Mood ke Laut ke?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Mood saya kelaut hari ni, tak tahu la dari pagi tadi saya mengantuk, sikit sahaja saya buat.... Tengahari uruskan anak sekolah.... Rasa sangat penat, cuaca panas kat luar saya sakit kepala.... Balik ofis sambung buat sikit sahaja correction tesis ni! Duk search filem seram dulu kala tahun 1956-1958... Ada dalam koleksi youtube, ada yang tak ada.... Nak tengok takut! bukan apa, duk kat bilik sesorang sunyi.... Sebelah menyebelah bilik saya tak ada orang. Level bilik saya pun tak ramai staf.... Masing-masing buat kerja sendiri dan berkurung kat bilik. Tambah lak hari ni Khamis balik 3.30 hari last minggu... huh,,, memang x leh nak layan filem seram sesorang.... dengar Asmul Husna dan zikir je la.... 

Nur Jannah

Tak apa la, sambung balik rumah la nampak gayanya... Semoga dipermudahkan..... Banyak nak kena perbetul bab 2 ni... banyak nak kena baca dan baca lagi.... bila baca semula apa yang ditulis kena susun semula tu.... macam lompat-lompat saya kajian literatur saya....

Kuatla semangat saya jangan mula down... Kalau dah down memang akan ke laut terus! Allahu, tak ada daya saya....Jom balik dulu dah hampir pukul 4, lama lak anak-anak duk tunggu saya ambil.... Nak balik gomoi Nur Jannah.... hehehe

Assalamualikum....


2 comments:

  1. InsyaAllah, bertatih dahulu kelak beroleh kejayaan... Teruskan usaha ya...

    ReplyDelete
  2. Bila terasa lelah..berhenti seketika...ambil masa..tenangkan diri..insyaAllah kak bila mental dan emosi dah ok....lancar jadinya...amin.

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.