Resepi Bujang Dah Kawin: Terung Goreng Kawin Ikan Singgang Bujang

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah....
Hujung minggu yang best bila dapat guling-guling dengan anak-anak. Pagi tadi dapat lersaya menyelesaikan baju yang tak berlipat. Baby Jannah tidur lama boleh la membereskannya dan masak....

Masak
Menu yang sangat ringkas, ikan singgang dan terung goreng. Kalau masak, saya buat menu nak cepat saja. Ye la, dengan ada baby ni memang semua kena cepat. hihihi.... tajuk punya umppp sebab resipi ni sangat ringkas! Orang bujang suka yang ringkas dan cepat.

Terung goreng


Bahan
terung
bawang putih
ikan bilis
cili padi
sawi
bunga kubis
lada hitam
secubit gula
secubit serbuk kunyit

Cara
Tumbuk bawang putih dengan cili padi dan ikan bilis, panaskan minyak tumis bahan tersebut. Masuk terung, lada hitam dan secubit serbuk kunyit. Masukkan sawi dan bunga kubis dan secubit gula. Saya tak guna garam kerana sudah masin dengan ikan bilis. Seang dan mudahkan main campak sahaja. Siap.

Ikan singgang


Bahan
Ikan (terpulang nak guna ikan apa)
bawang putih
lengkuas
halia
cili padi
garam, gula
asam keping

Cara
Masuk jer semua bahan rebus dengan air, agak-agak dengan ikan.... Siap! saya suka sangat cepat! tak payah nak pikir rumit-rumit janji alas perut saja.... hehehe.... 

Terima kasih jiran saya, bagi ikan bilis, saya guna dalam goreng dengan terung.


semoga Allah sentiasa murahkan rezeki mereka dan dirahmati.

Alhamdulillah

4 comments:

  1. saya suka sangat makan ikan singgang, lagi-lagi kalau cicah budu. Nikmatnya makan

    ReplyDelete
  2. Ha a...kalau boleh masak mmg nak yg senang senang dan cepat siap je haha...
    Sedapnya singgang. Lama tak buat tu. Sayakalau masak singgan suka buh gula melaka SA...
    Lepas tu hirup kuah, masam manis masin semua cukup!

    ReplyDelete
  3. ikan singgang....dap nyer!
    ada plak sambal belacan. fuiyoh :)

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.