Ngepek Back To Allah

 بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Allhamdulillah... Allah Ya Rahman Ya Rahim.

Kelmarin attend satu meeting keje satu workshop... Bila balik rumah duk fikir apa conclusion meeting dan workshop tu pada saya. Meeting tentang kerja la. Workshop lak tentang pengajian saya dan sahabat-sahabat.

Bila duk fikir conclusion kedua perkara tu yang jelas dua-dua suh dekat dengan Allah. Allah tunjuk jalan dalam pelbagai suasana dan situasi. Apa jua masalah mendatang Allah jua penyelesaiannya. Back to Allah. Allah Ya Baari' Dia Yang Maha Mengurus dan Menyusun setiap apa yang berlaku, dan kepada Dia jua lah tempat untuk mencari penyelesaian masalah. 

Hebatkan Allah. Dia nak tarik kita dekat denganNya dengan pelbagai cara dan situasi. Allahu... Suruh kita berfikir dan merenung... Seterusnya apa yang patut kita buat, minta doa kepadanya ------> usaha -----> tawalkal. 

Dia sangat sayang kat kita ni! Kita jer duk selalu menjauhiNya. Dia selalu ingat kat kita, kita selalu lupa kat Dia. Kalau ada masalah baru la nak cari sejadah bagai nak rukuk dan sujud sebenarnya. Jahil benar, hina benar rasa diri ni. Patut la Dia kata kita ni sehina tanah, tapi duk terasa diri sendiri ni hebat macam tu la. Astagfirullah...

Merungut???
Jangan merungut! Payah nak buat ni, tapi paksa diri jangan buat. InsyaaAllah boleh! sebab apa jangan merungut? sebabnya itu takdir! qadar dan qodar Allah. Apa yang berlaku bersebab, check diri check hati. Nak didik hati susah kan. Duk train punya train nak didik hati bagi baik.... kadang kala merungut juga marah anak. Kelemahan saya memang dengan anak-anak... Yang lain saya boleh lagi avoid. Apa hal berlaku kat saya pun saya ok, terima seadanya tapi bila tang anak-anak haisyyhhhh habis kotor hati yang mula nak jernih sikit-sikit.... hukhuk....

Sabar Dalam Mendidik Anak
Memang tang ni saya tak leh nak sabar! Sabar Sheila! hehehe.... tapi tak pa, Allah buat semua cantik. Sebenarnya bukan merungut.... (ayat bagi sedap hati) hehehe.... Saya sebagai mak rasanya kena "ngepek".... "ngepek" kot, bukan merungut! kekeke..... Ye la. Jangan duk tiru sangat gaya hidup Barat tu, ahli psikologinya kata kalau anak-anak kecil ni buat apa pun jangan mencatas, kalau tak intelek mereka akan down. Tak kreatif la apa la.... Kalau duk conteng dinding kita duk biar memang la kreatif nampak anak-anak... the positive site. Negative side, Islam ajar "kebersihan itu separuh daripada iman".... Kalau bab dinding rumah saya, saya memang akan sental dengan span dan sabun.... hehehe.... tapi kalau bak rumah bersepak saya juga fail.... sebab tu duk merungut "ngepek". Kemas rumah 10 minit sahaja terus sepah. Pastu tak mau kemas.... Hok tu memang kena la merungut "mengepek".... 


Cara Pemikiran Barat vs Islam
Back to Muslim lifestyle.... Dalam Al Quran pun cakap kena cakap dan didik anak dengan "la".... maksudnya jangan. Sebagai contoh "jangan mendekati zina".... Perkaraan "jangan" buat itu dan ini memang kena didik kat anak-kanak. Kalau duk biar memang akan jadi habit, lama-kelamaan anak-anak membesar dengan habit tersebut. Saya tak fikir teori Barat tu betul. Ke laut habis anak-anak kalau ikut teori kreatif pintar ahli psikologi Barat!. 

Teori Barat vs Islam
Satu lagi pasal apa nak ikut sangat teori Barat? sedangkan kita ada idola baginda Rasulullah saw. Ikut la cara baginda didik anak macam mana.... ermm.... duk terpikir, kalau ada sahaja yang Barat ni duk agung junjung.... kalau yang Islam syariaatkan tak de lak nak buat ambil pegangan. Nak suruh anak-anak hebat kejar dunia jadi orang bijak pandai.... tak pa tapi kena tahu untuk apa? kena set juga matlamat utama untuk syurga!

Anak saya memang tak pandai bab sekolah. Kakak Amani belajar sekolahnya biasa sahaja.... Bab subjek matematik dia lemah, tak pernah dapat A. Dari darjah 1 sampai darjah 3 markahnya overall 66%... Saya kata kenapa la duk 66 sahaja.... haish.... mula la nak merungut! tapi back to Allah tak apa la, saya sendiri pun bukan pandai matematik pun.... hehehe.....

Ada juga pendapat, kalau mak tak pandai tak boleh nak "tak apa".... anak mesti hebat! Bila fikir semula. Nak hebat tuk apa? tuk orang agungkan ke? untuk menuju ke syurga?

Kebijaksanaan Milik Allah Sahaja
Tak apa la tak hebat pun Allah dah susun yang terbaik. Setiap manusia yang diciptakan dah ada rezekinya masing-masing. Allah lahirkan kita dengan rezeki yang dah tertulis pada kita. Yang penting usaha! pandai ke tak pandai itu lain cerita. Sebab kepandaian kebijaksaan tu hanya ada pada Allah. Kita ni siapa? Hamba yang hanya diberi pinjaman kepandaian dan kebijaksaan sahaja.... Sikit sahaja Allah bagi pinjam tu.... tapi kita la rasa anak kita hebat! hantar tusyen bagai....

Saya memang tak mapu nak hantar anak saya tusyen.... belajar kat rumah pun bila dia ada kerja sekolah sebab tu juga duk "ngepek" merungut! Doa la yang penting ayah ibu, semoga anak-anak kita semua baik-baik... jangan mudah menghukum anak-anak.... Saya ni emmang garang ngan anak-anak terutama anak sulong Kakak Amani. Nak bina semangat dia, supaya disiplin, dia kakak sulong... Disiplin kena ada.... terutama solat! Memang tiap hari la saya "ngepek" merungut!.... 

Allhamdulillah... kat sekolah dia rajin solat! sebab suasana dia dengan kawan-kawan yang rajin solat! Saya tak risau bila dia kat sekolah, saya tahu! tapi bila kat rumah dia leka duk main... hok tu la yang saya suka "ngepek" merungut. 1. Kebersihan 2. Solat....

Konklusi
Dari perenggan atas pasal keje dan study -----> back to Allah
Perenggang bawah pasal cara hidup, didikan anak-anak -----> back to Allah and Muslim lifestyle

Semuanya adalah matlamat untuk ke syurga!. bijak ke kurang bijak ke kita, anak kita tak apa, yang penting set mind semua tuk ke syurga! Dalam apa cara dan rezeki yang Allah sususnkan dalam kehidupan kita



9 comments:

  1. Replies
    1. kan sis... tp klu da x btl itu kelemahan saya...

      Delete
  2. Ada ke mak yg tak membebel Shiela?.... Tak de haih. Kalau tak membebel tu entahlah mak spesis apa agaknya hihi....

    Bila kita berjalan pada Allah, nescaya dia akan berlari datang kepada kita. Kita serah dan sandarkan je semua kepadaNya

    ReplyDelete

Powered by Blogger.