Kebebasan Kemerdekaan Kita

 بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Kebebasan apa yang disandarkan yang dimahukan? 
adakah kebebasan membuat segala macam mengikut kehendak nafsu? tengok orang buat itu nak itu. tengok orang ada itu dan ini nak itu nak ini. Itu cuma kebebasan nafsu.


Namun, adakah kebebasan itu akan memberi sejuta ketenangan untuk jiwa. Walaupun nampak nafsu itu dapat bebas daripada segala macam kehendak, walhal ia belum tentu mendatangkan ketenangan jiwa. Benar!

Kerna, nafsu semakin memberontak. Mahu lebih dan lebih lagi. Dapat satu nak dua. Dapat dua nak sepuluh. Mahu lebh segalanya. Mahu semua orang tidak dapat menandingi. Benarkah itu kebebasan yang dimuhukan semata?

Tak perlu melihat apa yang diatas walaupun ia untuk memotivasikan diri dan meninggalkan apa yang dibelakang. Menggadaikan maruah bagi mendapatkan yang di atas. Harus diingat apa kebebasan sebenar? 

Kebebasan apa yang dicari? Kebebasan apa yang diperjuangkan! Ia adalah semata mahu membenarkan roh kembali ke fitrah untuk mendapat kebebasan hakiki meraih yang satu! Berjuanglah demi yang satu. Pasti kelak bahagia walaupun di alam fatamorgana ini semiskin hina.


No comments

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.