UMS Time

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah... syukur
Hari ni baru boleh bangun... Subhanallah... banyaknya dosa ni.... Allahuakhbar. Khamis lalu saya ke USM jumpa penyelia saya. Balik dah petang dalam pukul 4 saya masuk ofis semula punch out. Saya tak ambil cuti kali ni. Saya inform ketua saya, saya nak ke USM... dia ok dan faham keadaan saya sekarang...


Perbincangan dengan penyelia tesis saya. Allhamdullah semua ok. Saya ada inform dia kalau boleh saya nak submit borang bagi notes untuk intent to submit. Dia bagitahu kalau saya nak submit form tu saya kena cepat sangat! Bulan 9 hantar notis untuk intent to submit bermakna bulan 12 saya kena hantar 10 buah tesis prepare tuk viva,,,, tapi katanya dia belum dapat flow tesis saya ni. Dia suruh saya settle semua correction dahulu dengan dia dan 2nd sv saya! susah juga tu... Bila saya pergi IPS tanya prosedut tu bagi notis. Pegawai kata hantar sahaja form, kalau nak submit bulan 12, sekarang dah boleh hantar notis... Maksudnya 3 bulan proses. Dalam 3 bulan saya boleh siapkan correction saya... Lama kan masa tu.... tak pa apa yang Allah tentukan bersebab....

Saya akan inform semula pada sv saya supaya dia faham.... Maksudnya, saya dah boleh hantar form notis tuk submit tesis... Sambil tu dalam 3 bulan ni saya siapkan correction dan juga publication. InsyaaAllah... yang penting saya betul-betul kena struggle....Katanya lagi bila saya dah submit 10 copy tesis dah dah tak perlu bayar yuran pengajian. Tapi say lupa nak tanya, kalau saya hantar notis sekarang, saya perlu bayar yuran juga atau tidak semester ini? sedangkan saya akan submit 10 copy bulan 12 nanti... ermm... yang tu termiss tanya!

Balik dari Penang, malam tu saya pening, sakit kepala tak terbangun sampai kelmarin seharian hingga ke malam tadi kepala masih sakit. Mungkin semalaman saya tak tidur hari nak pergi USM tu... Berat sangat kepala. Langsung tak buat apa, semalam muntah-muntah makan roti sekeping terus tidur. 

Allhamdulillah, pagi ni bangun dengan tiada lagi sakit kepala. Baru boleh buat kerja rumah... Allhamdulillah....



1 comment:

Powered by Blogger.