Filem Paloh (2003)

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Filem Paloh sedang keudara di kaca tv. Saya pernah tengok filem ni di panggung. Lupa kat panggung mana, rasanya kat Mid Valley kot masa tu.... Rasa bersama teman-teman dalam 11 orang kalau tak lupa la... ramai tu, memang masa tu kami tengah belajar filem, dan muncul lak Paloh sebuah filem yang memperjuangkan kemerdekaan.... Kami excited nak tengok hasil karya Adman Saleh. Bila masuk dalam panggung ada la penonton hanya dalam lingkungan 20 orang sahaja termasuk kami. Masa tu baru berapa hari tayangan. Mungkin mereka tak minat cerita arts macam ni... Memang tuft juga saya nak faham cerita ni. Dengan editing dan flashbacknya yang membuatkan penonton kena seratus peratus konsentrasi. Ada sesekali sekala saya terlena... hehehe....


Sinopsis Paloh
Latarnya sekitar tahun 1944, penduduk Tanah Melayu terpaksa hidup dalam tekanan akibat berlakunya konfrontasi antara pihak tentera Jepun dengan Parti Komunis Malaya. Empat sahabat - Ahmad, Osman, Puteh dan Harun berkhidmat sebagai Polis Jepun, dan mereka turut tersepit di tengah-tengah pergolakan yang berlaku. Ini termasuklah percintaan Ahmad dengan Siew Lan dan percintaan Puteh dengan Fatimah. Siew Lan selama ini telah diperalatkan oleh keluarganya sendiri bagi mendapatkan maklumat sulit tentera Jepun melalui Ahmad. Fatimah pula mendapat penentangan darpada bapanya yang tidak bersetuju dengan orang Melayu sebagai Polis Jepun. Sementara itu, Osman yang bertugas sebagai perisik Jepun telah memasuki pasukan komunis untuk membalas dendam terhadap kematian bapanya yang berbangsa Cina. Segala pergolakan ini menimbulkan suasana huru-hara. Ada yang ingin merdeka dan ada yang ingin terus dijajah. Bapa Fatimah pula, atas semangat untuk mempertahankan negara tercinta, turut memasuki pasukan komunis semata-mata untuk menentang penjajah. Ini diikuti oleh Ahmad yang akhirnya bertemu semula Siew Lan apabila menyertai pasukan komunis.

Pelakon

  1. Janet Khoo (Siew Lan)
  2. Nam Ron (Ahmad)
  3. Gibran Agi (Osman)
  4. Ellie Suriaty (Fatimah)
  5. Hasnul Rahmat (Puteh)
  6. Ani Maiyuni
  7. Thor Kah Hong
  8. Steve Ng Boon Cheng
  9. A. Samad Salleh
  10. Rohani Yusuff
  11. Meoki Tong May Lan
  12. Kamaliah Mat Dom
  13. Adlin Aman Ramli
  14. Lee Yoke Lan
  15. Zack Taipan
  16. Adam Corrie
  17. Yalal Chin
  18. M. Amin
  19. Sofi Jikan

Pencapaian

  1. Festival Filem Asia Pasifik ke-48, 2003 (Iran)
    1. Anugerah Khas Juri
  2. Festival Filem Malaysia ke-17, 2004
    1. Filem Terbaik (pemenang)
    2. Pengarah Terbaik - Adman Salleh(pemenang)
    3. Sinematografi Terbaik - Teoh Gay Hian(pemenang)
    4. Skor Muzik Terbaik - Ayob Ibrahim(pemenang)
    5. Penata Seni Terbaik - Fadhil Ahmad(pemenang)
    6. Penata Bunyi Terbaik - Azreedin Hamzah(pemenang)
    7. Pelakon Lelaki Terbaik - Namron
    8. Pelakon Wanita Terbaik - Janet Khoo
  3. Anugerah Skrin TV3 ke-7, 2005
    1. Filem Terbaik
Kalau nak dibandingkan dengan penganugerahan filem macam ni lagi banyak menang anugerah berbanding filem popular. Namun, kat Malaysia filem seni sebegini susah diterima. Walau apapun dengan pandangan cetek saya rasa boleh buat filem seni tapi biarlah "seni untuk masyarakat".... InsyaaAllah ada audiennya nanti.... Bagi saya filem ni memang kuat dari segi penceritaannya... selain majoriti pelakon-pelakon yang hebat membuatkan saya tertarik menontonnya. Gibran Agi saya memang minat masa tu tapi lagi minat dengan adiknya,,,, hehhe... tu la kisah masa muda saya.... memang filem dah sebati dengan saya, tapi tak lagi sekarang saya dah kurang semuanya.... tiada lagi nak minat ke apa. Tengok filem hanya untuk belajar ilmu filem dan mengajar.... tak ada lagi sentimen minat pelakon ke apa! jiwa filem tetap ada walaupun jauh nun di sini....

ps: excited pergi tengok sebenarnya masa tu saya duk berkenalan dengan sorang penolong pengarah filem Paloh ni... hehehe....


3 comments:

  1. Saya tak tengok lg filem ni..
    Tahun 2003 saya baru grad, n bekerja di pedalaman...
    Jgn ckp panggung wayang, tv pun siaran tak jelas :(

    ReplyDelete
  2. Lupa dah citer paloh kisah macam ner.. Ingat2 lupa lama sangat kan..

    ReplyDelete
  3. mek tk berapa nk igt cite ni. tk fokussangat. hahaha

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

INSTAGRAM FEED