....

Dan InsyaaAllah sempena maal hijrah tahun ini.... dengan doa kita yang berpanjangan dan tidak putus harap semoga Allah memperjalankan hidup kita di atas landasan orbit Allah iaitu "Iman, Islam dan Ihsan"....

Memang sukar nak buat tapi betul dan benar jika kita sentiasa minta Allah akan dorongkan..... Maal hijrah, bukan setakat dibibir namun hijrah itu harus bersama jiwa dan roh untuk dibawa pulang kepada fitrahNya....

Salam Maal Hijrah


21 comments:

  1. Salam maal hijrah daripada saya. Moga kita menjadi lebih baik dari semasa ke semasa. lebih berusaha memperbaiki amalan-amalan kita dan meningkatkan lagi rasa kehambaan kita pada pencipta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam maal hijrah, sama2 kita najah baiki diri ni

      Delete
  2. betull.. bukan sekadar bertambah lagi satu tahun yang baru, tp ianya juga perlu melibatkan roh dan jasad kita untuk ke arah kebaikan

    ReplyDelete
  3. Salam Maal Hijrah Kak Sheila..besar impaknya peristiwa bermula perkiraan hijrah ini..sangat luas erti hijrah itu sebenarnya..yang penting niat dan usaha untuk merterjemah dengan tindakkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam maal hijrah pc... tu la kan... InsyaaAllah dgn dayaNya kita mohon kekuatan

      Delete
  4. Salam maal hijrah. Semoga kita berazam untuk berhijrah ke arah yang lebih baik

    ReplyDelete
  5. insyaAllah semoga kearah yang lebih baik. salam maal hijrah jugak ya :)

    ReplyDelete
  6. Salam Maal Hijrah
    semoga Allah sempurna kan kita di sini dan di sana.
    thanks kongsi ni.

    ReplyDelete
  7. salam maal hijrah kak shiela.. moga tahun ni lebih baik untuk kita dari tahun2 sebelumnya.. ameen

    ReplyDelete
  8. Salam maal hijrah kak. Semoga kita berusaha menjadi khalifah yg terbaik. amin :)

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.