Resipi Spaghetti Goreng Bijak Pandai

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah... cuti musim banjir Perlis Kedah dan kesejukan di rumah, berasap juga dapur dengan spaghetti bijak pandai saya ni... hehehe.... tiga hari cuti pada 21 sept hingga 23 sept yang lalu sempena cuti ganti awal muharam, boleh la masak apa yang ada. Yang jadi bijak pandai spaghetti ini sebabnya bahan yang limited. Dek kehujanan tanpa henti dengan malas nak keluar rumah, saya blasah je apa yang ada. Maka terjadilah spaghetti goreng bijak pandai ni....


Bahannya
Spaghetti
Cili boh
Ayam cincang
Bawang putih 7 ulas (untuk separuh spaghetti)
Cili padi 2 biji 
Garam
Gula
Sos cili
Sos tiram
Serbuk lada hitam 
Minyak masak

Cara masak
Tumis bawang putih yang dicicang halus dengan cili padi yang dipotong kecil. Saya tak guna banyak cili padi sebab anak-anak tak makan pedas sangat. Masuk ayam cicang. Bila garing masukkan cili boh, sos cili, sos tiram, perasa garam, gula dan masukkan spagetti last masukkan serbuk lada hitam. Kacau hingga sebati, siap! ------>>> Menu femes di bulan Muharam, rugi kalau tak makan.

Sangat senang dan cepat dimakan spaghetti bijak pandai ni.... tak sampai 15 minit siap! boleh la mencuba...


13 comments:

  1. Haha... Klasik nama tu.. yang penting rasanya kan..

    ReplyDelete
  2. resipi yang unik.lain dr lain ni.. bole la cuba nnt. save siap2 ni.. terimakasih share resipi ni

    ReplyDelete
  3. Menarik resepi ni. Boleh cuba nanti.

    ReplyDelete
  4. anak-anak gee suka sgt spagetti..tak pernah buat lagi goreng..pasni boleh try!

    ReplyDelete
  5. kak sheila bukan cendol lah..sup tulang hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha... punya la duk tengok rupanya rabun makin teruk...

      Delete
  6. boleh cuba buat ni tapi makan seorang hahahaha.. suami dan mil x suka makan.. alahaiii

    ReplyDelete
  7. Tak terfikir selama ni nak goreng..nak try jugaklah..

    ReplyDelete
  8. Menarik ni , CCL akan cuba resepi ni , selalu masak bolognise, carbonara . Sekali sekala bina menu baru ok jugak

    ReplyDelete
  9. comel nama nyer, sheila. berkenan aida.
    yg bijak pandai tu la yg sedap. yummy.
    guna kan sumber yg ada kan :) kretif.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.