Perkara Yang Paling Mudah Dalam Menolong Agama Allah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

buat la demi agama bangsa dan negara

Perkara Yang Paling Mudah Dalam Menolong Agama Allah // Allhamdulillah, saya mahu berkongsi perkarang yang sangat senang untuk kita menolong agama Allah tapi susah sangat kita nak buat, iaitu dengan:
"meramaikan majlis ilmu di surau dan masjid.... 

Ya Allah mudah sangatkan tapi diri kita ni (saya) yang leka dan sibuk dengan dunia ni memang susah nak buat! di kala hati sentiasa dibisikkan dengan syaitan yang mempersonakan, "jangan pergi, kerja rumah tak buat lagi, cuci kain belum, masak belum, kain banyak tak lipat, anak tak buat kerja sekolah tu, esok nak kerja, kena tidur awal,,, dan sebagainya"

 Sedangkan Allah swt berfirman dalam surah Muhammad ayat 7,
 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ  ﴿٧﴾
Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.

Kasih Sayang Allah
Allah kasih orang yang berjuang di atas jalanNya, Allah akan tolong memudahkan segala perjalan hidup kita di dunia, di alam barkzah dan di akhirat! Percaya la kepada ayat Allah ini, melambangkan kita mendukung Rukun Iman, "Beriman Kepada Al Quran"....

kadang-kala kita faham orang yang berdakwah itu hanyalah orang-orang dakwah sahaja, dan kita orang awam tak layak buat semua tu dan "tengok lah jika saya ada masa".... itu yang sering kali bermain di benak fikiran kita yang dangkal ini..... 

Namun, natijahnya jika ayat ini diputarkan ia akan menjadi:

"sekiranya kamu tidak menolong agama Allah, Allah akan biarkan kamu terkapai-kapai yang kehidupan mu bersusah-payah"

dan nampak lah orang yang hanya menjaga keluarganya sendiri, anak aku baik, anak aku lulus belajar, anak aku terbaik dalam pelajaran, hantar tusyen sana sini, motivasi sana sini, dan pada anak orang lain sedikit pun tak ada rasa kasih sayang, tak mahu menolong, maka ramai anak-anak yang dianggap baik tidak keluar rumah di depan mata membuat perkara yang buruk.... semoga dijauhkan dan dilindungi Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin....

Tak Logik akal
Memang ayat Allah tak logik akal, "bagaimana aku nak perjuangkan agama Allah, dan Allah tolong anak aku?" memang tak logik.... dan kita tak boleh lawan Allah kerana kita ni jahil. Apa yang Allah dah beritahu dalam setiap ayat Al Quran itu adalah benar! Setiap yang Allah kata dalam setiap ayat Al Quran itu makna nya itu ada rahsia Allah.

Matlamat Pendidikan
Namun matlamat kita cuma nak pastikan anak kita terbaik, periksa lulus cemerlang, masuk universiti, kerja bagus, dapat beli kereta besar, rumah besar! Adakah itu matlamat kita mendidik anak kita serta anak bangsa kepada pendidik negara??? bagi semua (manusia) bangga dengan anak kita! ini adalah ahli duniawi yang destinasinya tersasar!!! dan Rasulullah tak pernah ajar.... Allahu. Maka kita kena ubah master plan daripada sistem pendidikan negara!

"Sematlah ayat ini kerana ia benar dan amat benar"

benar bagai dikata dan saya juga merasainya semua ini, dan banyak pengalaman dari persekitaran saya yang sering kali saya dengar "kalau nak senang nak kaya, duit takkan jatuh dari langit, kalau tak kerja kuat".... ilham fazik ini sentiasa menyelubungi sanubari

Sangat mudah nak menolong agama Allah ni, sama-sama kita cari  akhirat, kerana dunia dah cukup bagi kita seperti mana Allah berfirman dalam surah Ar Rahman:

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?


Tanda Akhir Zaman
Sedar atau tidak 31 kali, Allah beritahu kita, harta dunia semua dah cukup. Harta akhirat je yang tak cukup. Dajal dah hampir dan sudah banyak tanda-tandanya yang dah keluar. Apa sangat yang nak dikejutkan dengan kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittafaqiyyah, salah satu tanda akhir zaman yang nyata..... banyak lagi yang kita akan lalui selepas ini, banyak lagi perkara yang akan berlaku selepas ini kerana Allah dah cakap tanda akhir zaman, hanya tinggal makhluk yang hanya membuat kerosakan sahaja dan hati-hati yang beku dengan Al Quran. Baca Al Quran. solat pun tak rasa apa. Hanya duniawi sahaja yang nampak dan dikejarkan.... Allahu....


Semoga kita semua disuluh dengan Nur Allah buat lah perkara yang sangat mudah ini untuk menolong agama Allah kerana dunia semakin nazak sebagai permulaan perubahan diri kita....
InsyaaAllah


11 comments:

  1. aira suka kak sheila punya sharing <3

    ReplyDelete
  2. terima kasih kak sheila.
    benar tu. kita sebenarnya boleh menyumbang tenaga kita dalam islam dalam sekecil-kecil hal seperti sebarkan kebaikan, kongsi ilmu.

    "andai tidak mampu jadi pendukung, jadilah penyokong. andai tidak mampu jadi penyokong, jangan menjadi batu penghalang atau duri dalam agama"

    ReplyDelete
  3. manusia sering kali beri alasan untuk kejar dunia. insyaAllah, dengan perkongsian sheila same same kita saling beringat dan berbuat kearah kebaikan :)

    ReplyDelete
  4. Moga Allah tidak berpaling dari kita kak..bila Allah mula berpaling maka jauh kita dari kasih sayangNya..itu yang selalu PC takutkan.

    ReplyDelete
  5. Memang betul apa yang Kak Sheila katakan..nak buat perkara baik contohnya meramaikan majlis ilmu memamg mudah tapi nak laksanakan perkara tue amat sukar sekali.. Andainya Allah memperlihatkan pada manusia betapa indahnya syurga kat dunia nie, pasti manusia akan berebut untuk mencari ilmu akhirat berbanding duniawi..

    ReplyDelete
  6. 😢 amal akhirat mmg xkn pernh cukup..sukar nk thu mna stu yg diterima..mna stu yg ditolak..

    ReplyDelete
  7. peringatan yg baik sekali untuk kita umat akhir zaman yang banyak mengejar dunia.

    "Kejar akhirat, dunia akan mengejar kita"

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.